SUPPORT PENAJA

Wednesday 4 January 2012

FUYOO..PUTUS CINTA ..Arghhhhh !!!



Anda mungkin sering mengalami apa yang namanya dikatakan kecewa atau pun frust  akibat putus cinta. Memang sesuatu perjalanan cinta itu kadangkala tidak berlaku  seperti yang kita bayangkan. Mempersatukan perbezaan - perbezaan, atau prinsip di antara dia dan anda sering kali menyebabkan jalinan asmara berakhir di tengah jalan.

Tapi bukan itu sahaja yang menyebabkan putus cinta, ada banyak faktor yang menyebabkan putus jalinan tali asmara. Lalu apasaja penyebab paling biasa berakhirnya jalinan cinta seseorang? :



Ketidakserasian

  
Mungkin awalnya mereka boleh menerima perbezaan masing - masing dalam segala hal, dengan maksud hubungan akan semakin menarik dan menjadi cabaran tersendiri. Tapi ketika hubungan sudah mula berlanjutan ke tahap yang lebih serius, ketidakserasian kerana perbezaan sering kali jadi titik konflik dan batu sandungan yang menyebabkan berakhirnya hubungan.

Pacaran jarak jauh (LDR)
Menjalani hubungan jarak jauh tanpa adanya komunikasi yang mendedah boleh menyebabkan memudarnya rasa cinta yang dimiliki masing - masing pasangan. Akibatnya saat keduanya bertemu muka seperti berhadapan dengan orang asing atau orang yang baru dikenalnya. Hingga menyebabkan jalinan cinta tak boleh berlangsung sampai ke jinjang perkahwinan. Kerana timbulnya perasaaan curiga masing - masing pasangan saat menjalani LDR.

Hilangnya kepercayaan
Kepercayaan pada pasangan masing - masing  adalah kunci utama jalinan cinta agar tetap mulus, tapi ketika kepercayaan hilang akibat cemburu buta atau salah satu dari pasangan berselingkuh, hal ini menjadi penyebab putusnya tali asmara.

Timbul kebosanan
Timbulnya rasa bosan dan keinginan untuk segera menamatkan hubungan adalah salah satu momok penyebab putus cinta. Faktor penyebabnya mungkin kehilangan minat pada salah satu pasangan yang awalnya terasa begitu membara, tapi dalam tempoh tertentu boleh saja menjadi kaku, canggung dan sejuk atau terasa hambar kerana telah pudar.

Nah, itulah penyebab am putus jalinan tali asmara. Memang cinta kadang-kadang memerlukan pengorbanan untuk mempertahankannya agar boleh sampai sampai kejenjang perkahwinan.

FUYOO..IKLAN DARI THAILAND SUPER FUNNY . MEE SEGERA .




FUYOO..IKLAN DARI THAILAND SUPER FUNNY . REALITI HIDUP












FUYOO..IKLAN BUBBLE GUM ..

            
 LAYAN JOMMMM !!! HaHaHa ...


Add caption


FUYOO.IKLAN M&M's


LAYAN JOMMMM !!! HaHaHa ...


FUYOO..IKLAN MINUMAN 'PEPSI' YANG LUCU



LAYAN JOMMMM !!! HaHaHa ...




FUYOO..KOMEN IBU : AMALINA MANGSA FITNAH

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).
Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam. 
Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap. 




Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir. 
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina. 


“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. 
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog. 


“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. 

FUYOO..ARTIS MALAYSIA . 3 PEKARA YANG KITA BELAJAR DARI ZIZAN RAJA LAWAK






 Siapa tidak kenal Zizan Raja Lawak  .Ustaz Azhar Idrus pun saja buat-buat tak kenal bila Zizan telefon dia. Zizan, seperti mana yang diketahui pernah ‘terlanjur’ kata dalam filem Hantu Bonceng. Dia mengaku tersilap. dia pun telah merujuk Ustaz Azhar dalam hal ini. Bukan mudah mengaku silap. Lagi-lagi dalam kedudukan seorang yang bertaraf selebriti.




1. Mengaku Silap .


Kita semua manusia. Tidak sempurna.Begitu juga dalam urusan wang kita. Ada perkara yang barangkali kita telah buat silap. Kita kena tahu kita silap dan kita kena akui kesilapan kita.
Ini dinamakan exit strategy.


2. Bertanya Kepada Yang Lebih Tahu .
Zizan merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus.
Isu filem hantu bonceng. Isu nak buka karaoke. Dan terbaru, berganding bersama Ustaz Azhar sendiri dalam sambutan malam tahun baru 2012 di Shah Alam.


3. Life Goes On ..
Zizan barangkali berada tahap moral yang sangat ‘low’ sekitar isu Hantu Bonceng. Satu Malaysia kutuk dia. Namun alhamdulillah, berkat dia mengaku salah, merujuk kepada orang yang lebih tahu dia menjadi lebih popular dan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus lagi.

FUYOO..ARTIS MALAYSIA . PIAN CECUPAK SAKIT SELEPAS KONTROVERSI







Beberapa bulan dahulu Pian Cecupak menimbulkan kontroversi kerana mengatakan dia akan berkahwin dengan seorang model sambilan. Model itu bagaimana pun menafikan dakwaan Pian. Sehubungan itu, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman memberitahu Sinar Harian yang dia sakit teruk selepas peristiwa itu: kedua-dua belah telinganya membengkak menyebabkan pendengarannya terganggu. Selain itu, Pian juga dilihat berkelakuan seperti orang kurang siuman apabila menangis dan bercakap seorang diri, dan perkara ini hanya disedari oleh jiran-jirannya .
Saya tidak sedar apa yang berlaku pada diri saya. Tapi, menurut jiran-jiran, saya berubah menjadi seorang yang pemarah dan gemar memukul orang. Ada juga jiran mendengar saya terjerit-jerit dan menangis di dalam rumah.


Pian memberitahu kini dia tinggal dengan emaknya . 
Apabila emak saya mendapat tahu mengenai keadaan saya, dia lantas membawa saya balik ke rumahnya. Menurut emak, beberapa hari sebelum itu, dia ada bermimpi berlaku perkara tidak elok ke atas diri saya.


Pian berkata dia masih hidup dalam ketakutan walaupun sudah berubat secara moden dan tradisional.  Pian bagaimanapun enggan menyalahkan seiapa, sebaliknya dia menganggap kejadian yang berlaku adalah kifarah ALLAH SWT untuk dirinya di atas perbuatan dahulu termasuk melakukan perubahan pada wajahnya.


Menurut Pian juga : Saya tidak tahu sama ada saya terkena buatan orang ataupun tidak.

FUYOO ..BUKU MASA HADAPAN


FUYOO ..MESIN MEMETIK TIMUN

                                                                 
                                                                  


AGAK-AGAK NYA SAMBIL MEMETIK TU ADA TAK YANG AMIK KESEMPATAN LELAP JAP  ekkk..HAHAHA !!! 

FUYOO.. WANITA MEMPUNYAI KAKI TERPANJANG



Dengan ketinggian 198 cm tinggi Svetlana Pankratova , dikatakan wanita dengan kaki terpanjang di dunia. Kakinya berukuran 132cm namun dia bukanlah wanita yang paling tinggi di muka bumi ini. Dia yang berasal dari Rusia telah  melawat Times Square secara rasmi untuk memasukan nama beliau dalam Buku Rekod Dunia Guinness pada tahun 2009.



FUYOO.. REKOD DUNIA TARIAN BREAKDANCE "HEADSPIN:

Pernahkah anda semua terfikir siapakah pemegang rekod dunia untuk kebanyakan breakdance headspins ? Inilah jawapannya .. lelaki ini memiliki rekod bagi kebanyakan headspins Breakdance ... So amacam ada berani nak cuber challange ..hahaha