SUPPORT PENAJA

Wednesday, 15 February 2012

WAJAH MISTERI DITEMUI DALAM KETUMBUHAN BUAH ZAKAR


Doktor-doktor yang menjalankan ujian ultrasound buah zakar seorang lelaki untuk mengetahui punca yang menyebabkan dia sakit telah terkejut bila mendapati ada wajah yang seakan manusia yang ternganga serta merenung kembali kepada mereka. Imej wajah manusia yang kelihatan  seolah-olah di dalam keadaan susah hati itu telah dihantar ke Urologi, jurnal rasmi Persatuan Urologi Antarabangsa, dan telah diterbitkan dalam jurnal bulan September.

G. Gregory Roberts dan Naji J. Touma, dari Universiti Queen di Ontario, Kanada, telah menjalankan ultrasound untuk memeriksa jisim yang luar biasa dalam testis pesakit yang berusia 45 tahun tersebut . Menulis dalam jurnal, mereka berkata: "Para penghuni dan kakitangan  disitu telah merasa amat takjub melihat  bentuk wajah seorang lelaki merenung berserta mulut ternganga seolah-olah muka yang dilihat pada imbasan ultrasound itu sendiri turut mengalami epididymo orchitis yang  teruk .

Testis telah dikeluarkan dan jisim itu didapati tidak berbahaya.

No comments:

Post a Comment