SUPPORT PENAJA

Wednesday 11 January 2012

FUYOO..AWATLAH PELIK BENO FESYEN LADY GAGA



Stefani Joanne Angelina atau lebih dikenali di peringkat global dengan nama Lady Gaga  lahir pada 28 Mac, 1986  merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu di Amerika. Dilahirkan dan dibesarkan di New York City memulakan persekolahan di Convent Sacred Heart dan kemudian menghadiri Sekolah Kesenian iaitu Universiti Tisch  New York sebelum menarik diri untuk memberi tumpuan kepada kerjaya muzik beliau. Beliau memulakan persembahan dalam arena muzik rock Side Lower Manhattan Timur .




 Lady Gaga mula terkenal sebagai artis rakaman berikutan pengeluaran album pertama Fame (2008), yang merupakan satu kejayaan antara yang  terbaik dengan mengungguli carta di seluruh dunia termasuk single antarabangsa beliau iaitu "Just Dance" dan "Poker Face ". Selepas memulakan Fame Ball Tour, diikuti album Monster Fame (2009), yang melahirkan hit single di seluruh dunia iaitu "Romantik Bad", "Telefon" dan "Alejandro Kira-kira 23 juta album dan 64 juta single telah terjual di seluruh dunia, menjadikan beliau sebagai salah satu artis muzik yang paling laris sepanjang masa di seluruh dunia. Pencapaian beliau termasuk empat Guinness World Records, lima Anugerah Grammy dan tiga belas Anugerah Muzik MTV Video. Lady Gaga juga telah berturut-turut muncul  sebagai Artis Majalah Billboard, Pada tahun 2010 beliau telah diletakkan antara senarai dalam majalah Forbes, dan telah dinamakan sebagai salah seorang yang  paling berpengaruh dalam majalah TIMES.

Opss.. Dah panjang plak melalut. Ok ok, back to topic. Huhu.. Sebenarnya kami nak paparkan beberapa gambar Lady Gaga dengan fesyen’nya yang kelihatan sungguh pelik dan boleh dikategorikan paling pelik ler dalam dunia . Kalau uolls adalah peminat si Lady Gaga ini, mesti  uolls  tahu apa yang kami maksudkan . OK  Jom layan koleksi gambar Lady Gaga dengan fesyen’nya yang ntah apa-apa ntah kat sini.






         







FUYOO..BAPA MOHD SAIFUL RAYU DEMI UNTUK KEMBALIKAN MARUAH KELUARGA


Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara — sama ada akan merayu keputusan tersebut.
Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, Azlan turut menyelar Majlis Peguam yang sebelum ini membuat saranan kepada Peguam Negara untuk tidak merayu kes berkenaan.
“Pada hemat saya, tindakan majlis peguam itu… langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya ke peringkat tertinggi,” katanya.
Badan itu sebaliknya perlu bersikap neutral dan tidak menghalang proses keadilan, kata Azlan lagi.
“Adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam atau hanya pendirian individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?
“Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh,” katanya lagi yang menambah anggota keluarga itu juga menerima keputusan mahkamah dengan tenang.
Katanya, masih ramai yang masih bersimpati dengan Saiful dan juga keluarga beliau atas keputusan tersebut.
“Tapi apa boleh buat itu keputusan mahkamah,” katanya lagi dalam sidang media di kediamannya di Petaling Jaya.
“Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya untuk dapatkan keadilan,
Katanya lagi, Mohd Saiful, 26, kini berada di dalam negara dan bekerja di Kuala Lumpur.
Azlan berkata anaknya itu juga kini masih bujang, seperti dirinya.

FUYOO. MAHARAJA LAWAK MEGA OSBON

Rindu  nak tengok Osbon beraksi .. Jom layan ..koleksi dari minggu pertama hingga final . Pepe pun tahniah ler Osbon sebab berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak Mega .


Minggu ke  1
              


Minggu ke 2
                                           
Minggu  ke 3 

Minggu  ke 4                            

Minggu  ke 5   

Minggu  ke 6

Minggu  ke 7 


Minggu  ke 8

Minggu  ke 9 part 1

Minggu  ke 9 part  2


Minggu  akhir part 1 



Minggu  akhir part 2

FUYOO..GEMPA BUMI 7.3 magnitud MELANDA BANDA ACEH




Satu gempa bumi kuat melanda perairan barat Indonesia awal Rabu, sehingga mendorong amaran tsunami dikeluarkan. Penduduk yang panik berlari keluar, tetapi tiada laporan kecederaan atau kerosakan yang serius. Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi magnitud 7,3 melanda 260 batu (420 kilometer) di luar pantai Aceh sejurus selepas tengah malam  berpusat 18 batu (30 kilometer) di bawah dasar laut.


Penduduk dari wilayah, Banda Aceh - masih amat trauma akan kejadian gempa 2004 dan tsunami . Mereka melarikan diri dari rumah masing-masing dan menunggu di luar menuju ke tanah tinggi selepas siren dibunyikan dari masjid  .
"Saya takut," kata Fera, antara penduduk tempatan  yang tergelincir dari motosikal beliau dengan dua anak dan ibunya.

Hampir dua jam selepas gempa bumi melanda, agensi geologi tempatan menarik balik amaran tsunami.Indonesia terdedah kepada pergolakan seismos yang disebabkan oleh lokasinya di  Lingkaran gunung berapi  yang melingkungi Lembangan Pasifik.
Gempa gergasi di luar negara pada 26 Disember, 2004, mencetuskan tsunami di Lautan India yang mengorbankan 230,000 orang, separuh daripada mereka di Aceh.

FUYOO..KANAK KANAK BERLAWAN MATA DENGAN SANG SINGA




Sofia Walker memang merupakan seorang kanak-kank yang paling berani yang pernah melawat Zoo Wellington di New Zealand, dimana baru-baru dia dengan beraninya merenung seekor singa Afrika yang besar berusia 3 tahun yang mana sudah pasti akan melemahkan semangat ibunya, yang menonton dari tempat berhampiran. Yang pasti, kebanyakan orang dewasa tidak mampu untuk bermain mata dengan Raja binatang yang jaraknya seinci walaupun dipisahkan dengan cermin kaca . Sofia dengan berani telah memanjat ke platform yang kecil di hadapan di mana singa mula mencari makanan. "


FUYOO !! LOL

Anda BOSAN , MURUNG , TERTEKAN dan macam macam lagi lah. Nak MERAUNG . Ada yang sampai nak hantuk kepala kat dinding , makan pil tido dan yang paling kronik kalau dah sampai tahap gaban Stress ade yang sampai nak END kan nyawa sendiri pon ade kan .. So jangan lah stress yer . 
Jom layan citer - citer lawak dalam nie .. Mana ler tau sekurang-kurang nya kurang ler skit gelodak dalam jiwa tu kan .
Ok ...JOM Fuyoooo .. Layannn LOL .

Macam - macam Cerita Lucu ade .. 

MAKANAN PELIK & JIJIK

Susulan dari makanan paling kejam di Taiwan sekarang Sis Ceciter nak share lak sebahagian dari makanan pelik yang terdapat diseluruh dunia . Memang pelik dan menjijikan .Tak cuber dan makan pun dah rasa kembang tekak . Hmm ntahler kalau umpan dengan wang pun mintak ampun ler yer...Tak sanggup !!!! 
 
Guinea Pig makanan warisan orang di Peru



Lidah Itik yang popular di Hong Kong

Tikus


Otak Monyet

Koktel Cicak

Cicak Bakar bersama Sos

Anak Tikus yang Baru Lahir Dimakan bersama Donut




Daging Ular Bersama Sos Black Paper



Balut iaitu telur itik yang disenyawakan sehingga mempunyai embrio.
Anjing Panggang








FUYOO..IKLAN DARI THAILAND SUPER FUNNY . MEE SEGERA .

FUYOO .. SAIFUL: SAYA TIDAK AKAN SERAH KALAH, MAHU KES DIBAWA KE MAHKAMAH RAYUAN




Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mohd Saiful (gambar), 26, bekas pembantu peribadi dan pengadu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.

"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan  tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tambah Mohd Saiful, beliau percaya setiap perkara yang berlaku "ada hikmahnya" selain ia ketentuan Allah.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia.

"Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." katanya.

Di akhir tulisannya, Mohd Saiful berkata beliau tidak akan sesekali menyerah kalah.

FUYOO : KEPUTUSAN MAHKAMAH BUKTI PUTRAJAYA PERLU HENTIKAN POLITIK KOTOR TERHADAP ANWAR, KATA HRW








Putrajaya perlu berhenti menggunakan “politik kotor” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seteleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan beliau, membuktikan kes liwat itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah, kata Pemerhati Hak Asasi,
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah hari ini memutuskan Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.

“Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

“Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin berkata  pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat  Mohd Saiful.

“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.

“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” katanya.

Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan penyokong parti itu.
Berikutan keputusan itu, dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.

Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

FUYOO : MAHAL GILE KATIL ANAK KAU BEYONCE






Blue Ivy Carter ( eh ape la name anak ko ), Anak Beyonce,30 ngan Jay-Z sangat la beruntung kerana mendapat tempat tido yg sgt mahal ..bernilai US $ 3500 wow.. kalau convert RM mau cecah RM12k-13k beb..ko ade...aku pun tido buaian henjut-henjut tangan beb..(aku sape...mak aku bukan Beyonce la plak..ala lupe ) Crib tu dibeli dari sebuah  butik mewah di Nursery Works VETRO Lucite  di bandaraya New York City.
Crib tu di beli oleh Beyonce bersama kakaknya Knowles Solonge dan Ibunya Tina pada akhir bulan November. 
Selain itu Jay-Z, yang berusia 42 tahun , menyampaikan rasa syukur dan gembiranya di Hospital Lenox Hill di NYC. "Kami seperti berada di syurga!" kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web Beyonce.  Dilahirkan secara normal dengan berat 3.5kg dan ianya adalah pengalaman yang terbaik bagi kedua-dua mereka."

FUYOO.. DUIT SYILING SIRI BAHARU AKAN BERADA DALAM EDARAN MULAI 16 JANUARI




Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri baharu akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari ini.Bank pusat dalam satu kenyataan di sini berkata orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baharu ini melalui urus niaga biasa mereka. BNM berkata duit syiling baharu ini adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada. Duit syiling sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
BNM berkata bagi memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan duit syiling baharu ini, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka agar boleh menerima duit syiling baharu ini.
Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk duit syiling siri baharu ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara.
Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan lebih kecil serta ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.


"Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga memudahkan orang ramai untuk mengetahui denominasi yang berlainan," kata bank pusat itu.
Ia berkata reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Selain itu, BNM berkata duit syiling baharu ini dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03-2698 8044 di sambungan 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.




FUYOO.. DBKL BERI DISKAUN KOMPAUN TRAFIK





KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberikan diskaun untuk bayaran kompaun kesalahan trafik sepanjang Februari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari. 

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata dengan pemberian diskaun selama sebulan itu, bayaran kompaun dikurangkan kepada RM30 bagi setiap kesalahan.

"Kompaun trafik yang terbabit ialah kompaun yang dikeluarkan sebelum 1 Mac 2011 kebanyakannya membabitkan kesalahan trafik," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Jom Kibar Bendera sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di sini hari ini.
Setiap kesalahan trafik biasanya dikenakan kompaun sebanyak RM100 seperti kesalahan lalu lintas, halangan berada di kawasan garisan kuning, halangan berada di siar kaki dan meletakkan kenderaan di kawasan bukan parkir yang asal. 

Beliau berkata, adalah menjadi kelaziman pada setiap kali sambutan Hari Wilayah, pihak kementerian serta agensi di bawahnya akan memberikan buah tangan istimewa kepada rakyat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 

Dewan serba guna di bawah pengurusan DBKL akan diberikan sewaan percuma kepada rakyat pada setiap hujung minggu di sepanjang Februari. Bagaimanapun, tawaran itu tidak layak bagi sewaan dewan untuk majlis perkahwinan serta penggunaan kolam renang. 

"Turut diberikan bayaran percuma kepada rakyat adalah penggunaan gelanggang futsal, gelanggang boling padang, padang ragbi serta dewan serba guna sama ada yang diurus tadbir oleh pihak kerajaan mahupun swasta pada setiap hujung minggu di ibu negara," katanya. 
Kempen kibar bendera itu bertujuan mempromosi bendera Wilayah Persekutuan kepada semua rakyat agar lebih dikenali, selain bendera diedar secara percuma untuk menggalakkan warga Wilayah mengibarkan bendera di rumah, premis perniagaan dan kenderaan sepanjang sambutan Hari Wilayah Persekutuan. 

Sebanyak 50 ribu bendera akan diedarkan untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan itu. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Hasim Ismail. 

Beliau berkata, Perbadanan Putrajaya akan turut terbabit memberikan buah tangan istimewa kepada rakyat. 

"Perbadanan Putrajaya akan menawarkan kupon percuma bagi lawatan ke Taman-taman Awam di Putrajaya serta diskaun 30 peratus kepada pemegang-pemegang MyKad Wilayah Persekutuan untuk perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya. 

"Selain itu pengunjung Putrajaya juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan lawatan berpandu ke tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya dengan menaiki bas Nadi Putra secara percuma pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Februari bermula dari i-Centre, Dataran Putra," katanya. 

Beliau berkata, penduduk Wilayah Persekutuan Labuan turut berpeluang untuk menggunakan kemudahan awam seperti gelanggang futsal, gelanggang boling padang, padang ragbi dan dewan serba guna secara percuma selama dua minggu pada Februari ini. 

Katanya, bagi warga kota Kuala Lumpur, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memberikan diskaun lima peratus untuk bayaran cukai tanah secara online serta pengurangan 50 peratus tunggakan denda 2012. 

"Banyak lagi tawaran-tawaran istimewa oleh semua agensi di bawah kementerian kepada semua warga Wilayah Persekutuan, maklumat tersebut boleh diperolehi daripada pejabat-pejabat agensi atau melayari laman-laman web agensi berkaitan," katanya. 

Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan, tahun ini merupakan perayaaan kali kelapan yang menggabungkan ketiga-tiga wilayah tersebut sejak wujudnya Kementerian Wilayah Persekutuan pada 27 Mac 2004.

 -SUMBER DARI BERNAMA