SUPPORT PENAJA

Friday, 27 January 2012

VIDEO HINA UMAT ISLAM ..RAY KELLY DIDESAK LETAK JAWATAN

Kumpulan hak asasi Islam Amerika Syarikat (AS) semalam mendesak Pesuruhjaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan ekoran kontroversi berhubung penyiaran berulang kali video yang menghina umat Islam.
Kelly melahirkan kekesalan kerana bekerjasama dengan pembuat video The Third Jihad: Radical Islam’s Vision for America yang mengandungi babak serangan berani mati dan menyatakan ‘agenda sebenar kepimpinan Islam di Amerika adalah untuk menembusi dan mendominasi AS’.Apabila video itu pertama kali ditayangkan setahun lalu, polis berkata, ia disiarkan hanya beberapa kali.


Akhbar New York Times yang menerima dokumen melalui permohonan Akta Kebebasan Maklumat bagaimanapun melaporkan, video itu telah ditayangkan kepada lebih 1,400 pegawai polis dalam tempoh beberapa bulan.Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) berkata, tindakan Kelly itu tidak melayakkannya untuk mengetuai pasukan polis terbesar di negara ini.
“Sebagai pemimpin jabatan polis, tindakan Kelly dan Timbalannya, Paul Browne didapati mendatangkan kesan kepada penguatkuasaan undang-undang yang turut memberi kesan terhadap rakyat AS beragama Islam di seluruh negara.

“Kini tiba masanya untuk melakukan perubahan kepimpinan pasukan itu,’’ kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad dalam satu kenyataan. – REUTERS

No comments:

Post a Comment