Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan .Disini Sis ingin menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga , saudara mara serta sahabat handai kepada kanak-kanak malang tersebut dan diharapkan bersabar dengan dugaan yang menimpa . Diharap juga semoga si pembunuh akan segera ditangkap dan di hukum dengan sekeras-kerasnya . Sis harap kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Buat ibu-bapa berhati-hati lah . Berilah lebih perhatian dan tumpuan terhadap anak-anak anda . Sebab anak-anak terlalu naif untuk mengetahui bahawa bahaya sentiasa di sekeliling mereka. Al-Fatihah ..
SUPPORT PENAJA
Tuesday, 13 March 2012
POLIS SAHKAN RANGKA YANG DITEMUI MILIK NURUL NADIRAH
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan .Disini Sis ingin menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga , saudara mara serta sahabat handai kepada kanak-kanak malang tersebut dan diharapkan bersabar dengan dugaan yang menimpa . Diharap juga semoga si pembunuh akan segera ditangkap dan di hukum dengan sekeras-kerasnya . Sis harap kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Buat ibu-bapa berhati-hati lah . Berilah lebih perhatian dan tumpuan terhadap anak-anak anda . Sebab anak-anak terlalu naif untuk mengetahui bahawa bahaya sentiasa di sekeliling mereka. Al-Fatihah ..
Monday, 12 March 2012
DATUK DAN CUCU MATI BERPELUKAN DALAM KEMALANGAN MAUT
| ANGGOTA bomba memeriksa kenderaan yang remuk dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua terkorban di Parit Buntar, Perak semalam. |
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, MPV dinaiki mangsa dipercayai berhenti di lorong kecemasan kerana pemandunya dikatakan mahu membuat panggilan telefon.Mangsa Tang Ah Tee, 65, dan cucunya Tan Tei Yee, 13, yang duduk di belakang Toyota Estima itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kemalangan itu itu turut menyebabkan 10 lagi cedera, termasuk pemandu dan penumpang Toyota Alphard.
MOHSEN dan anaknya, Mohamad Ivan Mizari
masih trauma dengan kejadian itu
|
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata pemandu MPV itu, Tan Bee Ling, 39, memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon apabila dirempuh sebuah MPV Toyota Alphard dari belakang. “Kedua-dua MPV berkenaan datang dari arah Selatan dan akibat kemalangan itu, Toyota Alphard serta Toyota Estima melintang di tengah jalan akibat rempuhan kuat itu,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian Toyota Estima berkenaan dinaiki satu keluarga dalam perjalanan dari Pontian, Johor, dipercayai mahu bercuti ke Pulau Pinang manakala Toyota Alphard dari Kuala Lumpur.
“Penumpang Toyota Alphard, Wan Azizah Husin, 62, dipercayai duduk di sebelah pemandu parah di kaki dan dihantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.“Pemandunya, Mohsin Amran, 34, isterinya, Wan Fatah Ileyah Ramli, 32 serta tiga anaknya, Nur Isa Wafa, 7, Nur Basira Wafa, 5, dan Mohd Evan Mizari, setahun, cedera ringan,” katanya.
Menurut Fauzi, Tan Ling bersama empat penumpangnya iaitu Tan Bok Tack, 31, Tan Yeok Leng, 30, Tan Foh Siong, 36 dan Tan Bee Ling, 39, hanya cedera ringan dan dimasukkan ke HPB untuk rawatan.Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian.
2 BERANAK DITEMUI MATI DIBUNUH
Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi.Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.
| Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan anak yang dipercayai telah dibunuh di Taman Kinrara 1, Puchong. |
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.
| Anggota polis melakukan siasat ditempat kejadian |
“Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.“Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.
“Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain,” katanya.
Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.
“Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah,” katanya.
Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.

Sunday, 11 March 2012
MAKANAN JALANAN YANG BOLEH DILIHAT DARI BEBERAPA TEMPAT DI DUNIA
Bagi yang sering kali berpeluang untuk menjelajah kebeberapa pelusok dunia pasti akan terjumpa dengan pelbagai makanan yang dijual di tepi-tepi jalan kan. Ada yang rupanya enak dan sekiranya halal boleh la nak try .. Tapi tak kurang juga ada yang pandang jer terus kembang tekak jadinya. Yela mungkin untuk kita konfem ler tak sedap tapi bagi masyarakat setempat kat sana tu sedap ler kot .. kalau tak mana ler orang nak jual kan kalau takde orang nak beli .hehehhe. So nak tau apa makanan nya boleh ler nengok apa yang Sis nak share ni....
KEINDAHAN MENAKUTKAN SEWAKTU RIBUT MATAHARI
Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut. Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.
“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam. Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam. Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)