Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin. Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.
“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku. “Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya,” katanya.
Fairul Rizal berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur bersaiz wang syiling 50 sen itu kerana ingin melihat keadaan telur itu.
SUPPORT PENAJA
Thursday, 8 March 2012
FILEM ANIMASI SEEFOOD MEMANG TERBAEKKK
Filem animasi arahan Goh Aun Hoe itu juga telah berjaya ditayangkan di lebih 90 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia.Malah, menurut Aun Hoe lagi filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia itu mengekalkan usaha 100 peratus bakat tempatan.“Filem ini memakan masa selama lebih dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya manakala kajian yang dilakukan untuk Seefood juga mengambil masa yang panjang iaitu hampir sepuluh tahun.
Seefood mengisahkan tentang pengembaraan seekor jerung bernama Pup dan sahabat baiknya Julius ke daratan apabila berdozen telur ikan jerung dalam terumbu karang dicuri pemburu haram dari perairan.Tanpa mengambil kira risiko dan bahaya yang bakal ditempuhinya, Pup nekad untuk menyelamatkan adik-beradiknya. Julius yang khuatir akan keselamatan Pup muncul dengan sutnya yang menyerupai robot akuarium untuk memburu makanan di daratan.Malangnya, Julius pula yang menjadi mangsa tangkapan seorang nelayan yang tamak dan Pup pula yang bertindak untuk menyelamatkan kawan baiknya daripada menjadi hidangan sup jerung istimewa.
So jom jangan lupa terjah pangung bersama family & kawan-kawan untuk tonton filem Seefood yang mula ditayangkan pada 8 Mac (hari ini) di 65 buah panggung wayang seluruh Malaysia dan Brunei.
DIMANAKAH NURUL NADIRAH ???
Selepas lapan hari berlalu, keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang lebih manja dengan panggilan Dirang, masih menaruh harapan tinggi supaya anak kecil itu ditemui segera dalam keadaan selamat. Harapan itu disandarkan mereka selepas mengadakan solat hajat serta doa selamat, selain pandangan lima pengamal perubatan tradisional dan Islam yang membantu keluarga Dirang.
dan suaminya, Lima Medeng, 25, berusaha mencari anak kesayangan mereka di sekitar daerah ini kerana yakin Dirang masih berada di kawasan berdekatan.
“Bomoh dan ustaz yang kami temui sekitar Pasir Gudang, Seri Alam dan Masai mendakwa Dirang selamat tetapi dalam kawalan seseorang. Mereka menasihatkan kami mencarinya di kawasan rumah kosong di sini kerana percaya Dirang dikurung di situ,” katanya.
Roselyn berkata, setakat ini, pencarian yang dilakukan mereka belum berhasil dan tiada sebarang petunjuk Dirang disembunyikan di kawasan berkenaan.
“Saya dan suami tidak akan berputus asa, selagi terdaya kami tetap akan berusaha mencari Dirang selain mengusahakan majlis doa selamat dengan menjemput jiran bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dirang. “Poster Dirang akan ditampal bagi memudahkan pencarian anak kedua kami itu,” katanya.
Sementara itu, kumpulan perbankan RHB akan memasang poster gambar Dirang yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu pada lebih 1,800 mesin pengeluaran wang (ATM) miliknya di seluruh negara dalam usaha membantu menjejaki kehilangan kanak-kanak terbabit. Pengarah Perkhidmatan Korporat RHB, Norazzah Sulaiman, berkata pihaknya juga akan memaparkan gambar Dirang pada laman web bank berkenaan bagi membolehkan orang ramai yang menggunakan khidmat dalam talian mereka membantu mengesan anak kedua daripada tiga beradik itu.
Beliau berkata, RHB juga akan bekerjasama dengan beberapa media tempatan untuk mengiklankan gambar kanak-kanak terbabit. Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar, berkata pihaknya akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak terbabit.
Sumber dari Berita Harian
KEPUTUSAN SBPA TERKINI 8 MAC 2012
Salam semua...ari ni hangat perkatakan tentang KEPUTUSAN SBPA.. so Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang telah diadakan di PICC Putrajaya, PM kita telah maklumkan bahawa :
- SBPA dibatalkan <-- ape korang rasa..ok ke tak.. Maknenye..pasni borang-borang yang kite dok tandatangan tu..leh la buat jual kat apek-apek yer..
- Struktur perlaksanaan SSM akan ditambah baik.
- Kenaikan gaji bagi gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%),
- Kenaikan gaji bagi Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%),
- Kenaikan gaji bagi Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
- Kenaikan Elaun COLA bagi penjawat awam di kawasan B dan C sebanyak RM50.00.. Penjawat Awam Kawasan A yang mana dapat elaun COLA sebanyak RM300.00 tiada kenaikan.
- Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
- Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based
Setakat ni je la yang Mak Jemah tahu..yang selanjutnya kite tunggu la lagi yer keputusan orang-orang atasan ni...kalau tak best...as usual orang bawahan bangkang...Pastu kaji balik..
Nasib baik la pekerja kat Malaysia ni lom sampai tahap reformasi lagi..kalau tak...jadi la revolusi cam dolu-dolu kala..
VIDEO YOUTUBE YANG MENYENTUH JIWA .
Seorang pemuda obes, Robert Gibbs menyentuh perasaan orang ramai apabila dia menitiskan air mata dalam satu rakaman video.Dia menitiskan air mata bagi meminta bantuan untuk menguruskan badan. Rakaman video selama tiga minit itu disiarkan di laman YouTube pada minggu lalu.
Pihak penerbit program bual bicara popular AS, Dr. Phil Show kemudian bersetuju melawat Gibbs di kediamannya di sini selepas rakaman video tersebut disiarkan.
Gibbs, 23, pernah menyebut mengenai program bual bicara itu dalam rakaman videonya yang telah ditonton lebih sejuta kali. Setakat ini, dia mendapat lebih 48 maklum balas daripada penonton.Sebahagian daripada penonton itu menawarkan pelbagai panduan diet selain memberi galakan kepadanya.
Pada hari ini, seorang kru program televisyen berkenaan dijadualkan berkunjung ke kediaman Gibbs untuk membuat liputan.Dalam video YouTube yang dirakamkan sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya pada Jumaat lalu, Gibbs tidak mendedahkan secara terperinci bentuk bantuan yang diperlukannya.
Dia berharap dapat menemui seseorang yang berpengetahuan luas tentang kaedah untuk menurunkan berat badannya. "Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain," kata Gibbs dalam rakaman itu.
"Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan," tambahnya.
Pemuda berkenaan menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 272 kilogram (kg) dan 317kg. -
"Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan," tambahnya.
Pemuda berkenaan menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 272 kilogram (kg) dan 317kg. -
Subscribe to:
Posts (Atom)
