SUPPORT PENAJA

Friday 27 January 2012

FUYOO..BUDAK UMUR 2 TAHUN KELIHATAN SEPERTI ANAK PATUNG


Disebabkan penyakit genetik seorang kanak-kanak perempuan Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berumur 6 bulan . Penyakit genetik yang berlaku dalam 1:100,000 dipanggil sindrom Russell-Silver yang bermaksud pada usia ini dia hanya akan bersaiz seperti seorang bayi berusia 6 bulan .
Walaupun berketinggian 2 kaki sahaja dengan berat kurang dari 14 paun iaitu separuh dari berat sepatutnya untuk  kanak-kanak seusia nya namun Abbie tetap boleh berjalan , ketawa dan bermain seperti kanak-kanak yang lain .Dia seumpama orang kerdil yang amat sempurna bentuknya .Abbie telah dilahirkan secara Caesarean pada minggu ke 38 iaitu pada 12 Februari, 2009 dengan berat hanya 4 paun dan 40cm panjang . Dia kelihatan begitu rapuh hingga takut untuk memegangnya.

"Dia mungkin lebih besar jika dibandingkan dengan bayi pramatang yang lain , tetapi dia tidak seperti kebanyakan bayi yang baru lahir disebabkan kekurangan berat badannya. Atas sebab itu dia diberikan makanan formula berkalori tinggi, untuk mempercepatkan pertumbuhan yang kelihatan tidak berfungsi secara normal.
'Saya  melihat anak-anak kawan saya membesar bulan demi bulan, manakala Abbie hampir tidak berubah. Kini berumur 22 bulan, dia hanya 26in (65cm). ' ujar ibunya .

FUYOO..KANAK-KANAK 8 TAHUN HEBAT BERMAIN GITAR


Amat mengagumkan pada usia 8 tahun Zoe Thomson, dari Thatcham, Berkshire telah menunjukkan bakat yang amat luar biasa bermain gitar elektrik . Memang dasyat ler dia goreng . Bukan calang-calang orang boleh buat tau.


Bakat yang dimiliki Zoe memang luar biasa malahan bakatnya itu mendapat pujian dari pemuzik-pemuzik hebat seperti Metallica . Dia mula bermain gitar sejak berusia enam tahun lagi .
Selain itu dia juga ada menubuhkan sebuah band yang 
dianggotai oleh kanak-kanak yang berumur antara 8-10 tahun yang diberi nama The Mini Band . Kumpulan tersebut yang ada menerbitkan sebuah video telah mendapat sambutan 3 juta hits . So jom layan video they olls..









FUYOO..FLASHMOB DI KLIA



Penumpang yang tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada hari Sabtu, 14 Januari 2012 telah disambut dengan flashmob di  Aras 3  balai ketibaan . Menyaksikan kira-kira 100 penyanyi dan penari memecah masuk secara spontan sebagai sebahagian daripada cara syarikat Malaysia Airlines untuk menyambut Tahun Baru 2012. 

Bertemakan lagu 'Missing You', flashmob di balai ketibaan yang berlangsung selama 10 minit tanpa henti memaparkan secara medley  lapan lagu-lagu hit yang popular dalam pelbagai bahasa. 

Mob Flash merupakan satu trend baru di seluruh dunia yang melibatkan kumpulan yang agak besar memecah masuk ke dalam tempat awam dan seterusnya melakukan tarian, hanya untuk masa yang singkat, dan bersurai ke arah orang ramai bila ianya berakhir.

Mob flash Malaysia Airlines digabungkan bersama-sama dengan bakat-bakat dari Kit Kat Klub anak syarikat Enfiniti Vision Media, kakitangan Malaysia Airlines & keluarga, pelajar-pelajar dari Unisel dan koreografer   tarian profesional  terkenal di Malaysia  Pat Ibrahim .

FUYOO..15 TAHUN HANYA MAKAN NUGGET

 
 Seorang remaja diberi amaran bahawa kegemarannya terhadap nuget ayam boleh membunuh kerana dia sebenarnya tidak mengambil apa-apa makanan sejak berusia dua tahun.Doktor mula menyedari kecenderungan pemakanan bermasalah Stacey Irvine itu selepas dia tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana sukar bernafas.
Pekerja kilang, Stacey, 17, tidak menyentuh sebarang sayur-sayuran atau buah-buahan sejak 15 tahun lalu.Tabiat pemakanannya itu menyebabkan dia mengalami anemia (kekurangan darah) dan bengkak salur darah pada lidahnya. Semalam, Stacey dilaporkan semakin pulih di rumah selepas doktor memberikannya sejumlah vitamin dan beberapa suntikan ketika dirawat di hospital.Bagaimanapun, Stacey tetap berdegil dan enggan mengubah pilihan makanannya, malah tetap hanya mahu mengambil nuget daging ayam sebagai hidangan.
Antara mainan yang diperolehi dari Happy Meals Mc Donald's
            
Berasal dari Castle Vale, Stacey berkata, kini dia mula sedar betapa tabiat pemakanannya yang hanya mengambil nuget ayam goreng membahayakan kesihatannya.
“Selain nuget ayam goreng McDonald’s yang memang makanan kegemaran, saya juga menggemari hidangan sama disediakan restoran makanan segera lain atau yang dijual di pasar raya.
“Hidangan sebenar saya setiap hari hanya nuget ayam goreng,” katanya.
Sementara itu, ibu Stacey, Evonne, 39, berkata dia sendiri sukar memujuk anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat dan menyelesaikan masalah berkenaan. “Saya kini benar-benar tidak mampu melakukan apa-apa lagi.
“Saya cuma mampu berdoa supaya Stacey dapat diselamatkan sebelum terlambat,” katanya. 

IBU MUDA MUAT TURUN GAMBAR DI FACEBOOK SEBELUM BUNUH DIRI



Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook.Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween.Mereka digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan.
Kata Cynthia, kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung.Dia menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: “Mak, saya datang.” Ibu Cynthia mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun.Cynthia juga dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.

           CYNTHIA bersama anaknya.



IMEJ ngeri yang dimuat naik Cynthia sebelum membunuh diri

FUYOO .. BEKAS ISTERI HATTAN AKAN AMBIL TINDAKAN

GAMBAR yang tersebar itu bukan punca kami bercerai. Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai itu. Apa yang ingin saya beritahu antara kami berdua memang tak ada persefahaman dan jalan yang terbaik adalah berpisah,” tegas Farah Ashikin, bekas isteri Hattan dalam satu pertemuan dengan Pancaindera di butik Amir Luqman di Plaza Damas, Kuala Lumpur Khamis lalu.Farah dan penyanyi Hattan telah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
                   


Bagaimanapun Hattan yang ketika itu masih suami Farah Ashikin menafikan sekeras-kerasnya mengenai berita itu sambil menyifatkan ia sekadar gosip kerana mereka berdua adalah pasangan bahagia.
Sayangnya, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang diharapkan akan berkekalan sehingga hujung nyawa, akhirnya musnah di pertengahan jalan apabila mereka disahkan bercerai pada minggu kedua 2012.Sebagai pasangan bahagia, sama ada Farah ataupun Hattan, sememangnya tidak mahu rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu runtuh.Rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini pada 11 November tahun lalu cuma bertahan dua bulan selepas pelbagai spekulasi tersebar mengenai perceraian mereka seminggu setelah mereka bernikah.Tetapi sebagai manusia kita hanya bisa merancang namun takdir yang menentukan segala-galanya.Sayangnya, apa yang kurang enak didengar, selepas perceraian itu pelbagai cerita yang tersebar sehingga mengguris hati dan maruah apabila gambar intim Farah dengan seorang lelaki tersebar dalam pelbagai blog dan portal hiburan tempatan.Ketika ditanya kesahihan perkara berkenaan, Farah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar tersebut menjadi punca kepada penceraian mereka.

“Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar.“Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu?“Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang tak tahu apa yang terjadi. Orang dengar dan orang percaya bulat-bulat.“Lagi satu saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tak sepatutnya mereka siarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan saya,” kata Farah, ibu tunggal kepada dua orang anak.
Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yang berlaku namun dia tetap sedih dengan perceraian itu.“Saya sangat sedih dengan perceraian kami tetapi saya optimis dengan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan.
“Biarpun banyak dugaan yang datang saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya kesal bila ada yang menjaja cerita kami bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu.
“Itu memang satu berita yang tak benar dan sangat mengaibkan.“Tetapi sama ada suka atau tidak saya kena terima penceraian ini. Kini saya hanya mahu memberi tumpuan kepada bisnes saya,” kata Farah.

Mangsa godam

MENGULAS lanjut mengenai penyebaran gambar berkenaan, jelas Farah semuanya berpunca daripada penggodam yang telah membuat onar terhadap e-mel peribadi dan blog peribadinya. Perkara ini bukan baru berlaku sebaliknya semenjak pertengahan tahun 2010, dia menjadi mangsa digodam yang akhirnya mengaibkan dirinya.

“Saya pernah buat laporan polis pada September 2010. Berita mengenai laporan polis itu pernah tersiar di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.“Saya tak tahu siapa punya kerja. Tapi mereka godam e-mel saya, tambah kandungan termasuk dalam blog dan hantar pada semua kenalan untuk mengaibkan saya,” kata Farah yang merupakan pemilik Into Equity Sdn. Bhd. ini lagi. Melalui syarikatnya itu, Farah merupakan ahli perniagaan hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London, Itali dan Hong Kong.

Selain terbabit dengan bisnes luar negara, dia juga merupakan pembekal barangan hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekal peralatan kepada Kementerian Kesihatan. Bisnes yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu cukup membuatkan dirinya terkenal dalam bidang perniagaan dan sudah pasti dia terkesan dengan kemelut tak berkesudahan yang akan menjejaskan perniagaannya.“Saya orang bisnes dan saya tahu dengan penyebaran gambar itu akan menjejaskan reputasi saya. Kalau dengan pelanggan luar negara tak ada masalah tetapi bagaimana dengan pelanggan dalam negara?

“Mahu atau tidak saya kena membersihkan maruah saya yang tercalar.“Lepas ni saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Bila balik nanti saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya,” kata Farah.

LELAKI AFGANISTAN TIKAM 2 ASKAR AMERIKA HINGGA MATI

Seorang lelaki Afganistan yang baru-baru ini menonton video yang menujukan tentera Marin Amerika kencing ke atas badan mayat pejuang Taliban telah bertindak nekad menikam hingga membunuh mati 2 orang tentera Amerika di barat daya Afganistan .
Kejadian tersebut berlaku apabila kedua tentera tersebut berjalan di sebuah bazar di Sangin , sebuah bandar di Wilayah Helmand , Taliban yang dipetikdari kenyataan pada hari Khamis 26 Januari 2012. Serangan oleh rakyat Afghanistan ke atas tentera asing yang menduduki negara mereka telah meningkat baru-baru ini.

Minggu lepas, tentera Afghanistan menembak mati empat tentera Perancis di daerah Tagab Kapisa daerah, terletak kira-kira 800 kilometer timur laut Kabul. Beliau kemudian telah mengakui bahawa beliau telah berazam kuat untuk membunuh orang asing selepas menonton video yang telah menyinggung perasaan yang menunjukkan tentera marin membuat jenaka lucah, semasa membuang air kecil ke atas mayat-mayat rakyat Afghanistan.Awal bulan ini, rakaman video di internet yang menunjukkan empat orang anggota KorMarin Amerika Syarikat dalam pakaian seragam penyamaran memijak mayat.

Kor Marin AS telah berkata, ia akan menyiasat video tersebut dan menyifatkan tindakan tentera tersebut sebagai "menjijikkan."Tindakan hina tersebut telah menarik kemarahan umat Islam di Amerika Syarikat. Berasaskan kumpulan hak-hak sivil Islam Amerika Syarikat mengutuk insiden kejam itu dalam sepucuk surat yang dikirimkan kepada Setiausaha Pertahanan AS Leon Panetta.

VIDEO HINA UMAT ISLAM ..RAY KELLY DIDESAK LETAK JAWATAN

Kumpulan hak asasi Islam Amerika Syarikat (AS) semalam mendesak Pesuruhjaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan ekoran kontroversi berhubung penyiaran berulang kali video yang menghina umat Islam.
Kelly melahirkan kekesalan kerana bekerjasama dengan pembuat video The Third Jihad: Radical Islam’s Vision for America yang mengandungi babak serangan berani mati dan menyatakan ‘agenda sebenar kepimpinan Islam di Amerika adalah untuk menembusi dan mendominasi AS’.Apabila video itu pertama kali ditayangkan setahun lalu, polis berkata, ia disiarkan hanya beberapa kali.


Akhbar New York Times yang menerima dokumen melalui permohonan Akta Kebebasan Maklumat bagaimanapun melaporkan, video itu telah ditayangkan kepada lebih 1,400 pegawai polis dalam tempoh beberapa bulan.Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) berkata, tindakan Kelly itu tidak melayakkannya untuk mengetuai pasukan polis terbesar di negara ini.
“Sebagai pemimpin jabatan polis, tindakan Kelly dan Timbalannya, Paul Browne didapati mendatangkan kesan kepada penguatkuasaan undang-undang yang turut memberi kesan terhadap rakyat AS beragama Islam di seluruh negara.

“Kini tiba masanya untuk melakukan perubahan kepimpinan pasukan itu,’’ kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad dalam satu kenyataan. – REUTERS

FUYOO.. LIAM NEESON PERTIMBANG UNTUK PELUK AGAMA ISLAM


Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan telah meresap ke dalam jiwanya semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.


Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah ujar bintang itu.
Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim.
Neeson telah dibesarkan di kawasan utara Ireland dan merupakan seorang penganut Roman Katolik dan dia dinamakan bersempena nama seorang paderi tempatan.


Isterinya , Natasha Richardson telah meninggal dunia pada usia 45 tahun pada 2008 dalam satu kemalangan luncur salji, telah memberitahu tentang keraguan pada kepercayaannya.Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini?
 Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme.
Filem terbarunya The Grey, ialah mengenai satu pasukan pencarigali minyak yang terperangkap di kawasan sejuk beku Alaska, dijadualkan untuk tayangan 16 Februari.

PENCULIK TURUNKAN JUMLAH WANG TEBUSAN


Kumpulan penjenayah Abu Sayyaf yang dipercayai menculik rakyat Malaysia di kepulauan Jolo, Filipina, Mohd. Nazaruddin Saidin sejak Mei lalu, telah menurunkan jumlah wang tebusan daripada RM200,000 sebelum ini kepada RM100,000 daripada keluarga mangsa. Bagaimanapun, kumpulan penculik tersebut dikatakan telah meletakkan syarat iaitu mereka sanggup membunuh ahli perniagaan cicak tokek itu dalam tempoh terdekat sekiranya permintaan itu gagal ditunaikan.Menurut sumber, Nazaruddin yang kini diculik dan berada di selatan Filipina dalam keadaan selamat, namun dia semakin tertekan kerana nyawanya kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk.


Dalam beberapa rundingan sebelum ini, jumlah wang tebusan yang awalnya bernilai jutaan ringgit telah dikurangkan sehingga RM200,000. Bagaimanapun, jumlah wang tebusan terakhir yang diberi adalah RM100,000.Ini merupakan peluang terakhir untuk selamatkan Nazaruddin dan jumlah tuntutan paling rendah ditawarkan berbanding tebusan-tebusan lain sebelum ini.Kumpulan penculik beranggapan tiada gunanya lagi mereka terus menyimpan (menculik) Nazaruddin lagipun dia beragama Islam, kata sumber itu.
Nazaruddin ke kepulauan terbabit awal Mei lalu untuk menambah pendapatan keluarga dengan berniaga cicak tokek. Namun, langkahnya ternyata silap apabila dia akhirnya menjadi mangsa sindiket penculikan yang dipercayai anggota kumpulan Abu Sayyaf.Dalam laporan Utusan Malaysia pada 14 Mei lalu, isteri Mohd. Nazarudin, Mazlina Mohamad, 38, mendedahkan kumpulan penculik berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.Katanya, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan kumpulan penculik kepada orang tengah yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.

Petikan dari Utusan Malaysia

2 BAYI MAUT PUNCA TASKA DIKUNCI


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor hari ini melaksanakan proses lak terhadap pusat jagaan kanak-kanak dan taska di Taman Permata, Ampang yang terbabit dalam kes dua bayi maut pada 19 Jan lepas. Pengarahnya Nik Omar Nik Ab Rahman berkata proses lak atau mengunci itu adalah bagi tempoh 21 hari bermula hari ini, untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung kes tersebut. Bercakap pada sidang media di sini, Nik Omar berkata pusat jagaan terbabit berdaftar dengan JKM sejak Disember lepas, namun taska yang menempatkan dua bayi malang terbabit didapati beroperasi tanpa lesen.    
   
                                                                                                                                                                                              
"Kita mendapati pihak pusat jagaan berkenaan membuka sebuah taska di premis bersebelahan untuk kanak-kanak di bawah empat tahun yang turut menempatkan dua bayi malang itu," katanya.Nik Omar berkata pihaknya difahamkan yang dipercayai baru beroperasi itu menempatkan 13 kanak-kanak di bawah usia empat tahun termasuk dua bayi terbabit, dan hanya dijaga oleh seorang pengasuh sepenuh masa. 

                                                                                                                                                                                  
Siasatan awal juga mendapati taska itu tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan iaitu tidak cukup pengasuh, tiada kelulusan agensi teknikal, tiada aktiviti yang merangsang perkembangan kanak-kanak, tidak dilengkapi dengan perabot yang sesuai dan mainan kanak-kanak serta tiada penyelengaraan yang baik.

Sementara itu mengulas kes berbeza, Nik Omar berkata sebuah taska di Seksyen 8 di sini diberikan Notis Lak hari ini, selepas didapati beroperasi tanpa lesen. 
"Kita menerima aduan seorang bayi jatuh ketika diletakkan di taska ini dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Selepas diperiksa kita dapati taska ini beroperasi tanpa lesen," katanya.

Nik Omar berkata notis itu meminta taska berkenaan memberhentikan operasinya kerana pihak JKM akan menjalankan siasatan ke atas premis terbabit.Dalam pada itu, pemilik taska terbabit yang enggan dikenali menghambur kata-kata kasar kepada Nik Omar ketika pengarah JKM tersebut mahu menyerahkan notis berkenaan.Sementara itu, Nik Omar berkata terdapat lebih 1,000 taska tidak berdaftar dengan JKM di Selangor.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar lebih prihatin dalam memilih taska bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
Nik Omar berkata pengusaha taska juga perlu bertanggungjawab apabila memilih untuk menawarkan perkhidmatan taska kerana ia membabitkan amanah dan nyawa manusia.

"Jangan hanya memikirkan keuntungan, kena amanah
," katanya.- Bernama

HUJAN RIBUT MELANDA INDONESIA 3 MAUT , 35 CEDERA


Sekurang-kurangnya tiga maut dan 35 cedera semalam apabila beratus-ratus rumah musnah dihempap pokok ketika ribut berserta hujan lebat melanda Jakarta, Malang dan Jawa Timur, lapor pihak berkuasa, hari ini.Ribut itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus.

"Ribut semalam menyebabkan tiga penduduk terbunuh, seorang di Jakarta, manakala lagi dua di Malang dan daerah Blitar di Jawa Timur," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.
 Keadaan di kampung Pemancingan, Pulau Bali 
Jelasnya, ribut tersebut melanda lapan daerah di kepulauan Jawa termasuk Jakarta.Menurut laporan terkini, lebih 450 rumah dan empat sekolah musnah dalam kejadian terbabit.


Akhbar Jakarta Globe melaporkan, cuaca buruk itu turut meragut satu nyawa dan mencederakan enam yang lain di Bali.Nugroho bagaimanapun tidak mengesahkan laporan tersebut.
Akhbar tersebut turut melaporkan, sebuah feri yang membawa lebih 200 penumpang termasuk lima warga Australia yang menuju ke kepulauan Gili hampir karam selepas dipukul ombak setinggi tiga meter. - AFP 

FUYOO.. BERDOSA PERCAYA RAMALAN KIAMAT


Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.
Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.
"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi."Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.

Berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

FUYOO..DIPENJARA JIKA JUAL BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan pelajar institut pengajian tinggi menjual atau melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) menerusi Internet. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau kesal atas tindakan mahasiswa yang dikatakan tidak jujur.

"Pelajar cakap kerajaan tidak baik, tidak jujur, tidak baik, tidak ikhlas sekarang mereka pulak yang mainkan peranan itu, cakap pasal orang lain pandai.

"Saya sangka semua baik, jujur... bila kerajaan beri bantuan gunalah sebaiknya, hargai," katanya pada sidang media selepas majlis Amaanat Tahun 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Beliau berkata, hebahan menjual BBIM yang banyak di laman-laman web sudah mula diturunkan.

"Siasatan akan dijalankan oleh pihak polis, dan mungkin mereka yang terbabit boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan," katanya.Terdahulu terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan BB1M daripada kerajaan bertindak menjualnya di laman sosial dengan harga di antara RM150 hingga RM200.Kementerian telah memberikan amaran berhubung dengan kegiatan itu, dan akan merampas baucer berkenaan sekiranya ada pelajar yang cuba menyalahgunakan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.