SUPPORT PENAJA

Saturday 21 January 2012

FUYOO.. JENNIFER GARNER NAK LETAK NAME ANAK MINNIE MOUSE.. Ahakss




Pasangan popular Jennifer Garner dan Ben Affleck telah pun dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu, Violet, 6 tahun dan Saraphina,  3 tahun dan kini sedang menunggu kelahiran anak mereka yang ketiga ( Ex Ben iaitu Jennifer Lopez  pun baru 2 tu pun kembar, da cerai pun ngan husben.)
Tapi yang Ceciter pelik bebenor ler bila dalam satu Rancangan Talk Show yang telah diadakan, Garner, 39 tahun telah menyatakan yang  mana beliau dan hasben berminat nak letakkan nama anak yang bakal dilahirkan tersebut dengan nama-nama watak kartun dalam Walt Disney macam Donald Duck, Minnie Mouse, Peter Pan, Captain Hook dan lain-lain lagi.
Dan yang paling gempakk...nak tau tak they olls  ni siap nak wat pertandingan lagi khas kepada peminat  bertujuan untuk mencari nama yang paling sesuai untuk bakal anak dorang...macam-macam hal ler plak kan...letak jela nama Ben Jr ke..ape salahnye..senang citerr .. tak gitu ..hahaha





FUYOO.. KARTUNIS RAMBUT ROSMAH TAK PUAS HATI

Tak nak tulis lebih-lebih...just nak sampaikan info dan same-same kita memberi pandangan.



Zunar, kartunis " Cartoon-O-Phobia" menyatakan tak puas hatinya kepada pihak berkuasa kerana rampasan sebanyak 66 salinan kartun,buku dan perkara-perkara yang berkaitan yang menggambarkan PM kita bersama isterinya.



Dalam kartun tersebut ada memperlekehkan atau menyebut pasal rambut isteri PM. Kartun tersebut menggambarkan betapa rambut isteri PM sangat penting dan seolah-olah menggambarkan betapa powernye isteri PM dalam menjalankan kerajaan kita.


Antara kenyataan yang dibuat olehnya : 
"I had gone to 10 barber shops to gather hair to depict Rosmah's hairstyle. The collage was to represent how powerful (she is) in running the country with Najib as PM ( "Saya telah pergi 10 kedai-kedai gunting rambut untuk mengumpulkan rambut untuk menggambarkan gaya rambut Rosmah. Kolaj tersebut untuk mewakili bagaimanakuat (dia adalah) dalam menjalankan negara dengan Najib sebagai PM,")
Zunar menyatakan tidak puas hatinya kerana rampasan yang telah dilakukan oleh pihak polis pada 24 sept 2010 jam 4.00 ptg telah menyebabkan dia menanggung kerugian hingga kini.


Apa yang ceciter nak kongsikan disini, kita tidak seharusnya bebas untuk mengkritik orang sehingga akan menjatuhkan maruah atau air muka orang lain. Yela kan maruah tu lagi berharga jika dibandingkan dengan wang ringgit.. Ape pendapat uolls lak..

FUYOO... GAMBAR LUCU BLUE IVY CARTER




Gambar diatas adalah gambar yang disiarkan oleh media US yang menggambarkan bayi Beyonce serta Jay-Z iaitu Blue Ivy yang bermuka hodoh. Bagi Ceciter le, dorang semuanya sebenarnya dengki dan sengaja je sebab takde keje lain nk wat kot  ...


Gambar yang ni lak digambarkan Blue Ivy cantik cam mak die..hehhee


 Namun bekas anggota Destiny's Child, iaitu Michelle Williams telah tampil dan membuat kenyataan sekaligus menyangkal spekulasi segelintir pihak yang mengatakan anak sulung Beyonce Knowles dan suaminya Jay-Z  iaitu Blue Ivy Carter berwajah hodoh.


Menurut Williams, anak rakan baiknya itu sangat cantik ketika dia melawat mereka baru-baru ini.

"Blue sangat cantik seperti ibunya dan memang tidak masuk akal apabila ada sesetengah pihak mendakwa anak pasangan ini hodoh," ujar Williams kepada Daily Mail.

Sementara itu, seorang lagi bekas anggota kumpulan trio wanita popular ini, Kelly Rowland enggan mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai Blue yang lahir pada 7 Januari lalu kerana merasakan ia adalah hak peribadi pasangan selebriti tersohor itu.


"Biar mereka sendiri yang menunjukkan anak mereka kepada umum apabila sudah bersedia," ujarnya yang turut mengakui Beyonce sememangnya lahir untuk menjadi seorang ibu kerana memiliki sifat keibuan semulajadi ketika menjaga puteri sulungnya itu.

AL-FATIHAH BUAT IZWAN PILUS TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH




Berita gempar yang melanda dunia hiburan tanahair apabila dikejutkan dengan berita penyanyi Izwan Pilus, 33 tahun iaitu abang kepada Aril AF telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 20 hb Jan 2012 jam 6.15 ptg di Hospital Ampang . Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.  Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini pada disember lalu akibat demam panas yang berpanjangan. 




Allahyarham turut sempat memberi laporan keadaan beliau pada masa itu dalam Tweeter .












Berita pemergian Izwan Pilus telah di maklumkan melalui laman twitter Aril .


















Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang diredhai oleh ALLAH..Amin..