SUPPORT PENAJA

Thursday, 23 February 2012

ANAK AMIR UKAY'S MENINGGAL DUNIA . AL - FATIHAH



Takziah buat penyanyi, Amir Ukay’s yang baru kehilangan anak lelakinya, Muhammad Imran,15, berikutan masalah kompilasi jantung yang dihidapi sejak kecil. Menurut Amir, anaknya menghembuskan nafas terakhir waktu solat Maghrib semalam, ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang.
“Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.
Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.
“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu.Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya.
Amir berkata, sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung.Tambah Amir, semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tidak ada penawarnya, malah bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan.Malah dia sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.

“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” ujarnya yang turut memberitahu bekas isterinya berada di London di saat putera kesayangan mereka meninggal.

Jenazah anaknya dikebumikan malam tadi di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr Ismail.Sementara itu, vokalis kumpulan Ukay’s yang terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, ini turut mempunyai seorang lagi anak yang merupakan saudara kembar Imran.

TUMPASKAN PENYAMUN GUNA EPAL

Kelakar betul ler cite nie . Hanya menggunakan buah epal sebagai senjata , penjenayah samun boleh kena tangkap . Nie berkenaan dengan sepasang suami isteri yang baru jer  empat bulan kahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah epal oleh mangsa mereka di Pasar Sungai Siput, di sini, semalam.
TERSELAMAT...Lim menceritakan kejadian
terbabit kepada wartawan Harian Metro.

Kejadian berlaku jam 11.50 pagi dan lebih mengejutkan apabila suspek perempuan yang berusia 22 tahun memberitahu dia hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan.
Selepas ditahan, suspek lelaki yang berusia 32 tahun memberi alasan mereka melakukan jenayah ragut untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya. 
Mangsa yang juga peniaga buah-buahan di pasar itu, Lim Shui Yang, 53, berkata sebelum kejadian pasangan terbabit menunggang motosikal dan berpusing beberapa kali di kawasan pasar. “Saya ketika itu sibuk melayan pelanggan tanpa menyedari si suami menyasarkan bakul berisi wang RM30 hasil perniagaan yang diletak di atas meja jualan. ...


Ingin kupasan selanjutnya dapatkan Harian Metro hari ini .

DIDENDA SEBAB CUBIT ANAK


Perhatian penting untuk korang yang suka la sangat nak cubit anak tu renung-renung kan la pe yang Sis nak tulis nie . Kang tak pasal-pasal korang glamer sebab dapat masuk paper . Hahaha ...Bukan apa ni Sis nak share mengenai 1 laporan yang Sis petik dari salah satu akhbar tempatan mengenai tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan. Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini.

Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

Sumber dari Kosmo

Wednesday, 22 February 2012

PUTERA MONOCO DITUMBUK

Malang buat Putera Monaco, Pierre Casiraghi bila beliau ditumbuk di bahagian muka dalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam di bandar raya New York pada hujung minggu lalu. Insiden itu menyebabkan seorang lelaki tempatan didakwa di mahkamah kerana melakukan serangan. Casiraghi, 24, cucu kepada bekas pelakon Hollywood Grace Kelly, dimasukkan ke hospital akibat kejadian itu, menurut laporan media.
Polis berkata, putera itu bersama tiga lagi lelaki lain diserang oleh bekas pengusaha restoran, Adam Hock ekoran satu pertikaian ketika di kelab malam The Double Seven pada pukul 2 pagi waktu tempatan, Sabtu lalu. 
Antara mereka yang turut ditumbuk oleh Hock ialah seorang pelayar keturunan Greece, Stavros Niarchos dan bekas teman lelaki Paris Hilton, menurut satu aduan jenayah.Casiraghi memberitahu polis dia secara berulang kali diserang di bahagian muka menyebabkan pipinya melecet dan mukanya bengkak, lebam, merah dan sakit.
Peirre Casiraghi
 Tiga lagi lelaki bersamanya turut membuat aduan yang sama terhadap Hock, 47 tahun. Peguam tertuduh, Sal Strazzullo, bagaimanapun berkata, anak guamnya hanya mempertahankan diri.

“Anak guam saya memberitahu saya, putera itu bersama teman-temannya mengganggunya dan bertindak seperti kanak-kanak dengan mengejek dan cuba menyerangnya. Hock hanya mempertahankan diri ketika dia menumbuk putera dan teman-temannya itu. Adalah mustahil untuk seseorang itu menyerang empat lelaki kecuali dia adalah seorang ninja atau Bruce Lee,” katanya. Mahkamah Jenayah Manhattan membebaskan Hock tanpa ikat jamin sementara menunggu perbicaraan disambung semula pada 29 Mac ini selepas dia mengaku tidak bersalah atas empat kesalahan melakukan serangan. – REUTERS

SAKIT BUKAN PENGHALANG TERUS CARI REZEKI


Pasti korang tau mengenai nasib yang menimpa primadona Seniwati Azean Irdawaty kan . Pelbagai dugaan berat kini terpaksa di tempuhi nya . Namun keperitan hidup yang dilaluinyai tidak pernah meragut semangatnya untuk terus berkhidmat kepada keluarga. Walaupun masa seharian kini banyak dihabiskan di atas katil, tanggungjawab sebagai pencari rezeki masih digalas pada bahunya demi menampung keperluan hidup sehari-hari. Menurut Azean Irdawaty, 61, kini dengan kudrat kecil yang dimiliki dia masih menjalankan perniagaan jualan langsung seperti biasa. Walaupun tidak seaktif dulu, Azean atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yan akan tetap meneruskan perniagaan ini selagi termampu.

"Sekarang lebih mudah sebab Kak Yan hanya perlu menjalankan perniagaan jualan langsung ini melalui telefon.Tidak perlu selalu bergerak pun boleh buat bisnes. Namun itu juga bergantung kepada kemampuan. Kadang-kala sampai hari tak sihat tu, untuk bercakap juga Kak Yan tak larat," katanya ketika di temui di kediamannya di Bandar Utama, Selangor baru-baru ini. 



Kekuatan yang dimiliki wanita ini sentiasa menjadi inspirasi mereka di luar sana. Walaupun menjalani rutin harian penuh kepayahan sebagai pesakit barah, ia sedikit pun tidak pernah melunturkan hati wanita ini untuk terus membanting tulang demi eringan beban kewangan yang ditanggung keluarganya. 




"Sebenarnya apa yang Kak Yan dapat ini hanya cukup untuk menampung perbelanjaan di rumah sahaja. Bagi perbelanjaan perubatan pula Kak Yan akui terpaksa bergantung kepada belas ehsan orang luar. Ini kerana jumlahnya bil perubatan yang terlalu tinggi tidak memungkinkan Kak Yan untuk menjelaskannya. Mana hendak cari duit seorang diri dalam keadaan macam ni," jelasnya.

Bercerita tentang perkembangan penyakitnya kini, menurut Azean walaupun ada tanda-tanda positif ketumbuhan di tulang belakangnya kini sudah mengecut, namun dia kini terpaksa menanggung satu lagi berita sedih apabila tidak akan dapat meneruskan rawatan kimoterapi yang berjumlah RM9,874 sebulan.

"Memanglah doktor tidak bagi saya berhenti dari meneruskan rawatan ini, namun memandangkan bayaran untuk meneruskan rawatan ini terlalu tinggi Kak Yan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti menerima rawatan tersebut. Malah jika diikutkan juga, bekalan ubat-ubatan seharian juga hanya akan bertahan sehingga hujung bulan ini sahaja. Untuk bulan depan, Kak Yan masih lagi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya lagi," jelasnya.

Reda dengan ketentuan yang sudah ditakdirkan ini, menurut wanita besi ini dia tidak pernah membelakangi kuasa Allah. Ini kerana Azean tahu hidup mati bukan bergantung kepada ubat-ubatan yang diambilnya, sebaliknya pada ketentuan Allah semata-mata.

"Kak Yan pernah cakap kepada anak-anak, jika Allah nak panjangkan usia dengan ubat-ubatnya ini maka panjanglah umur Kak Yan. Dan sebab itu walaupun tidak mampu meneruskan rawatan dan hanya berserah sahaja kepada takdir, sekurang-kurangnya Kak Yan sudah berpuas hati kerana telah berusaha sebaik boleh untuk mengubati penyakit ini," katanya.
Kehadiran ramai rakan artis di dalam memberikan sokongan buat dirinya sentiasa menjadi inspirasi buat wanita ini di dalam meneruskan kehidupannya. Malah bagi anak seni ini, dia juga sebenarnya tidak pernah merasai dipinggirkan dari dunia seni walaupun sudah lama tidak muncul di dalam di kaca televisyen.

"Ada di antara rakan-rakan artis yang sering melawat Kak Yan , kadangkala terubat rasa pilu di hati melihat kepada keprihatinan mereka. Walaupun begitu, Kak Yan tidak pernah kecil hati dengan mana-mana rakan artis lain yang tidak sempat menjenguk. Sebagai seorang artis Kak Yan sendiri tahu jadual anak seni itu macam mana kadang kala kesibukan membataskan mereka dan rasanya bukan niat mereka untuk meminggirkan Kak Yan," katanya.

Walaupun menghadapai waktu sukar, pelakon ini tidak pernah merasakan ia sebagai penyebab untuk terus meratapi perjalanan takdirnya. Malah bagi pelakon hebat ini dia tahu hanya kekuatan semangat yang mampu menyembuhkan kesedihan yang di tanggung.

"Kak Yan reda dan terima segala yang telah ditentukan. Apa yang penting Kak Yan perlu kuat untuk meneruskan perjuangan selama ini," katanya.