SUPPORT PENAJA

Saturday 28 January 2012

FUYOO... EMMA WATSON DI MALAYSIA ?

Kat TWITTER hangat dorang cerita pasal EMMA WATSON yang dorang jumpe kat LCCT, Sepang ari tu...
Tapi yer ker si Watson tu datang Malaysia... takkan la gambar yang dorang post tu aku tak nampak pun Bodyguard die..


Topik penampilan Emma Watson di LCCT timbul lagi di stesen radio tempatan Fly.FM pagi semalam apabila DJ Nadia, Prem dan Hafiz telah membincangkan perkara itu kerana mendapat pertanyaan dari wartawan berkenaan berita berkenaan. Mereka turut memburu Emma Watson di hotel-hotel 5 bintang untuk menjejak bintang tersebut, malangnya gagal.


Watson kini di Amerika Syarikat untuk menghadiri acara promosi filem terbaru beliau, “My Week With Marilyn” yang dicalonkan untuk dua anugerah Oscar. Harap maklum.



Memang same la beb...

Tapi memang jadi trend orang kat sane... Dorang ni memang sanggup perabih duit untuk meniru sebijik sebotol macam artis yang dorang minat..




FUYOO... DATUK SERI ANWAR CABAR DATUK SERI NAJIB


Dengkil, 28 Jan (Bernama) - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat selepas kedua-dua pesaing telah membidas dasar ekonomi masing-masing semalam.

Ketua Pembangkang Anwar telah berkata dalam satu temu bual dengan Wall Street Journal dasar-dasar Perdana Menteri memberi manfaat kepada kroni walaupun memulakan program pembaharuan ekonomi.

Tetapi Najib kembali api di waktu petang, berkata janji-janji pembangkang menghapuskan jalan tol, pelupusan pinjaman pelajaran dan mengurangkan harga bahan api "resipi untuk bencana ekonomi" sebagai kerajaan perlu untuk menyerap RM40 bilion dalam pinjaman pengajian sahaja.

Anwar (gambar) yang dikeluarkan sekurang-kurangnya cabaran keempat kepada presiden Umno di hadapan lebih 1,000 yang menghadiri ceramah di sini malam tadi walaupun Najib setakat ini menurun kepada kepala-kepala dengan bekas menteri kewangan.

"Najib berkata dasar kami akan memusnahkan negara ini. Jadi saya katakan, marilah kita dialog. Dia boleh bercakap selama 20 minit, saya akan bercakap selama 10 minit. Dia boleh menjawab selama 20 minit, dan kemudian saya akan menjawab dalam 10 minit.

"Dia berkata dia tidak takut kepada Anwar tetapi takut dia akan memberikan saya demam. Tetapi saya akan menggunakan ruang (dalam perdebatan) dengan hormat, "kata pemimpin PKR

Ketua BN, Najib sebelum ini telah dikencam apabila mengatakan bahawa parti-parti politik adalah lebih penting daripada individu-individu dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

Panggilan untuk debat terbuka oleh Anwar setakat ini telah dijawab hanya sekali - pada bulan Julai 2008 - dan Menteri Penerangan Datuk Shabeery Cheek Ahmad, telah menyiarkan secara langsung di televisyen nasional.

Satu tinjauan yang ditugaskan oleh PKR pada Ogos tahun lepas menunjukkan bahawa Najib lebih popular dari Anwar terutamanya di kalangan orang Melayu, walaupun dilihat sebagai ragu-ragu.

Desas- desus berkata, bagaimanapun Anwar boleh memerangi Najib dengan menggunakan imej sebagai seorang pemimpin yang kuat, tegas dengan kemahiran komunikasi yang baik dan memahami isu-isu ekonomi.

FUYOO.. LELAKI TRILION JELMAAN MAHARAJA CHINA..

Maharaja China Yang Didakwa Ashnawi




Kamal Ashnawi
Ini ialah Kamal Ashnawi atau nama dirajanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.. Beliau mengaku berketurunan Maharaja China, Jawa, Siam dan India. 


Beliau mengaku rakyat Belanda yang
  dilahirkan di Tanjung Malim pada tahun 1964. Beliau hanya mengetahui beliau adalah keturunan diraja setelah mengembara ke Eropah. Disana beliau mengatakan mempunyai wang simpanan bernilai ber-TRILLION dollar. Ianya adalah hasil pelaburan harta maharaja Jawa sejak kurun ke 19. 


Harta beliau juga disimpan di sebuah gua misteri di Kunming China. Gua ini dikawal dua orang IMMMORTAL    (ala-ala cerita wayang tu) yang setia menjaga keselamatan harta beliau. Didalam gua ini terdapat pagoda emas bernilai ratusan juta dollar. Disamping itu terdapat juga gumpalan permata dan wang dollar amerika disimpan disini bernilai 25 juta dollar kesemuanya. Jika anda mahu masuk kedalam gua ini tanpa kebenaran anda akan terus muntah darah.

Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo percaya beliau adalah penjelmaan semula dua maharaja China sebelum ini. Salah seorang penjelmaan beliau ialah Maharaja Nurhaci yang hidup diantara 1661-1626 Masehi. Ini adalah benar kerana beliau bertemu seorang paklar perubatan China yang mengesan aura tenaga luar biasa dari kepala beliau. Aura luar biasa ini wujud kerana Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo ialah keturunan maharaja yang banyak berfikir


Gua Kunming
Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo memiliki 86.7% kekayaan didunia. Beliau tidak tersenarai dalam senarai tahunan FORBES kerana menurut beliau seorang Trillionaire tak perlu menunjukkan kekayaan beliau.
Sungguhpun beliau SATU-SATUNYA TRILIONAIRE dunia beliau berkata beliau tidak boleh mengeluarkan wang dari akaun simpanan beliau (beliau mempunyai 1000 akaun seluruah dunia) kerana "wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati dan dikawal ketat"

Dalam masa beberapa tahun lagi Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo akan dinobatkan sebagai Maharaja Indonesia

Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo juga seorang nutter dan penuh delusi


- Sumber dari Blog Serius -

NAHAS 10 KENDERAAN DI GEORGETOWN


GEORGETOWN: Kira-kira 10 pemandu nyaris maut apabila seorang drebar lori gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.  Kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu membabitkan 10 kenderaan iaitu dua lori, tujuh kereta dan sebuah van berhampiran simpang lampu isyarat ke Sunny Point menghala ke Gelugor dan Universiti Sains Malaysia (USM). 

Sebuah kereta jenis Volkswagen Passat bernilai lebih RM250,000 rosak teruk akibat rempuhan kuat di bahagian belakang menyebabkan ia terperosok antara lori dan kenderaan lain. 
 Selain itu, sebuah kereta Proton Saga turut remuk, manakala enam kenderaan lain terhimpit antara satu sama lain dan sebuah lori membawa sisa pepejal melintang di tengah jalan raya. Tiada kecederaan parah dilaporkan dan pemandu lori melarikan diri selepas kejadian.Pemandu kereta Proton Saga yang dikenali sebagai Jason Loo, 29, berkata, dia terkejut apabila keretanya dirempuh dari belakang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. “Saya terkejut kerana kereta saya terperosok dengan kereta lain, namun bernasib baik kerana tiada kecederaan berlaku,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori 12 tan berusia 30-an itu dari arah Jalan Sungai Nibong menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah dan dikatakan membrek lorinya secara mengejut. Katanya, ketika itu terdapat pelbagai jenis kenderaan berhenti berhampiran lampu isyarat kerana ketika itu lampu merah dan akibat brek mengejut, lori itu gagal berhenti sebelum melanggar kenderaan di depannya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lima kilometer, namun trafik kembali lancar selepas sepasukan anggota bomba dari Jalan Perak mengalihkan kenderaan berkenaan.Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Inspektor Syed Azman Syed Abdul Aziz di talian 04-2181887.


Petikan dari Berita Harian Online