SUPPORT PENAJA

Wednesday 14 March 2012

SUNGAI YANG PALING MENGERIKAN DI DUNIA

Sungai Gangga yang dianggap suci bagi penganut ugama Hindu di negara India hakikat nya boleh dikategorikan sebagai sungai yang paling horror di dunia. Horror sebab tiap hari ada jer  upacara pembakaran mayat akan di lakukan di sekitar kawasan sungai disitu . Abu dari mayat yang sudah dibakar pula akan  dibuang kedalam sungai . Bagi yang tidak mampu untuk membayar kos pembakaran , mayat-mayat tersebut akan dibiar hanyut di sungai ,  membengkak   serta membusuk  sehingga mereput .  Fenomena yang dianggap tabu bagi ramai  orang di seluruh dunia ini dianggap normal bagi masyarakat di sana . Itulah dengan selamber nyer boleh ler pulak ada  yang gosok gigi , mandi dan juga  membasuh pakaiaan guna air sungai yang sah-sah dah tercemar  tu . Aduhaiii ... Kembang tekak ler weyyyyy ..Pelik kan takkan ler tak gatal kulit ke per pas mandi kat situ .





FAKTA - FAKTA YANG MUNGKIN BELUM PERNAH ANDA KETAHUI



  1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
  2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
  3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
  4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
  5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
  6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
  7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
  8. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
  9. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
  10. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
  11. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
  12. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.
  13. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
  14. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
  15. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
  16. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
  17. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
  18. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.
  19. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
  20. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
  21. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
  22. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
  23. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
  24. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
  25. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
  26. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.
  27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2011 SECARA ONLINE DAN SMS



Nampaknya teka teki bilakah tarikh Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan telah pun diketahui umum, Semakan Keputusan SPM 2011 Online dan SMS boleh dibuat pada 21 Mac 2012. Semua calon-calon boleh mendapatkan keputusan daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Untuk Calon persendirian SPM, calon akan dimaklumkan melalui khidmat pos atau calon sendiri boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mendaftar dahulu.
Kini untuk menyemak keputusan SPM 2011 lebih mudah dengan sistem semakan menggunakan SMS iaitu dengan menaip mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.








  
Ikut Arahan dibawah untuk semakan keputusan SPM secara Online dan SMS.


1. Untuk semakan melalui SMS: Taip SPM Result <jarak> No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888



2. Untuk semakan secara online: Layari laman web MPM di: http://www.mpm.edu.my

SERPIHAN TAHI BINTANG JATUH DARI LANGIT


Kesan lubang yang dijumpai  pada bumbung
 pondok  akibat datembusi tahi bintang
Sebuah keluarga di Norway terkejut apabila mereka menemui serpihan tahi bintang yang terjatuh dan menembusi pondok kebun mereka di tengah bandar raya ini, lapor media kelmarin.

Batu itu jatuh ke dalam sebuah pondok kosong milik keluarga Anne Margrethe Thomassen di sini. Ahli astrofizik, Knut Joergen Roed Oedegaard dan isterinya, Anne Mette Sannes mengesahkan ia merupakan batu breccia yang terbentuk daripada mineral.

"Ini ialah penemuan sensasi dalam dua aspek. Aspek pertama yang menjadikan ia sensasi adalah kerana serpihan tahi bintang itu menembusi bumbung dan ia jarang berlaku. Satu lagi aspek disebabkan ia daripada batu breccia yang sukar ditemui," kata Sannes.

Katanya, keluarga berkenaan mahu menyimpan objek itu di Norway.Batu tahi bintang itu seberat 585 gram dan ia terbelah dua. Mengulas mengenai penemuan tersebut, penyelidik Institut Astrofizik Paris, Serge Koutchmy memberitahu, batu berkenaan jatuh dari angkasa lepas dan terbelah apabila ia memasuki atmosfera Bumi.

Namun katanya, serpihan batu tersebut jarang terhempas di kawasan penempatan penduduk. "Keluarga itu amat bertuah," kata Koutchmy. "Serpihan tersebut berharga dan ia juga jatuh tanpa menyebabkan kerosakan besar," tambahnya. - AFP

AKIBAT DENDAM .. DIRANG DIBUNUH PADA HARI DIA DICULIK




Lokasi dimana Dirang dibakar
Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini. Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut. "Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya. Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia. Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini. Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai. Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar. Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu. 


Tiga daripada empat suspek yang ditahan termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.