SUPPORT PENAJA

Monday 30 January 2012

GEMPA BUMI 6.3 MAGNITUD GEGAR PERU



Gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Ritcher melanda kawasan berhampiran pantai Pasifik di tengah Peru awal pagi tadi, lapor Agensi Penyelidikan Gelogikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa yang berlaku pada jam 12.11 pagi (waktu tempatan) itu berpusat kira-kira 23 kilometer di tenggara bandar Ica dengan kedalaman 39 kilometer dari aras laut.Pihak berkuasa Peru berkata, 112 orang telah dirawat bagi kecederaan selepas gempa bumi tersebut namun tiada kehilangan nyawa dan kejadian tsunami dilaporkan.

Pengarah pertahanan awam Cesar Chonate berkata 16 rumah mengalami beberapa kerosakan dalam gempa yang melanda .
Bandar tersebut telah mengalami kerosakan teruk disebabkan gempa bumi pada magnitud-8 pada bulan Ogos 2007 lalu dan juga mengalami kerosakan dalam gempa bumi pada bulan Oktober yang lalu.

FUYOO.. PDRM NAFI KHABAR ANGIN KETUA POLIS NEGARA MENINGGAL DUNIA DI LONDON

Polis Diraja Malaysia PDRM menafikan khabar angin menyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia di London.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Bukit Aman percaya khabar angin itu disebarkan pihak tertentu yang berniat jahat. Tan Sri Ismail dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Beliau yang berlepas ke United Kingdom, 25 Januari lalu dengan ditemani isteri, Puan Sri Suriati Md Sobri dijadual akan turut menyampaikan taklimat mengenai perkembangan keselamatan di Malaysia kepada pucuk pimpinan polis dan pasukan keselamatan negara itu.

Di KLUANG, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan penyebaran khabar angin itu sebagai satu fitnah jijik.

4 PELUMBA PARAH DIREMPUH



PUTRAJAYA - Semangat tinggi sekumpulan pelumba skuad basikal kebangsaan untuk mencatat masa terbaik dalam ujian pemilihan ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 bulan depan bagaimanapun berakhir dengan tragedi, semalam.

Empat daripada mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan berhampiran simpang empat di Kementerian Belia dan Sukan ketika sedang bertanding.

Akibat rempuhan yang kuat itu pelumba wanita elit kebangsaan, Mariana Mohamad cedera parah apabila dilanggar dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Kancil yang dipandu laju oleh seorang wanita.Nahas yang berlaku pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan mangsa terpelanting dan patah tangan kiri, di samping mengalami luka di bahagian muka. 

Rakan mangsa yang juga pelumba elit wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd. Radzi bersama dua lagi pelumba pelapis kebangsaan, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid cedera ringan di tangan serta jari.Kesemua mangsa diberi rawatan di Hospital Putrajaya di sini, bagaimanapun Mariana yang mengalami patah tangan dihantar ke Pusat Pakar Damansara untuk rawatan lanjut.
Menurut Masziyaton, ketika kejadian dia bersama Mariana berada di bahagian hadapan mendahului 50 pelumba lain sebelum sebuah kereta Kancil tiba-tiba melanggar mereka.

"Dari jauh saya sudah lihat kereta Kancil itu teragak-agak hendak lintas atau tidak pada hal waktu itu beberapa orang marsyal sudah menutup jalan untuk memberi laluan kepada kami.

"Tetapi tanpa disangka-sangka pemandu kereta itu bertindak memecut, nasib baik jarak saya dengan Mardiana agak jauh dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan," katanya diketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab menolak tanggapan bahawa kemalangan itu berlaku akibat kurangnya aspek keselamatan.

Katanya, PKBM bekerjasama dengan polis, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mengawasipelumba sepanjang pemilihan itu diadakan.


"Selepas ini kami akan memikirkan kaedah lain untuk memastikan keselamatan mereka terutamanya ketika ujian pemilihan atau pun sesi latihan di mana kemungkinan alat penghadang akan digunakan untuk menutup laluan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.


FUYOO..SHAHRIZAL CURANG! - MIERA LIYANA

MEREKA pernah mengumumkan bercinta. Itu momen manis kisah cinta yang terjalin antara Miera Liyana dan Shaz Jaszle atau kini lebih dikenali sebagai Shahrizal.

Namun setelah beberapa bulan menjalin hubungan cinta, ikatan cinta mereka itu kini dikatakan sedang berada di ambang peleraian. Miera dan Shahrizal didakwa sudah bergaduh!

Puncanya, Shahrizal yang didakwa curang! Dia dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain yang juga seorang pelajar jurusan perubatan.
Meira menitipkan maklumat mengenai perkara itu ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, malah dia mengakui hubungannya dengan hero filem Azura 2012 itu kini berada dalam situasi tidak menentu.
Kosmo!: Adakah benar Miera dan Shahrizal sedang bergaduh seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini?

MIERA: Memang benar hubungan kami sekarang dalam situasi yang sangat sukar dan agak renggang. Bagi saya, itu adalah sesuatu perkara normal sekiranya pasangan kekasih bergaduh dan itulah yang kami alami. Kalau boleh saya tidak mahu menyalahkan sesiapa terhadap apa yang berlaku. Mungkin ini adalah disebabkan usia kami yang masih muda, tetapi sudah menjalinkan hubungan cinta. 

Betulkan Shahrizal memang mempunyai wanita lain dan curang kepada Miera?
Baru-baru ini ada seseorang telah bertemu dengan saya dan menceritakan segala-galanya termasuklah hubungan Shahz dengan gadis berkenaan. Namun, saya tidak mahu mendedahkan identiti individu tersebut.

Bagaimana Miera boleh mudah percaya dengan apa yang telah diceritakan itu?
Saya akui pada mulanya sukar untuk mempercayainya memandangkan saya memang sedar ramai yang tidak menyukai hubungan saya dengan Shahz. Bagaimanapun, setelah saya tanya sendiri pada Shahz, akhirnya dia mengaku mempunyai hubungan dengan gadis yang dimaksudkan.
Adakah Shahrizal cuba menghubungi Miera untuk meminta maaf terhadap kesilapan yang dilakukannya itu?
Boleh dikatakan agak kerap juga dia menghubungi saya, tetapi hanya sesekali sahaja saya jawab panggilannya. Sekarang ini biarlah saya tenangkan fikiran dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Apa pun yang terjadi saya hanya anggap ini adalah sebagai satu dugaan yang cukup besar dalam hubungan percintaan kami berdua. Bagi saya perbuatan curang ini adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dimaafkan dan dilupakan sama sekali.

Benarkah dia ada meminta maaf kepada Miera menerusi laman sosial Twitter?
Memang dia ada berbuat demikian dengan harapan saya membaca permintaan maafnya itu apabila saya tidak mahu menjawab panggilannya. Lagipun saya memang selalu mengemaskini status laman Twitter saya.
Namun, tindakan yang cuba dilakukannya itu memang saya tidak suka kerana masalah peribadi tidak perlulah dihebahkan kepada semua orang. Sepatutnya dia haruslah fikir dahulu sebelum berbuat demikian. Saya anggap tindakannya itu seperti agak kebudak-budakan. Pada usia yang mencecah 25 tahun, dia perlu menjadi lelaki dewasa dan saya mahukan seorang lelaki matang untuk menjadi teman hidup saya.

Jadi, apakah status hubungan anda berdua sekarang?
Buat masa ini agak sukar untuk saya terangkan status hubungan kami, cuma perasaan sayang dan cinta terhadap dia masih lagi ada. Mungkin saya memerlukan masa untuk menilai semula tentang hubungan ini. Lagipun saya tidak mahu terlalu banyak membuat kenyataan kerana tidak mahu mengaibkan kekasih saya. Walaupun apa yang dia lakukan terhadap saya ini sangat mengguris hati dan perasaan saya.

Adakah pergaduhan kamu berdua ini sekadar gimik memandangkan filem Azura 2012 lakonan Shahrizal akan ditayangkan tidak lama lagi?
Gimik? Rasanya kami tidak perlu berbuat demikian memandangkan masing-masing sudah bertapak kukuh dalam industri ini.
Apakah projek terbaharu Miera sekarang?
Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod iaitu Mulanya Di Sini untuk siaran RTM. Kemudian saya akan terbabit pula dalam sebuah filem arahan Mamat Khalid yang berjudul Amir Dan Lokman Ke Laut dan ia merupakan filem lakonan saya yang kelima.


Petikan dari Kosmo Online

FUYOO.. AJL 26 AWAN NANO HAFIZ UNGGULI KEJUARAAN


Ceciter percaya sure uolls masih dok berciter-citer bergosip-gosip pasal pertandingan Juara Lagu 26 malam tadi kan . Ade yang puji puas ati dan juga konpem ade yang dok kutuk tak puas ati kan . Betol tak hehe. Ala nama pun pertandingan kan.Kalu calon-calon artis uolls tak menang tu nak wat camner.Takde rezeki.Lain kali soh cuber lagi yer..
Bagi Ceciter lak takde pe nak komen lelebey tapi just nak bagi thumb up ler wat TV3 sebab berjaya membuat Ceciter tak berkelip mata gak le dek pentas yang kelas gitu.Mau taknyer siap ada hujan , guruh , tapi yang paling best ade le plak akuarium besar kat situ, siap ada ikan besar dan penyu berenang-renang.haha. Tapi dalam dok terkagum tu risau pun ade maklumler pentas basah kan , risau bebeno ler nengok mana ler tau ada ler plak yang tergolek comel atas tu . Especially buat penyanyi wanita yang glams gitu.. Nasib baik ler sume selamat kan .Kalu tak mau front page le dalam paper arini.Opss..!! Melalut kuar topik ler plak .sowey yer . Pepe pun kemuncak AJL 26 malam tadi memang antara yang terbaek ler.


Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik. 


Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, Hafiz yang outfitnya paling sempoi setelah berjaya merangkul trofi Juara Lagu AJL 26 dengan lagunya, “ Awan Nano”. Dia turut merangkul trofi Vokal Terbaik sekaligus mencipta sejarah sekali lagi.Lagu tersebut yang dipersembahkan oleh Hafiz AF7 telah dicipta oleh gandingan mantap Komposer Dato' M.Nasir selaku penulis lirik dan penggubah lagu Budi Hekayat. 

Pujian harus diberikan buat Hafiz. Memang layak ler dia menang pun . Penghayatan lagu Awan Nano dengan penuh beremosi berserta lontaran suara power tapi paling tak tahan siap lari turun peluk Herman Tino tu memang cukup mengagumkan ler.


Tidak ketinggalan, “Beribu Sesalan” yang dibawa oleh 3 Suara turut berjaya merangkul Naib Juara AJL 26 dan ini telah menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat.


       

 Manakala Faizal Tahir yang membuat gimik siap bayar piano nasib baik tak terbako pentas , pula berjaya merangkul trofi tempat ketiga AJL 26 dengan lagu “Karma”.  


Persembahan Terbaik pula dirangkul oleh Alyah dengan lagunya berjudul Kisah Hati.Alyah yang mempamer persembahan dah rupa patung muzik box tu bagi Ceciter memang layak ler terima anugerah tu.

Berikut adalah senarai penuh lagu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 .



Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz bawa pulang trofi dan wang tunai RM 35,000

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara bawa pulang trofi dan wang tunai RM 15,000

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir pula akan membawa pulang RM12,000

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000


Keseluruhannya, AJL 26 kali ini membawa tahap penganjuran anugerah ini ke satu peringkat yang lebih baik. Pencahayaan yang begitu cemerlang mengiringi set yang cukup menarik. Seluruh kru produksi AJL 26 seharusnya berbangga atas pencapaian yang telah mereka kecapi berkat kerja keras dan penah lelah mereka. Pepepun Ceciter nak ucapkan tahniah pada sume yang terlibat atas persembahan yang menarik serta menghiburkan .