SUPPORT PENAJA

Wednesday, 15 February 2012

KEJAM !! SURIRUMAH MAUT DIPUKUL SUAMI


NIBONG TEBAL 14 Feb. - Seorang suri rumah warga Myanmar maut akibat dipukul di kepala oleh suaminya dengan kayu dalam satu pergaduhan di kawasan lapang berhampiran tapak projek Jawi Golf di sini semalam. Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Aye Win, 33, mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) dipercayai dipukul suaminya, Yan Paing Soe, 37.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, mangsa yang berdaftar dengan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) Jabatan Imigresen tinggal bersama suaminya di tapak projek itu manakala dua anak mereka ditinggalkan di Myanmar.

Beliau berkata, polis menerima maklumat daripada penyelia kontrak di situ yang mendapat panggilan mengenai pergaduhan pasangan terbabit dan menemui mangsa yang cedera di kepala sebelum membawanya ke HSB.

"Mangsa mati ketika dirawat di HSB akibat kecederaan parah di kepala akibat dipukul dipercayai menggunakan kayu beluti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Nasir, polis yang menjalankan siasatan menemui beberapa serpihan kayu beluti dengan kesan darah serta mendapat maklumat daripada seorang lelaki rakyat Myanmar yang menyaksikan kejadian itu. Katanya, pasukan forensik masih memburu suspek yang melarikan diri ke dalam semak berhampiran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber dari Utusan Online

No comments:

Post a Comment