SUPPORT PENAJA

Friday, 27 January 2012

FUYOO..KANAK-KANAK 8 TAHUN HEBAT BERMAIN GITAR


Amat mengagumkan pada usia 8 tahun Zoe Thomson, dari Thatcham, Berkshire telah menunjukkan bakat yang amat luar biasa bermain gitar elektrik . Memang dasyat ler dia goreng . Bukan calang-calang orang boleh buat tau.


Bakat yang dimiliki Zoe memang luar biasa malahan bakatnya itu mendapat pujian dari pemuzik-pemuzik hebat seperti Metallica . Dia mula bermain gitar sejak berusia enam tahun lagi .
Selain itu dia juga ada menubuhkan sebuah band yang 
dianggotai oleh kanak-kanak yang berumur antara 8-10 tahun yang diberi nama The Mini Band . Kumpulan tersebut yang ada menerbitkan sebuah video telah mendapat sambutan 3 juta hits . So jom layan video they olls..









FUYOO..FLASHMOB DI KLIA



Penumpang yang tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada hari Sabtu, 14 Januari 2012 telah disambut dengan flashmob di  Aras 3  balai ketibaan . Menyaksikan kira-kira 100 penyanyi dan penari memecah masuk secara spontan sebagai sebahagian daripada cara syarikat Malaysia Airlines untuk menyambut Tahun Baru 2012. 

Bertemakan lagu 'Missing You', flashmob di balai ketibaan yang berlangsung selama 10 minit tanpa henti memaparkan secara medley  lapan lagu-lagu hit yang popular dalam pelbagai bahasa. 

Mob Flash merupakan satu trend baru di seluruh dunia yang melibatkan kumpulan yang agak besar memecah masuk ke dalam tempat awam dan seterusnya melakukan tarian, hanya untuk masa yang singkat, dan bersurai ke arah orang ramai bila ianya berakhir.

Mob flash Malaysia Airlines digabungkan bersama-sama dengan bakat-bakat dari Kit Kat Klub anak syarikat Enfiniti Vision Media, kakitangan Malaysia Airlines & keluarga, pelajar-pelajar dari Unisel dan koreografer   tarian profesional  terkenal di Malaysia  Pat Ibrahim .

FUYOO..15 TAHUN HANYA MAKAN NUGGET

 
 Seorang remaja diberi amaran bahawa kegemarannya terhadap nuget ayam boleh membunuh kerana dia sebenarnya tidak mengambil apa-apa makanan sejak berusia dua tahun.Doktor mula menyedari kecenderungan pemakanan bermasalah Stacey Irvine itu selepas dia tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana sukar bernafas.
Pekerja kilang, Stacey, 17, tidak menyentuh sebarang sayur-sayuran atau buah-buahan sejak 15 tahun lalu.Tabiat pemakanannya itu menyebabkan dia mengalami anemia (kekurangan darah) dan bengkak salur darah pada lidahnya. Semalam, Stacey dilaporkan semakin pulih di rumah selepas doktor memberikannya sejumlah vitamin dan beberapa suntikan ketika dirawat di hospital.Bagaimanapun, Stacey tetap berdegil dan enggan mengubah pilihan makanannya, malah tetap hanya mahu mengambil nuget daging ayam sebagai hidangan.
Antara mainan yang diperolehi dari Happy Meals Mc Donald's
            
Berasal dari Castle Vale, Stacey berkata, kini dia mula sedar betapa tabiat pemakanannya yang hanya mengambil nuget ayam goreng membahayakan kesihatannya.
“Selain nuget ayam goreng McDonald’s yang memang makanan kegemaran, saya juga menggemari hidangan sama disediakan restoran makanan segera lain atau yang dijual di pasar raya.
“Hidangan sebenar saya setiap hari hanya nuget ayam goreng,” katanya.
Sementara itu, ibu Stacey, Evonne, 39, berkata dia sendiri sukar memujuk anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat dan menyelesaikan masalah berkenaan. “Saya kini benar-benar tidak mampu melakukan apa-apa lagi.
“Saya cuma mampu berdoa supaya Stacey dapat diselamatkan sebelum terlambat,” katanya. 

IBU MUDA MUAT TURUN GAMBAR DI FACEBOOK SEBELUM BUNUH DIRI



Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook.Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween.Mereka digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan.
Kata Cynthia, kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung.Dia menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: “Mak, saya datang.” Ibu Cynthia mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun.Cynthia juga dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.

           CYNTHIA bersama anaknya.



IMEJ ngeri yang dimuat naik Cynthia sebelum membunuh diri

FUYOO .. BEKAS ISTERI HATTAN AKAN AMBIL TINDAKAN

GAMBAR yang tersebar itu bukan punca kami bercerai. Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai itu. Apa yang ingin saya beritahu antara kami berdua memang tak ada persefahaman dan jalan yang terbaik adalah berpisah,” tegas Farah Ashikin, bekas isteri Hattan dalam satu pertemuan dengan Pancaindera di butik Amir Luqman di Plaza Damas, Kuala Lumpur Khamis lalu.Farah dan penyanyi Hattan telah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
                   


Bagaimanapun Hattan yang ketika itu masih suami Farah Ashikin menafikan sekeras-kerasnya mengenai berita itu sambil menyifatkan ia sekadar gosip kerana mereka berdua adalah pasangan bahagia.
Sayangnya, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang diharapkan akan berkekalan sehingga hujung nyawa, akhirnya musnah di pertengahan jalan apabila mereka disahkan bercerai pada minggu kedua 2012.Sebagai pasangan bahagia, sama ada Farah ataupun Hattan, sememangnya tidak mahu rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu runtuh.Rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini pada 11 November tahun lalu cuma bertahan dua bulan selepas pelbagai spekulasi tersebar mengenai perceraian mereka seminggu setelah mereka bernikah.Tetapi sebagai manusia kita hanya bisa merancang namun takdir yang menentukan segala-galanya.Sayangnya, apa yang kurang enak didengar, selepas perceraian itu pelbagai cerita yang tersebar sehingga mengguris hati dan maruah apabila gambar intim Farah dengan seorang lelaki tersebar dalam pelbagai blog dan portal hiburan tempatan.Ketika ditanya kesahihan perkara berkenaan, Farah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar tersebut menjadi punca kepada penceraian mereka.

“Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar.“Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu?“Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang tak tahu apa yang terjadi. Orang dengar dan orang percaya bulat-bulat.“Lagi satu saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tak sepatutnya mereka siarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan saya,” kata Farah, ibu tunggal kepada dua orang anak.
Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yang berlaku namun dia tetap sedih dengan perceraian itu.“Saya sangat sedih dengan perceraian kami tetapi saya optimis dengan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan.
“Biarpun banyak dugaan yang datang saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya kesal bila ada yang menjaja cerita kami bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu.
“Itu memang satu berita yang tak benar dan sangat mengaibkan.“Tetapi sama ada suka atau tidak saya kena terima penceraian ini. Kini saya hanya mahu memberi tumpuan kepada bisnes saya,” kata Farah.

Mangsa godam

MENGULAS lanjut mengenai penyebaran gambar berkenaan, jelas Farah semuanya berpunca daripada penggodam yang telah membuat onar terhadap e-mel peribadi dan blog peribadinya. Perkara ini bukan baru berlaku sebaliknya semenjak pertengahan tahun 2010, dia menjadi mangsa digodam yang akhirnya mengaibkan dirinya.

“Saya pernah buat laporan polis pada September 2010. Berita mengenai laporan polis itu pernah tersiar di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.“Saya tak tahu siapa punya kerja. Tapi mereka godam e-mel saya, tambah kandungan termasuk dalam blog dan hantar pada semua kenalan untuk mengaibkan saya,” kata Farah yang merupakan pemilik Into Equity Sdn. Bhd. ini lagi. Melalui syarikatnya itu, Farah merupakan ahli perniagaan hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London, Itali dan Hong Kong.

Selain terbabit dengan bisnes luar negara, dia juga merupakan pembekal barangan hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekal peralatan kepada Kementerian Kesihatan. Bisnes yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu cukup membuatkan dirinya terkenal dalam bidang perniagaan dan sudah pasti dia terkesan dengan kemelut tak berkesudahan yang akan menjejaskan perniagaannya.“Saya orang bisnes dan saya tahu dengan penyebaran gambar itu akan menjejaskan reputasi saya. Kalau dengan pelanggan luar negara tak ada masalah tetapi bagaimana dengan pelanggan dalam negara?

“Mahu atau tidak saya kena membersihkan maruah saya yang tercalar.“Lepas ni saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Bila balik nanti saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya,” kata Farah.