SUPPORT PENAJA

Tuesday, 28 February 2012

SENGSARA SELEPAS BERHIJRAH



Akibat cinta seorang wanita tempatan berasal dari Melaka sanggup mengikut kekasihnya seorang warga Nigeria berhijrah ke  Amerika Syarikat (AS) untuk berkahwin namun ianya berakhir dengan penderitaan apabila dia menjadi mangsa dera dan ketagih kepada pengambilan dadah. 

Mangsa yang berusia 33 tahun dikatakan bertemu dengan lelaki warga Afrika itu di Malaysia kira-kira 10 tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke AS. Di sana, pasangan itu dikatakan hidup sebagai suami isteri sehingga memperoleh dua orang anak. Bagaimanapun, wanita itu  terpaksa menyerahkan dua anaknya kepada sepasang suami isteri di AS apabila suaminya ditahan polis atas kesalahan memiliki dadah.

Menurut sumber, sejak berhijrah ke AS, mangsa tidak pernah pulang ke Malaysia kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Lebih memburukkan keadaan, wanita itu dikatakan menjadi mangsa dera suaminya dan terlibat dalam penagihan dadah. Sumber berkata, hasil pemeriksaan di Pejabat Kedutaan Malaysia di AS mendapati, pasangan itu mendaftarkan perkahwinan mereka.

"Bagaimanapun beberapa bulan lalu, suami wanita itu ditahan polis kerana memiliki dadah menyebabkan mangsa hidup dalam keadaan tertekan dan kini mengalami tekanan mental," katanya ketika ditemui wartawan.

Menurut sumber itu, mangsa ditemui berseorangan tanpa makanan dan bekalan elektrik di apartmen yang disewa pasangan itu kira-kira dua minggu sebelum ia disedari jiran mereka.
Keprihatinan jiran mangsa, kata sumber, membawa wanita itu ke sebuah pusat penjagaan berhampiran.

"Mangsa yang berasal dari keluarga miskin tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke Malaysia. Lebih menyedihkan, kematian bapanya bulan lalu juga masih belum diketahui wanita itu berikutan tekanan mental yang dialaminya," kata sumber tersebut.


Sumber dari Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment