SUPPORT PENAJA

Friday, 6 April 2012

ISTERI KE3 RUPANYA SEORANG LELAKI


Pelik pun ada . Takkan dah setahun mendirikan rumahtangga baru nak sedar "isteri" yang sah dikahwini asalnya seorang lelaki . Namun itulah hakikat sebenar bila kes yang berlaku di Kuala Lumpur dialami oleh seorang lelaki yang bernama Profesor Dr. Bahrom Sanugi berusia 61 tahun . Beliau yang merupakan seorang bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak setelah curiga dengan status perkahwinan tersebut.



 Pernikahan yang diadakan di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 tersebut merupakan perkahwinan yang ketiga beliau . Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM. Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.

Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut. Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.

Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011. Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.

Thursday, 5 April 2012

BAYI 22 BULAN MAMPU LAKUKAN "ROCK CLIMBING"

                              
Dasyat betul ler  walaupun masih memakai lampin , seorang kanak-kanak perempuan berusia 22 bulan,   mampu memanjat sehingga ke puncak sebuah dinding "rock climbing" tanpa henti . Maka tak hairan ler kalau nama jolokon "spidergirl " diberikan kepada bayi lincah berasal dari Bend , Oregon ,  Amerika Syarikat ini . 


Aksi  mengangumkan tersebut  kemudiannya telah dirakam dan dimuat turun kedalam laman  Youtube ,namun ianya dikatakan mendapat kritikan hebat bila faktor serta langkah - langkah keselamatan bayi tersebut di pertikaikan .


IKAN DI TASIK LESAP DALAM MASA 15MINIT



 
Seakan peluang keemasan datang bergolek , masyarakat orang Asli Mali mampu menyebabkan semua ikan di perairan suci Tasik Antogo lesap dalam masa 15 minit sahaja. Aktiviti yang akan berlaku setahun sekali itu akan dimulai dengan bacaan doa sebelum semua akan berlari turun ke arah tasik bersama-sama bakul tangkapan masing masing . Kalau tak caya nengok ler video yang Ceciter share nie .. Yang paling kelakar siap sumbat dalam mulut tu .. mungkin dah lama tak makan ikan kot .Hahahaha!!!!  

Tuesday, 3 April 2012

SAFEE SALI SAH CERAI TALAK SATU


Sesuatu yang mengejutkan juga ler bila terbaca mengenai penyerang  bola sepak termahal negara yang bergelar jutawan iaitu Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari. Peguam kepada Sabrina, Izura Nashuha Abdul Hadi berkata, dalam prosiding itu, pasangan tersebut bercerai secara baik dan semua isu berhubung tuntutan perkara-perkara lain juga diselesaikan mengikut persetujuan bersama.

Katanya, hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Syasya Sofirna, 2, dan Nur Syaza Syaqina, 4, diberikan kepada Sabrina untuk dipelihara di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Sabrina yang hadir di mahkamah dengan bertudung merah dan berbaju kurung corak bunga ketika ditemui berharap tiada lagi spekulasi berkenaan hubungannya dengan Safee memandangkan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung krisis rumah tangga mereka sebelum ini. "Saya berharap tiada lagi spekulasi diperkatakan kerana saya sendiri bersama keluarga tidak pernah membuat sebarang kenyataan," katanya.

DIRA NAFI SERANG WANITA DI KELAB


Pengacara program televisyen TV3Melodi, Khaidhirah Abu Zahar, 28, atau lebih dikenali sebagai Dira menafikan dia merupakan personaliti yang dikaitkan dengan kes memijak muka seorang wanita di sebuah pusat hiburan semalam.Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan. 

"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini. "Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pengacara rancangan gosip popular dikatakan menyerang seorang wanita yang sedang meraikan majlis hari lahir rakannya di sebuah pusat hiburan dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tinggi.