Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kejadian 'bunyi aneh dan menakutkan dari langit '. Malah di negara kita juga tidak terkecuali bila bunyi tersebut boleh didengari di Kota Samarahan, Sarawak sehingga mendapat liputan dari seluruh dunia.Bunyi yang serupa juga dilaporkan pernah kedengaran di beberapa negara yang lain .
Insiden tersebut telah menyebabkan ramai yang gelisah dan ingin mencari jawapan di sebalik misteri bunyi aneh tersebut sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi dibuat oleh ramai pihak. Selain dari bunyi aneh
yang kedengaran kita juga pernah dikejutkan dengan kejadian berjuta-juta ekor burung yang rebah mati ke bumi serta berjuta-juta tan ikan dijumpai mati dilaporkan dibeberapa tasik sungai serta laut dikebanyakan dunia . Disini Ceciter ingin berkongsi beberapa data dan penjelasan yang Ceciter kaji dari laman web serta Youtube antarabangsa yang memang agak mengejutkan . Diharap dengan ini kita sesama dapat mendapat beberapa gambaran serta teori serta penjelasan yang agak mengemparkan yang selama ini menjadi tanda tanya kepada seluruh masyarakat dunia khusus nya kita di Malaysia .
Antara teori yang paling terkenal dan paling mengejutkan ialah ianya dikatakan punca berlakunya insiden itu ialah disebabkan Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP).
HAARP adalah merupakan program penyelidikan saintifik berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).DARPA pula dikenali sebagai sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bertujuan untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih yang dikenali sebagai Ionospheric Research Instrument(IRI).IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia. HAARP bagaimanapun dikatakan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut sehingga kini.
Program yang bermula sejak tahun 1993 itu sering dikaitkan sebagai penyebab kepada beberapa insiden bencana alam oleh beberapa saintis ekoran aktiviti-aktiviti program tersebut yang menjadi tanda tanya ramai pihak.
Penyiasatan ke dalam pengubahsuaian Cuaca & Gempa Bumi oleh Dr Rosalie Bertell
Namun sehingga kini, tiada pihak yang mampu memberikan bukti kukuh atas dakwaan tersebut dan HAARP kekal sebagai sebuah program yang ‘misteri’.
No comments:
Post a Comment