Miami , seorang lelaki yang tidak mempunyai bahagian hadapan kepalanya , sukar untuk dipercayai tetapi benar. Gambar seorang lelaki tersenyum yang tidak mempunyai setengah kepala muncul di laman web jabatan Miami Polis.
Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah ini satu teknik photoshop ? Bagaimanapun , seorang pekerja polis mengesahkan bahawa , ianya adalah benar. Sebelum ini lelaki tersebut diburu oleh Polis disebabkan kerana tidak memakai topi keledar semasa membonceng motorsikal.
Kini Carlos Rodriguez yang berusia 25 tahun, didenda $ 500 dan dia tidak mampu membayarnya oleh dengan itu waran telah dikeluarkan . Apabila lelaki itu ditemui, dia telah dibawa ke balai polis dan diminta untuk membuka topi yang dipakai untuk gambar, rupa-rupanya lelaki itu tidak mempunyai bahagian hadapan kepalanya.
Ini adalah akibat kemalangan jalanraya yang dialami beliau apabila tidak memakai topi kaledar ketika menunggang motosikal . Lelaki ini amat bernasib baik dia masih hidup dan foto lelaki tersebut telah dijadikan contoh sebagai peringatan kepada semua yang gemar menunggang motorsikal agar memakai topi keledar mereka .
No comments:
Post a Comment