SUPPORT PENAJA

Monday, 12 March 2012

2 BERANAK DITEMUI MATI DIBUNUH



Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi.Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.
Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan
 anak yang dipercayai telah dibunuh di Taman Kinrara 1, Puchong.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.

Anggota polis melakukan siasat ditempat kejadian
“Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.“Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.
“Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain,” katanya.

Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

“Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah,” katanya.
Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.

Sunday, 11 March 2012

MAKANAN JALANAN YANG BOLEH DILIHAT DARI BEBERAPA TEMPAT DI DUNIA


Bagi yang sering kali berpeluang untuk menjelajah kebeberapa pelusok dunia pasti akan terjumpa dengan pelbagai makanan yang dijual di tepi-tepi jalan kan. Ada yang rupanya enak dan sekiranya halal boleh la nak try .. Tapi tak kurang juga ada yang pandang jer terus   kembang tekak jadinya. Yela mungkin untuk kita konfem ler tak sedap tapi bagi masyarakat setempat kat sana tu  sedap ler kot .. kalau tak mana ler orang nak jual kan kalau takde orang nak beli  .hehehhe. So nak tau apa makanan nya boleh ler nengok apa yang Sis nak share ni....








KEINDAHAN MENAKUTKAN SEWAKTU RIBUT MATAHARI


Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu menakjubkan.


Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut. Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.

“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam. Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam. Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.



Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan orientasinya. Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia. 



Saturday, 10 March 2012

TATU WUJUD AKIBAT DIPANAH PETIR

Menakjubkan dan sesuatu yang agak pelik bila mengetahui mengenai ada nya kes  yang mana orang yang dipanah petir kadang-kadang   mendapati ada nya tanda-tanda yang seakan seperti  tatu yang berbentuk angka atau bunga kilat dipanggil Lichtenberg dibadan  mereka . Ini lah yang dialami oleh seorang mangsa panahan petir  iaitu Winston Kemp . So kalau nak saksikan bagaimana uniknya seni akibat panahan petir tersebut mohhh .skrool ....




CAHAYA HIJAU DILANGIT KANADA


Satu cahaya berwarna hijau di langit yang dikenali sebagai aurora borealismenghiasi langit dekat Yellowknife Kanada kelmarin. Kemunculan cahaya itu berpunca daripada gelombang radiasi di atmosfera Bumi kesan ribut solar yang berlaku kerana letusan di matahari. Ribut solar yang melanda Bumi kelmarin adalah yang paling kuat dalam tempoh lima tahun. Fenomena langit berwarna itu dapat dilihat oleh pemandu trak yang pulang dari beberapa lombong emas yang terletak sekitar 330 kilometer ke timur laut bandar Yellowknife. - Agensi