Sejuta Episod Perjalanan Mengenai Manusia Dunia Serta Kehidupan ..
SUPPORT PENAJA
Friday, 27 January 2012
FUYOO..FLASHMOB DI KLIA
Penumpang yang tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada hari Sabtu, 14 Januari 2012 telah disambut dengan flashmob di Aras 3balai ketibaan . Menyaksikan kira-kira 100 penyanyi dan penari memecah masuk secara spontan sebagai sebahagian daripada cara syarikat Malaysia Airlines untuk menyambut Tahun Baru 2012.
Bertemakan lagu 'Missing You', flashmob di balai ketibaan yang berlangsung selama 10 minit tanpa henti memaparkan secara medley lapan lagu-lagu hit yang popular dalam pelbagai bahasa.
Mob Flash merupakan satu trend baru di seluruh dunia yang melibatkan kumpulan yang agak besar memecah masuk ke dalam tempat awam dan seterusnya melakukan tarian, hanya untuk masa yang singkat, dan bersurai ke arah orang ramai bila ianya berakhir.
Mob flash Malaysia Airlines digabungkan bersama-sama dengan bakat-bakat dari Kit Kat Klub anak syarikat Enfiniti Vision Media, kakitangan Malaysia Airlines & keluarga, pelajar-pelajar dari Unisel dan
koreografer tarian profesional terkenal di Malaysia Pat Ibrahim .
No comments:
Post a Comment