Satu cahaya berwarna hijau di langit yang dikenali sebagai aurora borealismenghiasi langit dekat Yellowknife Kanada kelmarin. Kemunculan cahaya itu berpunca daripada gelombang radiasi di atmosfera Bumi kesan ribut solar yang berlaku kerana letusan di matahari. Ribut solar yang melanda Bumi kelmarin adalah yang paling kuat dalam tempoh lima tahun. Fenomena langit berwarna itu dapat dilihat oleh pemandu trak yang pulang dari beberapa lombong emas yang terletak sekitar 330 kilometer ke timur laut bandar Yellowknife. - Agensi
No comments:
Post a Comment