Kalau ye pun marah kat majikan tak perlu ler nak lepaskan kemarahan tersebut terhadap insan suci yang tak berdosa . Tanpa belas kasihan 2 orang wanita yang bekerja sebagai pengasuh sanggup bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung. Kejadian tersebut belraku di pusat asuhan di Taman Kota Masai , Johor Bharu .
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami. Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Ta...utbayi/Article

No comments:
Post a Comment