SUPPORT PENAJA

Tuesday 10 January 2012

FUYOO.. BUAYA GERGASI BERJAYA DITANGKAP DI FILIPINA



Seekor buaya air masin gergasi telah berjaya ditangkap di daerahBunawan, Provinsi Agusan del Sur Filipina . Buaya sepanjang 6.4 meter dan seberat 1097 kg tersebut telah ditangkap setelah diburu lebih 3 minggu lamanya. Dipercayai buaya tersebut ada kaitan dengan kehilangan beberapa ekor kerbau dan seorang nelayan yang hilang sejak Julai lalu. Sebanyak 4 perangkap digunakan bagi menagkap buaya yang ganas tersebut tetapi  malangnya semuanya berjaya dimusnahkan oleh  buaya tersebut. Hanya selepas perangkap yang lebih kukuh yang diperbuat dari besi digunakan barulah ia berjaya ditangkap. Lebih 100 penduduk Bunawan diperlukan bagi menarik buaya ini kedarat. Menurut Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde Flores, buaya tersebut akan ditempatkan disebuah taman Eco yang sedang dalam pembinaan.  Sungguhpun buaya ini sudah ditangkap penduduk tempatan masih tidak berani untuk melakukan aktiviti dikawasan paya bandar mereka kerana menurut mereka  masih ada banyak lagi buaya besar yang boleh menyerang mereka di masa hadapan.

FUYOO.. AZWAN ALI SERONOK ANWAR DIBEBASKAN



Maka dengan ini pada hari ini 9Jan 2012 telah tercatat dalam sejarah, Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan dari pertuduhan liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan.Kes yang berlanjutan selama hampir 3 tahun setengah ini benar-benar memberikan impak yang besar pada Anwar Ibrahim dan juga semua para penyokong beliau dan diantara seleberti yang menyokong beliau sepenuh hati selama ini adalah  Azwan Ali  Ibrahim . Ini terbukti apabila pagi tadi selebriti yang penuh kontroversi ini telah menulis di akaun Twitter rasminya dengan perasaan gembira apabila tuduhan terhadap Anwar Ibrahim ditarik balik dan kes ini secara sahnya dimenangi sepenuhnya oleh Anwar.Selain itu Azwan Ali turut mengutuk Saiful Bukhari Azlan sekeras-kerasnya dengan apa yang telah berlaku .