Putrajaya perlu berhenti menggunakan “politik
kotor” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seteleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
melepaskan beliau, membuktikan kes liwat itu tidak sepatutnya dibawa ke
mahkamah, kata Pemerhati Hak Asasi,
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah
hari ini memutuskan Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh
tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful
Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.
“Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang
dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.
“Semoga keputusan ini memberi satu mesej
kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini,” kata Timbalan Pengarah
Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu
kenyataan hari ini.
Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin
berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat Mohd
Saiful.
“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada
sampel DNA telah diusik.
“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” katanya.
Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan
penyokong parti itu.
Berikutan keputusan itu, dijangkakan sokongan
terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.
Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi
Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.
Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi
hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun
kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman
penjara.
No comments:
Post a Comment