Bagi yang sering kali berpeluang untuk menjelajah kebeberapa pelusok dunia pasti akan terjumpa dengan pelbagai makanan yang dijual di tepi-tepi jalan kan. Ada yang rupanya enak dan sekiranya halal boleh la nak try .. Tapi tak kurang juga ada yang pandang jer terus kembang tekak jadinya. Yela mungkin untuk kita konfem ler tak sedap tapi bagi masyarakat setempat kat sana tu sedap ler kot .. kalau tak mana ler orang nak jual kan kalau takde orang nak beli .hehehhe. So nak tau apa makanan nya boleh ler nengok apa yang Sis nak share ni....
SUPPORT PENAJA
Sunday, 11 March 2012
KEINDAHAN MENAKUTKAN SEWAKTU RIBUT MATAHARI
Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut. Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.
“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam. Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam. Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.
Saturday, 10 March 2012
TATU WUJUD AKIBAT DIPANAH PETIR
Menakjubkan dan sesuatu yang agak pelik bila mengetahui mengenai ada nya kes yang mana orang yang dipanah petir kadang-kadang mendapati ada nya tanda-tanda yang seakan seperti tatu yang berbentuk angka atau bunga kilat dipanggil Lichtenberg dibadan mereka .
Ini lah yang dialami oleh seorang mangsa panahan petir iaitu Winston Kemp . So kalau nak saksikan bagaimana uniknya seni akibat panahan petir tersebut mohhh .skrool ....

CAHAYA HIJAU DILANGIT KANADA
Thursday, 8 March 2012
PELIKK ... !!! TELUR DALAM TELUR
Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin. Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.
“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku. “Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya,” katanya.
Fairul Rizal berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur bersaiz wang syiling 50 sen itu kerana ingin melihat keadaan telur itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)