"Saya sedar memang tidak baik untuk terus meratap orang yang sudah pergi. Jika saya sebagai adik masih berasa impaknya, apatah lagi ibu bapa saya.Namun, terlalu banyak kenangan kami bersama yang sukar saya lupakan sehingga kini. Bukan saya tak
relakan pemergiannya cuma ia masih terlalu awal dan berat untuk saya terima hakikat dia sudah tiada," katanya kepada mStar Online.
Aril berkata tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga kini memberikan tekanan yang lebih berat kepadanya sejak kematian Allahyarham.
"Selama ini, semua urusan keluarga banyak diuruskan oleh abang. Kini ia menjadi tanggungjawab saya pula.Saya akui tekanan dan tanggungjawab semakin berat dan banyak urusan peribadi dan keluarga yang mula saya uruskan kini," katanya.
Ketika ditanya bagaimana dia menjalani kehidupannya selepas 20 hari pemergian Allahyarham, Aril berkata dia masih tinggal di rumah mereka dan cuba mengembalikan semangatnya seperti sedia kala.
"Saya masih tinggal di rumah kami. Bilik abang juga tidak terusik. Semuanya kami kekalkan begitu sahaja.Apabila perasaan rindu datang, saya tidak lawan atau cuba mengelak. Saya akan dengar lagu-lagu nyanyiannya dan ikut menyanyi," katanya yang merindui gurau senda abangnya.
Aril juga berkata dia merancang untuk merakamkan lagu yang pernah mereka rancang untuk berduet sebelum ini sebagai kenang-kenangan buat Allahyarham.
"Lagu itu memang sudah lama ada tetapi kami sering sibuk dengan komitmen masing-masing sehinggalah abang meninggal dunia.Atas memori itu, saya ingin teruskan hasrat tersebut dan merakamkan secara solo lagu itu tidak kiralah dalam masa terdekat atau tidak," katanya.

Dah ajal...
ReplyDelete