SUPPORT PENAJA

Tuesday, 24 January 2012

KENCING TIKUS BOLEH MEMBAWA MAUT ..


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang lagi artis kita iaitu Izwan Pilus yang mana dikatakan berpunca dari jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan virus kencing tikus atau nama saintifiknya leptospirosis dan mana ianya juga dikatakan menjadi punca kematian 
personaliti radio dan tv popular, Allahyarham Din Beramboi .  Memang amat bahaya  kencing tikus ini kan . Ramai antara kita sebenarnya tak mengetahui atau mengambil mudah tentang wabak yang boleh membunuh dalam senyap ini. So disini Ceciter nak share skit dengan uolls berkenaan  fakta wabak yang telah banyak meragut nyawa ini moga ianya boleh dijadikan panduan agar kita, keluarga serta orang tersayang akan lebih berhati-hati.   Adakah ianya sejenis penyakit yang memang berpunca dari tikus ataupun ianya adalah serangan biologi yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak  bertanggungjawab .

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.Pada Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.




Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.
Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ 
“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.
Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. 
Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.
Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya. 
Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak  (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

FUYOO.. SERINA SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KE 2




Pepe pun jutaan tahniah ler Ceciter nak ucapkan buat Chef Wan kerana dikurniakan seorang lagi cucu . Ini kerana anaknya Serina telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal dengan berat bayi comel tersebut 3.3kg. Dengan kelahiran tersebut Serina merupakan selebriti pertama yang mendapat anak di Tahun Naga ini.. 

Sebentar tadi ayah Serina, Chef Wan telah pun mengupdate status Facebooknya dengan memberikan khabar gembira tentang kelahiran cucu keduanya yang diberi nama Isabella  Saffiya. 


Datuk Chef Wan memberi gambaran kepada peminatnya tentang Isabella yang memiliki kulit cerah, lebih cerah berbanding abangnya Tristan, rambut hitam lebat dan bibir merah. Beliau sangat bersyukur kerana Serina dan Isabella selamat dalam proses bersalin itu.


FUYOO.. HAARP PUNCA MALAPETAKA DAN BUNYI ANEH MENGEMPARKAN DUNIA



Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kejadian 'bunyi aneh dan menakutkan dari langit '. Malah di negara kita juga tidak terkecuali bila bunyi tersebut boleh didengari di Kota Samarahan, Sarawak sehingga mendapat liputan dari seluruh dunia.Bunyi yang serupa juga dilaporkan pernah kedengaran di beberapa negara yang lain .



Insiden tersebut telah menyebabkan ramai yang gelisah dan ingin mencari jawapan di sebalik misteri bunyi aneh tersebut sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi dibuat oleh ramai pihak. Selain dari bunyi aneh 
yang kedengaran kita juga pernah dikejutkan dengan kejadian berjuta-juta ekor burung yang rebah mati ke bumi serta berjuta-juta tan ikan dijumpai mati dilaporkan dibeberapa tasik sungai serta laut dikebanyakan dunia . Disini Ceciter ingin berkongsi beberapa data dan penjelasan yang Ceciter kaji dari laman web serta Youtube antarabangsa yang memang agak mengejutkan . Diharap dengan ini kita sesama dapat mendapat beberapa gambaran serta teori serta penjelasan yang agak mengemparkan yang selama ini menjadi tanda  tanya kepada seluruh masyarakat dunia khusus nya kita di Malaysia .

Antara teori yang paling terkenal dan paling mengejutkan ialah ianya dikatakan punca berlakunya insiden itu ialah disebabkan Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP).
HAARP adalah merupakan program penyelidikan saintifik berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).DARPA pula dikenali sebagai sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bertujuan untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. 




Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih yang dikenali sebagai Ionospheric Research Instrument(IRI).IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia. HAARP bagaimanapun dikatakan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut sehingga kini. 


Program yang bermula sejak tahun 1993 itu sering dikaitkan sebagai penyebab kepada beberapa insiden bencana alam oleh beberapa saintis ekoran aktiviti-aktiviti program tersebut yang menjadi tanda tanya ramai pihak. 






Penyiasatan ke dalam pengubahsuaian Cuaca & ​​Gempa Bumi oleh Dr Rosalie Bertell


Namun sehingga kini, tiada pihak yang mampu memberikan bukti kukuh atas dakwaan tersebut dan HAARP kekal sebagai sebuah program yang ‘misteri’. 

Monday, 23 January 2012

FUYOO..MODEL HEIDI KLUM TUNTUT CERAI DARI SEAL

Gempar bila khabar mengejutkan yang dilaporkan oleh laman web thesun.uk bila pasangan selebriti terkenal, iaitu model Heidi Klum dan Seal yang mengakhiri perkahwinan mereka . Keduanya dikabarkan akan mengakhiri rumah tangga yang telah terjalin selama tujuh tahun itu
Gempar bila khabar mengejutkan yang dilaporkan oleh laman web thesun.uk bila pasangan selebriti terkenal, iaitu model Heidi Klum dan Seal yang mengakhiri perkahwinan mereka . Keduanya dikabarkan akan mengakhiri rumah tangga yang telah terjalin selama tujuh tahun itu.Klum akan menfailkan penceraian tersebut terhadap suaminya di L.A. County Superior Court pada minggu depan. Hal itu dilakukannya kerana tidak ada persefahaman antara mereka .
Pasangan yang selalu kelihatan tampil mesra itu bersatu pada 10 Mei 2005 . Pasangan yang memiliki empat anak iaitu Leni, tujuh, Henry, enam, Johan, lima dan Lou, dua tahun, itu dikenali ramai kerana keharmonian mereka yang gemar memperbaharui ikrar perkahwinan pada setiap tahun.
pada ulang tahun perkahwinan dengan mengadakan pesta mewah.

Ada spekulasi banyak pihak mengatakan antara punca keretakan tersebut ada berkaitan dengan pendapatan Seal. Menurut Forbes, Heidi dikatakan sebagai model nombor dua dengan pendapatan paling tinggi di dunia tahun 2011 iaitu, US$ 20 juta .  Manakala pendapatan Seal pula masih tidak diketahui. Bagaimanapun, penyanyi itu sedang sibuk mempromosikan album terbarunya, Soul 2.
Pada Jumaat, penyanyi R&B kelahiran London itu berkongsi kemas kini di akaun Twitter peribadinya dengan pesanan yang berbunyi “Sudah berakhir”, seolah memberikan pembayang bahawa perkahwinan mereka sudah berakhir.

Seal, 48, melamar Klum di dalam sebuah iglu yang dibina oleh penyanyi itu di kawasan glasier di Kanada pada Disember 2004.
Masih tidak diketahui bagaimana mereka akan membahagikan harta tersebut selepas bercerai kelak.

Sunday, 22 January 2012

FUYOO.. BERSALIN DALAM KERETAPI


Seorang wanita New Jersey mendapat kejutan seumur hidupnya  apabila melahirkan bayi pertamanya dalam kereta api komuter Pihak Berkuasa Pengangkutan Hudson (PATH)  di bandar raya ini.Wanita berusia 31 tahun itu, Rabita Sarkar dari Harrison, New Jersey, berkata dia mula berasa sakit hendak bersalin namun, tidak terfikir sudah sampai masanya untuk melahirkan anak kerana dikatakan belum cukup tempoh sepatutnya. Pada hari tersebut beliau dan suaminya, Aditya Saurabh yang berusia 30 tahun memutuskan untuk pergi ke bandar raya ini bagi membuat pemeriksaan, kelmarin.                                        
Mereka tidak mahu memandu dan membuat keputusan menaiki kereta api dari Harrison ke bandar, disebabkan  memikirkan  boleh mengambil teksi ke Hospital Roosevelt di Manhattan. 
“Ia disebabkan anak saya tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia,” kata Sarkar ketika memeluk erat bayi lelakinya di hospital. Namun pasangan tersebut enggan mendedahkan nama bayi mereka atau tarikh sebenar kelahiran.                                                  



   
Ketika menaiki kereta api itu, Sarkar mula berasa sakit hendak bersalin dan dia memberitahu Saurabh untuk memeriksa apa yang berlaku kepadanya. Beliau melihat kepala anaknya sudah keluar. Dengan bantuan seorang wanita lain dalam kereta api itu dan suaminya, Sarkar akhirnya menyambut kelahiran bayi itu jam 10 pagi waktu tempatan.  Pasangan itu berkata penumpang lain turut memberi galakan kepada , dan seorang gadis telah menawarkan jaketnya bagi memastikan bayi mereka dalam keadaan selesa.

Pihak berkuasa PATH telah menukar kereta api kepada ekspres, untuk melepasi kebanyakan hentian supaya pasangan boleh sampai ke destinasi akhir di 33rd Street di tengah Manhattan dengan segera. Kakitangan perkhidmatan kecemasan membawa keluarga berkenaan ke hospital.  Pegawai polis yang memberi maklum balas berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang wanita melahirkan anak dalam kemudahan yang dikendalikan pihak berkuasa.