Tapi yang lawak nyer bila nengok jer pictures yang Ceciter cuber share ni tertibe ilang rasa sian ..Mb ada ler skit tapi lebih nyer rasa nak tergelak jerler . Mana tak nyer terpikir dan termenung jap gak ler pelikkk sangat-sangat cmner ler leh jadi cmtukan .
SUPPORT PENAJA
Thursday, 19 January 2012
FUYOO.. KEMALANGAN KERETA YANG PELIK
Labels:
FUYOO ...PELIK BEB
FUYOO.. GEMPARR..BUNYI PELIK DARI BUMI YANG MENJADI MISTERI SELURUH DUNIA
Eeeeii... memang seram tau . So kalu uolls tak caya klik le video kat sini dan judge sendiri yer .
Manitoba , Canada 2012
Taipie , 16 August 2011
Russia
Montreal
Montreal
Homel , Belarus 2011
Kota Samarahan , Sarawak
Labels:
FUYOO ... MISTERI BEB
FUYOO.. KERATAN TUBUH DITEMUI DI BAWAH PAPAN TANDA HOLLYWOOD
Identiti mangsa belum ditentukan.Kepala itu ditemui pada hari Selasa lalu di Bronson Canyon Park berhampiran jejak di bawah papan tanda Hollywood oleh dua orang wanita yang berjalan bersama anjing mereka .
Tangan pertama pula ditemui pada pagi Rabu. Yang kedua ditemui di sebelah petang, semua di lokasi yang sama dalam kawasan papan tanda Hollywood.
Kira-kira 30 detektif Jabatan Polis Los Angeles berada di tempat kejadian hari ini, bersama-sama dengan pegawai-pegawai yang terlatih Mereka telah menubuhkan satu grid untuk mengawasi kawasan disyaki untuk mencari bahagian-bahagian tubuh yang lain.
Penyiasat juga akan menyiasat dengan bertanya kepada penduduk kawasan Drive Canyon sama ada mereka menyaksikan apa-apa yang luar biasa .
Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan badan nya telah dibuang di kawasan tersebut .
Kepala itu dipercayai milik seorang lelaki, mungkin berketurunan Armenia, berumur 40-an . Pihak berkuasa berharap dapat mengenal pasti lelaki tersebut dengan mengunakan rekod pergigian dan cap jari .
Kepala itu dipercayai milik seorang lelaki, mungkin berketurunan Armenia, berumur 40-an . Pihak berkuasa berharap dapat mengenal pasti lelaki tersebut dengan mengunakan rekod pergigian dan cap jari .
Labels:
FUYOO .. BERITA HANGAT BEB
FUYOO .. AKHIRNYA SELEPAS 7 TAHUN AZWAN ALI & UMMI HALFIDA BERDAMAI
Syukurlah Azwan Ali serta adiknya Ummi Halfida kembali berdamai . Selepas heboh berkenaan ugutan bunuh iaitu Tangkap , Kerat dan Bakar yang dibuat oleh Azwan Ali dalam laman twitter terhadap Ummi hangat di paparkan dalam berita serta akhbar nampaknya Azwan Ali sudah sedar dan insaf dengan tindakannya.. “Saya buat begini kerana memikirkan emak yang mahu melihat anak-anaknya kembali bersatu sebagai satu keluarga. Saya harap dengan adanya sidang media ini, semuanya akan terhenti di sini dan tiada lagi isu mengaitkan saya dan Ummi Hafilda.Sebelum ini, Ummi Hafilda berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri. Dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu. Dalam pada itu, akuan bersumpah yang dibaca Azwan di hadapan media antara lainnya menyebut, beliau tidak akan lagi menghina, mengeji dan mengaibkan peribadi yang mungkin membawa fitnah dasyat kepada Ummi.
“Mulai saat ini (17 Januari 2012), saya tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi yang mungkin membawa kepada fitnah dahsyat terhadap Ummi dengan segala perkataan yang kesat dan keji tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya keluar dari mulut seorang abang.
“Sebagai manusia, saya akui sebagai hamba yang lemah dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, saya akui sudah tersilap membuat andaian negatif terhadap dia semata-mata hanya bersandarkan hasutan manusia tidak bertanggungjawab serta mempunyai agenda tersembunyi yang saya tidak sedar ketika itu,” kata personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali.
Tampil dengan pengakuan bersumpah yang ditulisnya sendiri untuk tidak memburukkan lagi adiknya itu dan melupakan konflik yang berlaku sebelum ini, Azwan menyifatkan apa yang berlaku antara saudara kandungnya sebagai masalah keluarga dan ia sudah selesai dengan permohonan maaf secara terbuka kepada Ummi Hafilda.
Katanya, sebagai abang, dia memohon jutaan maaf kepada Ummi dan ibunya, Che Tom Yahya di atas apa yang berlaku dan berharap hal kekeluargaan seperti itu akan terjawab dengan pengakuan sumpah berkenaan.
Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter, Jumaat lalu. Ummi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin Ekoran mesej berbaur ugutan menerusi laman Twitter, Azwan, yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda. Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
Labels:
FUYOO .. BERITA HANGAT BEB
Wednesday, 18 January 2012
FUYOO.. DIBOGELKAN SEBAB MENCURI ..
Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.
Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.
Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.
Labels:
FUYOO ...FAKTA BEB
Subscribe to:
Posts (Atom)


