SUPPORT PENAJA

Thursday 16 February 2012

RAYUAN BRM1 DILANJUTKAN


























KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas 15 Mac depan bagi memastikan mereka yang layak menerima bantuan itu, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, langkah itu memberi peluang kepada mereka yang gagal dalam permohonan lalu untuk mendapatkan bantuan RM500, dan menikmati faedah daripada program berkenaan.

“BR1M adalah satu bentuk bantuan dan faedah yang sangat berkesan dan dihargai rakyat. “Kita ambil maklum jika ada yang tidak diluluskan tetapi difikirkan layak menikmati bantuan itu masih boleh buat rayuan dan rayuan boleh dibuat terus hingga 15 Mac depan.
“Tetapi jika sehingga tempoh itu ada lagi yang difikirkan layak, kita akan lanjutkan tempoh supaya bantuan sampai pada semua,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, di sini, malam tadi. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BR1M mula dibayar mulai 15 Januari lalu dan dijangka mengambil masa dua bulan untuk diagihkan kepada golongan sasaran. Najib yang juga 

Pengerusi BN turut mengumumkan mesyuarat malam tadi meluluskan tiga daripada 11 permohonan yang diterima untuk menjadi ahli gabungan BN. 
NAJIB bersama Muhyiddin pada sidang 
media selepas mempengerusikan mesyuarat
Dewan Tertinggi Barisan Nasional di
Menara Dato’ Onn, PWTC, malam tadi.

Ia membabitkan Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.Ditanya mengenai logo 1Malaysia yang diwajibkan ke atas barang kawalan untuk membolehkan pengusaha menikmati subsidi, Perdana Menteri berkata gagasan itu melangkaui politik. Mengulas mengenai tindakan pakatan pembangkang mahu mengadakan Himpunan Hijau di Kuantan pada 26 Februari ini, Najib berkata, berdasarkan peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2011, mereka berhak untuk berbuat demikian.


Sumber dari Berita Harian

No comments:

Post a Comment