SUPPORT PENAJA

Monday, 16 April 2012

RITA RUDANI : SAYA BUKAN KEPALA BATU


AMARAN gelombang tsunami yang dikhabarkan melanda utara negara tanah air dan negara jiran pada Rabu lalu seiring dengan berita kegoyahan rumah tangga Rita Rudaini apabila suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak nekad bercerai hidup dengan pelakon berkenaan. Biarpun perit, perkhabaran paling ditakuti golongan isteri itu diterima secara terbuka setelah Rita tidak terdaya melawan gelora ombak kali ketiga terbesar sepanjang melayari bahtera hidup bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sejak empat tahun lalu .
Begitu juga keadaannya tatkala didakwa segelintir pihak menjadi punca perceraian apabila dia dikatakan seorang keras kepala dan kerana lewat menghulurkan salam kemaafan dengan keluarga mentua.Menjawab persoalan tersebut menyebabkan anak kelahiran Perlis ini terus menggelengkan kepala, petanda tidak bersetuju dengan tanggapan liar ditujukan terhadapnya.“Beritahu saya, keras kepala dari segi apa? Saya dan keluarga mentua dah berjumpa, dah minta maaf dan buang semua yang keruh dan ambil yang jernih. Dah selesai semua.“Saya akui pernah berjumpa (keluarga mentua) masa mengandungkan anak (kedua) saya tujuh bulan. Dan masa saya melahirkan anak pun, mak mentua saya ada di hospital. Jadi kenapa kata saya keras kepala,?” soalnya kesal.

Turut menafikan dakwaan tidak berasas mengatakan dia bermasalah dengan suaminya. Tegasnya penuh berpendirian: “Saya tak ada masalah dengan Aidil. Saya tak pernah bergaduh benda-benda besar macam perempuan ke, curang ke, tak ada.”Pemegang gelaran Ratu Telefilem TV Melayu sejak 2005 itu juga tidak mahu mengulas panjang andai ada pihak mengatakan masalah campur tangan keluarga mentua menjadi punca perceraiannya. “Saya tak nak cakap apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu segalanya dan boleh balas semuanya. Kebenaran bagi saya akan terbukti jua dan Tuhan tak akan tutup keburukan itu terlalu lama,” katanya penuh makna selepas meraikan ulang tahun ke-36 di ibu kota, Rabu lalu.

Berita cerai pelakon drama Rafflesia itu menjadi tajuk utama akhbar Utusan Malaysia apabila Rita sendiri mengesahkan menerima berita sahih bahawa Aidil sudah pun membuat permohonan untuk bercerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Proses permohonan cerai tersebut disampaikan menerusi peguam Aidil kepada peguam Rita, Datuk Zaidi Zain pada Selasa lalu.Dalam pada itu, mengajukan persoalan sama ada Rita menyesal dengan perceraian kali kedua dalam hidupnya itu, pelakon drama Iris di TV3 itu menundukkan wajah sebelum berkata: “Tentu sekali tidak. Saya perlukan lelaki yang tegas untuk melindungi saya dan anak-anak. Walau apa pun yang terjadi atau masalah yang timbul, saya nak lelaki matang, tegas dan tak lari daripada masalah. 

“Tapi bila ada benda terjadi (perselisihan), saya dan anak ditinggalkan. Seorang suami kena kuat, tapi kenapa saya pula yang jadi mummy dan daddy buat anak-anak saya (bila ditinggalkan). Padahal, semua isteri perlukan perlindungan, kasih sayang daripada seorang suami dan bapa pada anak-anak,” tambahnya lagi. Kenyataan penuh kecewa itu mendorong pertanyaan apakah tidak ada sekelumit rasa cinta dan mahu mempertahankan rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dengan Aidil?
“Apa yang saya boleh cakap, mungkin bahagia itu ada, tapi boleh dikira dengan jari, tapi saya bertahan sebab saya nak yang terbaik, bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak.“Kalau benar perceraian itu adalah takdir hidup saya, saya reda, bersyukur dan tak nak menyesal. Terima kasih atas segala-galanya buat Aidil, beri saya dua cahaya mata.“Saya tak nak bersedih sebab sampai sekarang anak-anak masih di sisi dan merekalah kekuatan dan kebahagiaan saya. Saya nak anak-anak lebih bahagia dan tiada lagi masalah seperti sebelum ini sebab mereka adalah tumpuan saya.

“Saya nak cari rezeki dan besarkan anak-anak dan saya berdoa tak ada siapa boleh pisahkan saya dengan anak-anak. Hanya Tuhan saja boleh pisahkan kami dan saya tak nak menangisi masa silam sebab saya susah nak menangis dan tak suka menangis,” katanya hiba.Adakah pelakon filem Mami Jarum ini bersedia untuk menempuh kehidupan mendatang sebagai ibu tunggal beranak dua, Rita sebak sebelum berkata: “Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan sejak hari pertama berkahwin sampai ke hari ini. “Jujurnya, saya berkahwin sebab rasa cinta, bukan sebab harta. Saya bukan jenis memilih duit, tapi bila dah berkahwin dan jadi begini saya sedih. Duit boleh dicari tapi kasih sayang tidak boleh dijual beli,” katanya berkias. 

PASAR MALAM BERDARAH



Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam ini, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.


Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat
kejadian. "Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika
SEDIH...anggota keluarga tidak dapat menahan sebak
sebaik melihat anggota polis membawa jenazah
 Noor Fathanah (gambar kecil), semalam.
dalam perjalanan ke Hospital Selayang,

Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Friday, 13 April 2012

KFC THAILAND MOHON MAAF







Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.


Mesej itu menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah
 kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.

Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: "Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda."

Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf. - Agensi

GEGARAN DI MALAYSIA BERSKALA 6


Gegaran yang dirasai di kebanyakan tempat di Malaysia, kelmarin adalah pada skala lima hingga enam (V hingga VI) MMI (Modified Mercalli Intensity) yang tidak membawa kerosakan besar kepada struktur bangunan.Bacaan skala diklasifikasikan antara kecil dan sederhana itu adalah berdasarkan kesan gegaran dialami saksi serta keadaan struktur bangunan berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Ritcher yang melanda Aceh, Sumatera Utara pada jam 4.38 petang, kelmarin.Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Ismail, berkata pihaknya terus memantau perkembangan di Sumatera dan memaklumkan kepada umum. Beliau berkata, berdasarkan pemodelan tsunami akibat gempa bumi kelmarin, jika pun tsunami melanda perairan Malaysia, ketinggiannya hanya 0.74 meter saja.

“Jabatan Meteorologi sudah mengeluarkan nasihat tsunami (kelmarin) meminta orang ramai menjauhi kawasan pantai bagi negeri Perlis, Kedah (termasuk Langkawi), Pulau Pinang dan Perak,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, sehingga jam 6 petang semalam, sebanyak 39 gempa susulan bermagnitud 4.5 sehingga 6.0 pada skala Richter dilaporkan di pusat gempa.
Kelmarin, ribuan rakyat Malaysia terutama yang tinggal di bangunan tinggi dan kawasan Pantai Barat Semenanjung merasai gegaran kuat berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter di perairan Aceh pada jam 4.38 petang, diikuti gempa susulan pertama pada jam 6.43 petang yang berukuran 8.5 pada skala Richter. Selain itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi jaminan semua bangunan tinggi di negara ini selamat diduduki walaupun ada antaranya mengalami keretakan akibat dua gegaran susulan gempa bumi yang berlaku dalam tempoh dua jam di Aceh, Sumatera Utara, petang kelmarin.

Kebanyakan premis kediaman dan bangunan tinggi yang sebahagian besarnya terletak berhampiran pantai sekitar negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Pahang termasuk di Putrajaya dan ibu negara sudah diperiksa selepas dikhuatiri mengalami kerosakan akibat gegaran itu. Difahamkan, lebih 80 bangunan di 84 lokasi membabitkan semua negeri terbabit sudah diperiksa sejurus selepas bomba menerima panggilan orang ramai yang melaporkan bangunan diduduki mereka mengalami gegaran antara satu hingga lima minit.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata siasatan pihaknya mendapati tiada bangunan mengalami kesan kerosakan serius sebaliknya hanya mengalami keretakan kecil yang tidak mengganggu kestabilan dan keselamatan bangunan terbabit.

“Sejurus menerima laporan, semua anggota kita dikerah ke semua lokasi terbabit dan pemeriksaan terus dilakukan semalam (kelmarin). Hasilnya, memang ada antara bangunan itu mengalami keretakan namun tidak serius. “Antara bangunan diperiksa membabitkan hotel, pusat beli belah, hospital, apartmen serta kondominium,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Wan Mohd Nor berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM di seluruh negara masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk tsunami sekiranya berlaku gegaran susulan di Aceh.

DIROGOL DEPAN ADIK DAN SEPUPU

  


Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa.Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.

Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa.
Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.“Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik,” katanya.

Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.

“Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain,” katanya.Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah dikenal pasti.

“Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang,” katanya. Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata.