SUPPORT PENAJA

Wednesday 21 March 2012

MEXICO DIGEGAR GEMPA 7.5M


Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud menggegarkan bahagian tengah dan selatan Mexico pagi tadi menyebabkan 800 kediaman musnah berdekatan pusat gempa dan bangunan bergoyang serta mencetuskan rasa cemas dan panik beratus-ratus kilometer di sini. 


Gempa bumi paling kuat pernah menggegarkan negara itu ialah pada 1985 yang mengorbankan ribuan manusia di Mexico City.Kejadian pagi tadi paling teruk dirasai di kawasan sempadan selatan Oaxaca dan wilayah Guerrero yang disahkan sebanyak 800 kediaman musnah manakala 60 lagi runtuh. - AP

TAUKE AROWANA DICEKUP



Seorang pengusaha ternakan ikan arowana dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 21 tuduhan memalsukan dokumen tukar milik tanah seluas 29.16 hektar di Semanggol dekat sini pada 2005. Ahmad Don, 58, yang merupakan Pengarah Urusan Bukit Merah Aquaculture (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Bukit Merah, Bagan Serai dituduh menggunakan Surat Kuasa Wakil palsu bagi menjual 36 lot tanah terbabit yang dianggarkan bernilai RM396,000 kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan pemilik sebenar. 
Berdasarkan fakta kes, 36 lot tanah itu adalah milik 21 penduduk Kampung Selamat, Semanggol yang dikatakan hendak diusahakan sebagai ladang kelapa sawit menerusi projek Rancangan Tanah Berkelompok (RTB). Ahmad yang bertindak sebagai broker tanah telah menjual semua tanah terbabit kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan penduduk. Tertuduh dari Simpang Empat, Semanggol didakwa menggunakan Surat Wakil Kuasa palsu bagi membolehkan Pejabat Tanah dan Daerah Kerian, Parit Buntar memberi kelulusan permohonan pindah milik tanah berkenaan.Dia yang mempunyai 12 anak daripada empat isteri dituduh melakukan kesalahan itu dari 28 April 2005 hingga 4 Jun tahun sama.











Sumber dari Kosmo Online

ISU BISEKSUAL...? ANWAR IBRAHIM SAMAN DATO NALLA RM100 JUTA...

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang ke atas Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) berhubung penyiaran berita ‘Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang-Nalla’ di akhbar ini hari ini.Menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran, Anwar melalui firma Edwin Lim Suren & Soh hari ini menghantar surat tuntutan bagi meminta UMMB dan Utusan Malaysia menarik semula berita itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta ekoran penyiaran artikel tersebut.      
        
 “Notis serupa telah dihantar kepada Nallakaruppan dan Anwar mengambil tindakan ini demi kepentingan awam,” katanya.Surendran berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi blog Anwar di http://anwaribrahimblog.com hari ini. 


Sumber dari Utusan Online


PEMAIN BOLA SEPAK TERKAYA

Pemain skuad Barcelona iaitu Lionel Messi dikatakan merupakan pemain terbaik dunia dan sekaligus  juga pemain paling termahal dunia ketika ini. Bintang bolasepak itu dijangka akan dapat memperoleh £27.4 juta (RM137juta) tahun ini menerusi gaji, bonus, penajaan dan perjanjian lain yang meningkat setiap masa.
Pemain kedua termahal ketika ini anehnya adalah David Beckham yang pada usia 36 tahun bakal menerima £26juta (RM130 juta) dengan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sudah mencapai rekod 98 gol daripada jumlah 90 perlawanan di Liga Sepanyol. Sementara itu, dalam kompilasi majalah France Football, Jose Mourinho adalah jurulatih paling termahal dengan £12.3juta (RM61 juta), manakala pengurus Paris St Germain, Carlo Ancelotti, kedua dengan £11 juta (RM55 juta) dengan pengendali Barcelona, Pep Guardiola, ketiga, £7.88 juta (RM39.4 juta). -Agensi

NALLAKARUPPAN TUDUH ANWAR BISEKSUAL

Amat mengejutkan bila Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan secara terbuka mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan Ketua Pembangkang itu sebelum ini. Katanya, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan mendakwa beliau sendiri pernah melihat Ketua Pembangkang itu melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau wanita.

''Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang yang merangkumi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerajaan pada masa depan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini. Nallakaruppan seterusnya secara sinis meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengeluarkan fatwa membenarkan individu biseksual menjadi Ketua Pembangkang.

"Dahulu pekerja Magnum (Corporation) yang lelaki Anwar ada simpan dan Anwar juga pernah bawa isteri orang. Saya bersedia untuk mendedahkan kesemua nama mereka di mahkamah. Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan tidak ada peruntukan juga untuk biseksual menjadi Ketua Pembangkang. Saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual menjadi ketua," katanya.

Pendedahan itu merupakan siri kritikan terbaru terhadap Anwar yang pernah menjadi rakan permainan tenis beliau. Namun, Anwar sehingga kini belum berani menyaman Nallakaruppan.
"Saya akan terus mendedahkan sedikit demi sedikit (kebenaran) dan setakat ini Anwar bukan anak jantan kerana tidak berani menyaman saya. Ini baru 30 peratus daripadanya (rahsia Anwar) dan saya masih ada 70 peratus lagi untuk didedahkan," katanya.

Sementara itu, jelas Nallakaruppan, beliau hairan mengapa Pas masih mahu bekerjasama dengan Anwar walaupun terdapat banyak petunjuk yang terarah kepada kehidupan Anwar sebagai seorang biseksual."Saya telah berjumpa dengan beberapa pemimpin tertinggi Pas dan mendedahkan perkara mengenai Anwar ini dan ada di antara mereka percaya, cuma Nik Aziz sahaja yang enggan bertemu dengan saya sampai hari ini," katanya.


Sumber dari Utusan Online

ANGKARA TIKET BAS MUKA WARGA EMAS DITONYOH



Hanya kerana sekeping tiket bas bernilai RM1, seorang warga emas mendakwa dicederakan di bahagian mukanya oleh pemeriksa tiket di Rawang dekat sini gara-gara enggan membeli tiket baru selepas dituduh menggunakan tiket tidak sah.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada 6 Mac lalu, mangsa, Wong Soo Tian, 83, menaiki bas henti-henti di Jalan Ipoh untuk pulang ke rumahnya di Rawang selepas mendapatkan ubat dan rawatan susulan di sebuah klinik di situ.
Katanya, sebaik bas melalui kawasan Batu Caves, seorang lelaki dipercayai pemeriksa tiket naik bas terbabit sebelum memeriksa tiket setiap penumpang termasuk dirinya.
“Saya terus berikan tiket seperti diminta, namun mereka mengatakan tiket saya tidak sah sebelum menyuruh saya membeli tiket baru. Saya enggan kerana tiket itu dikeluarkan sendiri konduktor bas terbabit. Saya cuba mempertahankan diri dengan menyuruh lelaki berkenaan bertanya sendiri kepada konduktor yang ketika itu berada di bahagian hadapan bas berhampiran pemandu, namun secara tiba-tiba lelaki itu mengangkat lututnya hingga mengenai muka saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



Wong berkata, tidak cukup dengan itu, mukanya turut ditonyoh seorang lagi pemeriksa tiket yang menaiki bas berkenaan tidak lama kemudian selepas lelaki berkenaan menghubunginya.
Menurutnya, dia percaya orang ramai mahu membantu, namun akibat takut, mereka menghentikan niat masing-masing, tetapi seorang daripada penumpang menyarankan supaya dia membuat laporan polis.

“Lebih 20 tahun saya menaiki bas untuk ke pelbagai destinasi, inilah kali pertama saya dilayan sebegini teruk. Selepas ini, saya serik untuk menaiki bas lebih-lebih milik syarikat terbabit.
Diharap syarikat bas itu akan melihat kes saya secara serius kerana saya tidak mahu warga emas lain menjadi mangsa. Saya yakin kejadian ini berkait rapat dengan penyelewengan sama ada konduktor bas terbabit atau pemeriksa tiket itu sendiri,” katanya.

Wong yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Rawang serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).