SUPPORT PENAJA

Saturday 3 March 2012

CADANGAN KENAIKAN GAJI OLEH CUEPACS




Nampaknya keputusan semakan SBPA masih belum diketahui lagi seperti yang dijanjikan oleh Cuepacs sebelum ini. Mungkin ini ada kaitannya dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh Cuepacs semalam sehingga membuatkan pasukan petugas SBPA berfikir dua tiga kali untuk menilainya….

Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya :

Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun
Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun
JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000


Cadangan gaji SBPA yang dituntut oleh Cuepacs ini agak memeranjatkan kami juga sebenarnya.
Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :

  1. Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.
  2. Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)
  3. Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulahSkim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan
  4. Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
  5. Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500
  6. Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji

  1. Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
  2. Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
  3. Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
  4. Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
  5. Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan

  1. Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
  2. Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Pilihan Yang Diberikan Oleh Cuepacs :
  1. Pertama : Cuepacs rasa cadangan gaji SBPA yang dibuat mereka ini munasabah selari dengan hasrat kerajaan yang dikatakan mahu merapatkan jurang pendapatan yang besar antara pegawai rendah dengan atasan.
  2. Kedua : Jika pasukan petugas SBPA merasakan ia akanmelibatkan kos yang tinggi, Cuepacs minta kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan
  3. Ketiga : Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru

P/S : Tuntutan Cuepacs telah pun dibuat. Nantikan tindakan selanjutnya oleh pihak kerajaan selepas ini. Apa pandangan anda dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan Cuepacs ini?

CADANGAN CUEPACS




Seperti kami perkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….


Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Antara Lain Cadangan Cuepacs : Penambaikan Formula Gaji Baru SBPA 2012

Dan terbaru berdasarkan laporan Bernama perkembangan terbaru mengenai Cuepacs antaranya ialah :

  1. Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi.
  2. Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuktujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21
  3. Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam
  4. Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun
  5. Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akanmenerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%.
  6. Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil

Pastinya kalau ditanya kepada kalangan kakitangan awam, mereka pastinya mengharapkan berita gembira daripada penambaikan formula gaji baru SBPA 2012 kali ini. Sama-sama nantikan apakah bentuk perkhabaran yang bakal diumumkan 2 hari lagi.

PERLAKSANAAN SBPA

Salam semua..Kali ni Mak Jemah saje je nak remind balik cerita SBPA ni....korang mesti fikir balik kan tentang SBPA ni...macam mana perlaksanaannya....sebab nanti Mak Jemah Nak cerita yang lain lak..yang lagi hangat tentak SBPA ni....


Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini 2012

Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012 baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.
2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana


Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000


Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.

PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA2012 yang baru ini?

TIKAM KEPALA ISTERI DENGAN PEMUTAR SKRU


Pergaduhan suami isteri di Madurai, India, berakhir dengan tragedi menyakitkan apabila si suami yang begitu marah bertindak menusuk sebatang pemutar sru bersaiz sederhana ke kepala isterinya. Pakar bedah saraf, D.K Selvamuthukumaran memberitahu, wanita berumur 35 tahun itu dalam keadaan separa sedar dan tidak mampu bertutur ketika dimasukkan ke Pusat Penyelidikan dan Hospital Madurai Meenakshi, dua minggu lalu.

Selain menembusi otak mangsa, pemutar skru sepanjang 22 sentimeter (cm) itu turut menikam tengkorak sebelah kirinya,  “Doktor mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengeluarkan pemutar skru yang ditusuk melalui lubang hidungnya,” katanya yang turut menambah mangsa masih hidup selepas sekumpulan doktor berjaya merawat pendarahan di kepalanya itu.

JAKARTA ALAMI FENOMENA HARI TANPA BAYANG - BAYANG


Tepat pukul 12 tengah hari ini, bandar Bogor di Jawa Barat mengalami fenomena hari tanpa bayangan matahari, manakala ibu kota Jakarta akan mengalami fenomena sama esok.
Pada waktu itu, untuk tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayangan sendiri di bawah sinar matahari kerana matahari berada tepat di atas kepala dan jika cuaca tidak berawan, bahang panas matahari adalah optimum dan bersifat sangat menyengat. Selepas tempoh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula kerana kedudukan matahari semakin beralih ke garis lintang arah utara.

Peneliti Utama Astronomi Astrofizik di Lembaga Penerbangan dan Angkasa Lepas Nasional (Lapan) Indonesia, Dr Thomas Djamaluddin berkata, secara astronomi, kejadian itu merupakan fenomena rutin yang biasa berlaku pada tarikh sama dua kali setiap tahun kerana pada ketika itu matahari berada tepat di garis lintang di kawasan terbabit.

Di Indonesia, beberapa bandar mengalaminya pada sekitar awal bulan Mac dan sekali lagi pada pertengahan Oktober, katanya hari ini.Fenomena ini telah pun berlaku di Yogyakarta pada 29 Februari dan Solo pada 1 Mac, manakala semalam ia dialami di empat bandar iaitu di Bandung, Cirebon, Pekalongan dan Semarang. – BERNAMA

DR. M BIMBANG MALAYSIA BOLEH BANKRAP






Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja. Beliau berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita. Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk Gaji Minimum, hari ini.


Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum bulan ini. Beliau berkata Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar lebih kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan nagara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan. Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.

Dr Mahathir berkata dengan Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti, termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum untuk perayaan bagi semua agama, produktiviti akan menurun.

"Kita sekarang menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain. Jadi bukan mudah untuk meningkatkan produktiviti dengan pertambahan gaji minimum yang akan meningkatkan kenaikan bayaran secara keseluruhan, agar dapat mengekalkan persamaan antara gred pekerja yang berbeza. Bekerja pada hari cuti akan turut memakan kos lebih. Begitu juga dengan sumbangan kepada KWSP dan kadar pencen," katanya dipetik Bernama.

Dr Mahathir berkata antara gaji lebih tinggi dan masa bekerja yang lebih pendek dicampur dengan kos yang lain, maka kos pengeluaran barangan dan perkidmatan mesti turut meningkat dengan sewajarnya.

PUTING BELIUNG MENYERANG AMERIKA SYARIKAT


Puting beliung melanda kawasan tengah dan barat Amerika Syarikat semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, termasuk enam di Illinois selepas sebuah rumah diterbangkan angin dan menghempap mereka, kata pihak berkuasa.Cuaca buruk yang melanda enam negeri bermula di Kansas dan Missouri tengah malam kelmarin turut membabitkan kawasan Tennessee dan wilayah Cumberland Plateau, kira-kira sejam dari timur Nashville, menyebabkan dua wanita di Cumberland Countydan seorang di Dekalb County terbunuh, kata pegawai agensi kecemasan.
Tiga orang di Missouri juga terbunuh dalam kejadian ribut yang melanda ketika tengah malam. Satu puting beliau menyebabkan sebuah kelab hiburan terkenal di Branson, Missouri ditutup sementara.

Dua lelaki dan empat wanita maut dalam puting beliung awal pagi yang melanda Harrisburg, Illinois, sebuah bandar dengan hampir 10,000 penduduk, kata Datuk Bandar Eric Gregg yang menyifatkan kejadian ribut itu sebagai kemusnahan yang sungguh ‘dahsyat’.
Di Harrisburg, enam terbunuh akibat angin kencang yang menyebabkan sebuah rumah terbalik dan menimpa sebuah rumah lain.

“Beratus-ratus rumah rosak, manakala berjuta dolar kerugian dicatatkan. Hospital turut mengalami kerosakan. Sebuah pusat beli belah dengan sekurang-kurangnya 10 kedai juga mengalami kemusnahan,” kata Gregg.

Seorang kakitangan di perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat Mike Hancock bersama beberapa rakannya cuba menyelamatkan mangsa dalam kejadian rumah runtuh yang menyebabkan enam orang terkorban.
“Kami cuba merangkak masuk ke dalam rumah itu tetapi ia tidak cukup stabil, seluruh tapaknya bergegar Kami terpaksa keluar dari situ,” katanya.

Gabenor Illinois, Pat Quinn mengisytiharkan darurat di negeri itu, begitu juga Gabenor Missouri, Jay Nixon yang mengisytiharkan darurat di negerinya, sementara Gabenor Kansas, Sam Brownback mengisytiharkan bencana darurat di Wabaunsee County.

Pusat ramalan ribut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menganggarkan kekuatan puting beliung itu adalah EF-4, di mana ia membawa angin selaju 320 km sejam.

Kadar EF-4 meletakkan puting beliung itu setanding dengan kejadian yang membunuh 64 orang di Tuscaloosa, Alabama pada April lalu, dan satu takuk di bawah ribut Joplin dengan kekuatan EF-5 yang memusnahkan seluruh bandar Missouri. – Reuters

ALEYA SAH BERCERAI TALAK SATU



Berita mengejutkan tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.
Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah. Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.

MALANG KERETA BARU



Hasrat membawa pulang kereta baru ke kampung halaman dekat Marang, Terengganu tidak kesampaian apabila mangsa seorang tukang rumah maut di tempat kejadian ekoran kenderaan yang dipandu bertembung dengan treler dekat kilometer 114.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik, jam 11.30 malam kelmarin.

Mangsa, Mat Zari Jusoh, 48, dalam perjalanan dari arah Gerik menghala ke Jeli dipercayai memandu secara berseorangan maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala, tengkuk dan patah tulang rusuk kiri manakala pemandu treler hanya mengalami cedera ringan.Mangsa dikatakan baru pulang dari Gurun, Kedah bersama seorang lagi rakannya yang memandu kereta barunya sebelum terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

Saksi kejadian yang juga rakan mangsa, Herman Bakar, 35, berkata, mereka berdua ber­tolak dari Gurun kira-kira jam 8 malam dengan meman­du dua kereta secara berasingan.

“Ketika tiba di tempat kejadian saya yang memandu kereta baru yang dibeli mangsa jenis Proton Wira berada di belakang melihat kenderaan yang dipandunya hilang kawa­lan dan terbabas ke tengah jalan sebelum merempuh treler tanpa muatan dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik. Sebelum kejadian arwah ada mengatakan dia ingin berada di sana selama seminggu namun menukar fikiran untuk pulang segera pada malam itu sebaik sahaja menerima panggilan dari rakannya,” katanya. Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superin­tendan Sheik Azhar Sheik Omar me­ngesahkan ada menerima la­poran tersebut dan kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

WARGA EMAS BERPUTIH MATA AKIBAT DITIPU


Seorang warga emas berputih mata selepas kerugian hampir RM12,000 akibat percaya kepada seorang tukang tilik yang kononnya mampu membuang sial dari tubuhnya. Difahamkan, ketika wanita berusia 76 tahun itu berjalan berseorangan untuk ke sebuah klinik di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi kelmarin, dia dihampiri tiga wanita tidak dikenali.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 8 pagi itu, tiga wanita terbabit menghampiri mangsa dan seorang daripada mereka yang menyamar tukang tilik mendakwa tubuh mangsa membawa sial dan perlu berubat segera bagi membuangnya.
“Mangsa yang terkejut dengan dakwaan itu bersetuju untuk berubat dengan wanita terbabit. Namun, dia dikenakan syarat supaya membuat bayaran terlebih dulu.

“Mangsa yang tidak membawa wang tunai kemudian ditemani wanita terbabit pergi ke sebuah bank berhampiran untuk mengeluarkan wang RM12,000. 
Sebaik menyerahkan wang itu, seorang daripada wanita terbabit memberikan sebungkus plastik berwarna hitam kepada mangsa. Mereka memberitahu mangsa supaya tidak membuka plastik itu dalam tempoh tujuh hari,” katanya.Beliau berkata, mangsa kemudian pulang ke rumahnya.

Sebaik tiba di rumah, anak perempuan mangsa yang melihat bungkusan plastik berkenaan membuka ikatan plastik itu dan hairan mendapati kandungannya adalah sebotol air mineral dan garam.
Sumber berkata, anak perempuannya itu mendapatkan penjelasan mangsa berhubung bungkusan plastik berkenaan dan percaya mangsa ditipu ketiga-tiga wanita terbabit. 


Katanya, mangsa dibawa ke balai polis berhampiran membuat laporan kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

WANG RM200k MILIK ZAHIDA DILARIKAN

Malang bagi  pelakon Zahida Mohamed Rafik, apabila  pemandu peribadi yang dipercayai mengambil kesempatan melarikan wang  RM200,000 yang sepatutnya dimasukkan  ke dalam akaun banknya. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.

“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.
“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara,” katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.

“Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. “Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya.

PUTING BELIUNG MENYERANG AMERIKA SYARIKAT


Puting beliung melanda kawasan tengah dan barat Amerika Syarikat semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, termasuk enam di Illinois selepas sebuah rumah diterbangkan angin dan menghempap mereka, kata pihak berkuasa.Cuaca buruk yang melanda enam negeri bermula di Kansas dan Missouri tengah malam kelmarin turut membabitkan kawasan Tennessee dan wilayah Cumberland Plateau, kira-kira sejam dari timur Nashville, menyebabkan dua wanita di Cumberland Countydan seorang di Dekalb County terbunuh, kata pegawai agensi kecemasan.
Tiga orang di Missouri juga terbunuh dalam kejadian ribut yang melanda ketika tengah malam. Satu puting beliau menyebabkan sebuah kelab hiburan terkenal di Branson, Missouri ditutup sementara.

Dua lelaki dan empat wanita maut dalam puting beliung awal pagi yang melanda Harrisburg, Illinois, sebuah bandar dengan hampir 10,000 penduduk, kata Datuk Bandar Eric Gregg yang menyifatkan kejadian ribut itu sebagai kemusnahan yang sungguh ‘dahsyat’.
Di Harrisburg, enam terbunuh akibat angin kencang yang menyebabkan sebuah rumah terbalik dan menimpa sebuah rumah lain.

“Beratus-ratus rumah rosak, manakala berjuta dolar kerugian dicatatkan. Hospital turut mengalami kerosakan. Sebuah pusat beli belah dengan sekurang-kurangnya 10 kedai juga mengalami kemusnahan,” kata Gregg.

Seorang kakitangan di perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat Mike Hancock bersama beberapa rakannya cuba menyelamatkan mangsa dalam kejadian rumah runtuh yang menyebabkan enam orang terkorban.
“Kami cuba merangkak masuk ke dalam rumah itu tetapi ia tidak cukup stabil, seluruh tapaknya bergegar Kami terpaksa keluar dari situ,” katanya.

Gabenor Illinois, Pat Quinn mengisytiharkan darurat di negeri itu, begitu juga Gabenor Missouri, Jay Nixon yang mengisytiharkan darurat di negerinya, sementara Gabenor Kansas, Sam Brownback mengisytiharkan bencana darurat di Wabaunsee County.

Pusat ramalan ribut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menganggarkan kekuatan puting beliung itu adalah EF-4, di mana ia membawa angin selaju 320 km sejam.

Kadar EF-4 meletakkan puting beliung itu setanding dengan kejadian yang membunuh 64 orang di Tuscaloosa, Alabama pada April lalu, dan satu takuk di bawah ribut Joplin dengan kekuatan EF-5 yang memusnahkan seluruh bandar Missouri. – Reuters