Setelah berjaya mengekalkan sambutan dan populariti yang memberangsangkan selama dua musim, Astro Oasis dengan berbesar hati meneruskan tayangan drama bersiri berjudul Tanah Kubur untuk musim ketiga yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam bermula 24 Februari 2012 menerusi (saluran 106).
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, “Astro Oasis sentiasa komited dalam menerbitkan program-program berunsur keislaman yang unik dengan cara dan acuan tersendiri. Kamisentiasa hadir sebagai perintis kepada program-program dakwah di televisyen dengan formula utama iaitu setiap ilmu yang ingin dikongsi, disampaikan dengan cara yang santai untuk menarik minat para penonton. Matlamat kami hanyalah untuk berkongsi iktibar dan teladan kepada masyarakat menerusi setiap program yang ditayangkan.Kami amat berbesar hati dengan sambutan dan maklum balas penonton terhadap drama bersiri Tanah Kubur selama dua musim ditayangkan sebelum ini. Ini secara tidak langsung telah menunjukkan sokongan penonton yang konsisten terhadap usaha Astro Oasis dalam menyuntik elemen dakwah menerusi drama siri yang sarat dengan pengajaran. Untuk musim terbaru ini, pengolahan watak, jalan cerita dan sinematografi dipertingkatkan bagi memberi kesan kepada penghayatan penonton bagi setiap mesej yang ingin disampaikan Selain itu, isu yang diketengahkan untuk musim ketiga ini juga lebih relevan dan terkini seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini .”
Tanah Kubur musim ketiga yang akan bersiaran selama 13 episod ini masih menceritakan pengalaman seorang pengali kubur dan mengekalkan Nasir Bilal Khan yang memegang watak utama sebagai Tok Adi melalui peristiwa-peristiwa aneh yang dilalui oleh seorang pengali kubur ketika menguruskan jenazah yang pasti menyentuh hati serta mampu membuka minda pelbagai lapisan penonton. Drama bersiri ini juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Talha Harith dan pelakon Hamidah Wahab serta Jimmy Shanley dan Shafiq Kyle yang baru diperkenalkan dalam musim ketiga ini.Pelbagai peristiwa aneh tentang kematian secara sinis ditujukan kepada permasalahan yang sedang berlaku di kalangan masyarakat hari ini. Antara isu-isu yang akan diketengahkan kali ini adalah susuk kuat sembahyang, biadap kepada kitab suci Al-Quran, mempersiakan anak yatim, berguru dengan buku, menipu dalam perniagaan, lelaki memakai aksesori emas, bermain nombor ekor, kehidupan gigolo, masalah pembahagian harta pusaka, mengutuk ulama dan isu murtad.
Hj Izelan turut berkata “Kami juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi perancangan untuk pelbagai program-program menarik yang bakal ditayangkan di Astro Oasis sepanjang tahun 2012 ini. Masih mengekalkan fokus kami sebagai sebuah saluran gaya hidup Muslim, pelbagai program menarik ini hanya menunggu masa untuk menemui para penonton. Beberapa program pilihan penonton masih dikekalkan manakala beberapa program dengan sentuhan dan idea baru diperkenalkan .
Antara program baru yang akan ditayangkan di Astro Oasis sepanjang 2012 adalah sebuah program realiti kanak-kanak terbaru, pertandingan nasyid Astro, Kembara Kiblat, Mukjizat Zam Zam, Festival Fesyen Islam Antarabangsa, Kem Kanak-kanak Islam dan Nasyid Astro. Pada masa yang sama, program-program yang mendapat sambutan tetap dikekalkan tetapi dirancang dengan skala yang lebih menarik termasuklah Imam Muda musim ketiga, Rasa Halal Antarabangsa, Liga Ilmu dan drama serta telefilem-telefilem menarik di saluran ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri Tanah Kubur musim ketiga yang bakal menemui penonton pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam bermula 24 Februari 2011 menerusi Astro Oasis (Saluran 106). Teruskan menonton pelbagai program menarik yang bakal ditayangkan di Astro Oasis sepanjang tahun 2012 ini!
No comments:
Post a Comment