SUPPORT PENAJA

Monday, 5 March 2012

PELBAGAI SARAPAN DARI SELURUH DUNIA



 Korang sumer sure dah tau betapa penting nya sarapan pagi untuk badan kan .Tanpa sarapan yang sihat badan mungkin mudah lesu dan kurang bertenaga . So kalau dah lesu camner ler nak wat kejer kan . So kat  negara kita ni kalau sebut pasal bab menu makan pagi nie memang sampai besok pun tak habis .. Mahu tak nyer dengan pelbagai kaum dan adat yang ada so secara tak langsungnya menu pun pelbagai ler kan . Ada roti canai , mee goreng , wantan mee , tosai , nasi kerabu , nasi dagang , dan macam-macam lagi ler yang semua nyer enak-enak belaka .. Hehehe .. Tapi korang pernah tak terfikir apakah  jenis sarapan pagi penduduk dunia di negara lain lak kan .Nak tau per menu nyer jom skroll down . Korang jangan terliur le plak nanti tau ..Sebab nampak lazatttt giler beb ..Hehehe 
Venezuela Breakfast

Bahamas breakfast


Egyptian breakfast


Polish Breakfast


Malaysia Breakfast


Uganda Breakfast


Ghana Breakfast


Jordan Breakfast 


Japan Breakfast


Vietnam Breakfast


Mexico Breakfast


Irish breakfast


Thailand Breakfast


India Breakfast


German Breakfast


Filipina breakfast


Swedish breakfast


Hawaiian breakfas


Moroccan breakfast


Spanish breakfast


Cuban breakfast


Iran Breakfast









LELAKI PASANG SEROMBONG ATAS KERETA

Memang kretif and inovatif ler mamat  dari Sweden seorang nie . Mahu tak nya  dia  sanggup mengubahsuai kereta Volvo 240 wagon  miliknya semata-mata sebab nak pasang serombong yang mengunakan kayu sebagai bahan bakar   . Namun untuk melakukan nya bukan main suka-suka tau .. Dah dapat kebenaran pihak berkuasa barulah ok .

2 TERKORBAN DI GENTING - BAS TERBABAS




Sebuah bas persiaran yang membawa 24 penumpang, pelancong-pelancong warga India, terbalik di Kilometer 4.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada jam 8.15 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, dua orang termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an disahkan maut manakala dua terperangkap.Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur.
Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi. 



"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong.
 










Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti. Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.   









Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya.

JUMLAH CUTI UMUM KEKAL




Berita baik buat semua rakyat Malaysia bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan  tiada cadangan dibuat untuk mengurangkan jumlah cuti umum apabila cadangan gaji minimum dilaksanakan kerana pendirian itu diyakini telah mengambil kira aspek produktiviti.

Beliau berkata, apa yang penting adalah untuk semua pihak meningkatkan produktiviti supaya ekonomi negara dapat terus berkembang. 
"Ada beberapa perkara yang kita percaya perlu diberi perhatian kalaupun gaji minimum nanti akan ditetapkan. "Semua pihak ada peranan masing-masing supaya ekonomi terus berkembang, rakyat dapat faedah daripadanya dan tidak bawa kesan yang boleh menjejaskan pertumbuhan dan sebagainya.
 Itu kita ambil kira sebab kajian sudah dibuat agak mendalam sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan yang disuarakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata produktiviti rakyat akan menurun memandangkan jumlah cuti umum yang terlalu banyak di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pula dilaporkan berkata dasar mengenai gaji minimum pekerja sektor swasta dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan ini. "Sebahagian daripada pertumbuhan yang kita lihat dalam negara adalah hasil daripada dasar penswastaan. Bukan sekarang, pada masa lepas pun begitu.

"Ia bukan sahaja penswastaan, ia merupakan peranan sektor swasta yang ingin ditekankan dalam ETP (Program Transformasi Ekonomi). Ini akan jadi pemacu utama sosioekonomi negara. Sektor swasta akan menjadi enjin pertumbuhan. Kerajaan
akan menjadi fasilitator dan pemudah. Mungkin penswastaan kurang dan peranan sektor swasta ditingkatkan bagi menyediakan apa jua kemudahan yang diperlukan orang ramai," katanya. - Bernama


Sumber dari Sinar Harian

Saturday, 3 March 2012

CADANGAN KENAIKAN GAJI OLEH CUEPACS




Nampaknya keputusan semakan SBPA masih belum diketahui lagi seperti yang dijanjikan oleh Cuepacs sebelum ini. Mungkin ini ada kaitannya dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh Cuepacs semalam sehingga membuatkan pasukan petugas SBPA berfikir dua tiga kali untuk menilainya….

Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya :

Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun
Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun
JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000


Cadangan gaji SBPA yang dituntut oleh Cuepacs ini agak memeranjatkan kami juga sebenarnya.
Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :

  1. Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.
  2. Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)
  3. Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulahSkim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan
  4. Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
  5. Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500
  6. Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji

  1. Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
  2. Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
  3. Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
  4. Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
  5. Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan

  1. Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
  2. Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Pilihan Yang Diberikan Oleh Cuepacs :
  1. Pertama : Cuepacs rasa cadangan gaji SBPA yang dibuat mereka ini munasabah selari dengan hasrat kerajaan yang dikatakan mahu merapatkan jurang pendapatan yang besar antara pegawai rendah dengan atasan.
  2. Kedua : Jika pasukan petugas SBPA merasakan ia akanmelibatkan kos yang tinggi, Cuepacs minta kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan
  3. Ketiga : Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru

P/S : Tuntutan Cuepacs telah pun dibuat. Nantikan tindakan selanjutnya oleh pihak kerajaan selepas ini. Apa pandangan anda dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan Cuepacs ini?