SUPPORT PENAJA

Sunday 5 February 2012

NAIB JUARA MAHARAJA LAWAK 2011 ~ BOBOI


Korang sure rindukan aksi melucukan Boboi dalam Maharaja Lawak Mega kan . Sama ler gan Sis .. So jom layan ..!!!!


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 1 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 2 )         


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 3 ) 


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 4 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 5 )


 MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 6 )          


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 7 )

MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 8 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 9 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU FINAL~1 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU FINAL~2 )

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PARACETAMOL @ PANADOL

Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.

Baru-baru ini, kawan saya ada forward 1 artikel yang mengingatkan tentang betapa bahaya pengambilan PANADOL ini. (Saya rasa ramai yang dah dapat @ baca artikel ini sebelum ni). Ramai juga yang forward atau share kan info ini di facebook masing-masing. Saya juga ada terbaca dalam facebook kawan-kawan saya.Semua orang nampaknya begitu concern dan prihatin terhadap masalah ini. Menunjukkan rakyat Malaysia ni dah semakin peka terhadap perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Ini satu perkembangan yang bagus. Kepada yang masih belum terbaca tentang perkara ini. Saya kongsikan dengan anda catatan artikel tersebut.

Bahaya Paracetamol (Panadol @ Actifast)
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang kawan yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Petua hilangkan pening (Cara Alternatif)


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron atau ion di dalam sel otak .Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (contohnya air 100 Plus).Campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Kalau nak lebih mudah, 1 cawan isotonik dicampur dengan 2 cawan air biasa.



Merendam kaki dalam air suam .
Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.



Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.




Sumber dari sebuah laman web







SEMAK KUALITI TELEFON BIMBIT ANDA


Tadi terbaca satu article dekat FB tentang status keaslian handphone..ye la kita hanya tahu nak handphone jenama macam ni la..spec dia yang macam tu la..tapi pernah tak kita tahu pasal ke'originality' handphone kita tu..haaaa.yela kalau tanya tauke kedai memanjangje dia kata kualiti baik dan original ..mungkin ada yang dah tau tapi tak sume kan..so nak share kat sini step by step untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit kita.




1) Mula-mula taip *#06#
2) akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
3) semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA



FENOMENA TELUR BERDIRI BUKAN MITOS


KUALA LUMPUR: Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik bahawa graviti bumi atau manipulasi medan magnetik di makmal membolehkan telur tidak tumbang apabila didirikan.
Pakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana.
“Kawasan mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,” katanya kepada Berita Minggu, semalam. 
Beliau diminta mengulas fenomena itu yang dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina. Fenomena itu dikatakan berlaku setahun sekali dan tahun ini, ia bermula jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang semalam.

Jurugambar Berita Minggu, Nik Hariff Hassan, semalam mengambil inisiatif membeli 30 biji telur untuk menguji sejauh mana kebenaran fenomena selama sejam itu di Dataran Merdeka bersama-sama beberapa pelancong yang berada di situ.

Seorang lagi ahli sains UKM, Profesor Dr Jumaat Adam, sebelum ini berkata, fenomena itu memang mencetuskan rasa pelik masyarakat dunia tetapi menegaskan banyak lagi contoh tarikan graviti bumi yang tidak dipandang serius seperti pasang surut air laut dan peralihan siang malam.

“Ada waktu dan ketika tertentu, tarikan graviti bumi dan matahari lebih kuat daripada biasa, membolehkan kita mudah untuk meletakkan telur supaya ia berdiri. Tetapi tarikan graviti ini juga menyebabkan berlakunya fenomena pasang besar iaitu apabila paras air laut meningkat tetapi tidak ramai yang mengendahkannya. Mungkin kerana ia kerap berlaku,” katanya. 

Ahli sains juga menganggap ia berlaku dalam tempoh Equinox, iaitu kedudukan matahari, bulan dan matahari berada pada sudut paksi sejajar, selain ketika gerhana matahari atau gerhana bulan.

WANITA KANIBAL KETAGIH MAKAN DAGING MANUSIA


Amat mengejutkan bila terbaca mengenai seorang wanita yang raut wajah dia punya la lembut cam innocent jer , leh bertindak di luar batasan manusia iaitu menjadikan daging manusia sebagai santapan harian beliau . Setakat ini seramai 30 orang telah dibunuh , dikerat , disumbat dalam peti ais dan kemudian dimasak untuk dimakan . Wanita kanibal yang berasal dari sebuah daerah di Filipina ini baru berusia 29 tahun namun bertindak diluar batasan manusia disebabkan telah membunuh ramai mangsa yang terdiri dari kanak-kanak , kaum wanita dan yang paling sadis sekali suami nya pun sanggup dia bunuh .

Memang gilor betol ler ko nyah.  Kalu dilihat dalam peti ais dia pun dah naik penuh stok dengan daging-daging mangsa . Mungkin nak simpan stok untuk Raya kot . Wanita tersebut juga dilaporkan telah kerap mengadakan majlis makan bersama saudara mara serta teman-teman dengan hidangan tersebut tanpa pengetahuan mereka dan diberitahu tetamunya mengatakan daging yang dihidangkan enak ...Uwekkkk...
Wanita tersebut memberitahu keinginan menjadi kanibal adalah disebakan nafsu yang wujud dalam diri nya malah semasa didalam penjara beliau pernah menyerang seorang pengawal wanita dengan mengigit lengan dan seterusnya menelan salah satu jari mangsa..Aduhai ..Engko nie manusia ke dinasour.

CAM TAK CAYE JE DORANG NI POMPUAN..

Hai all sume...ari ni Mak Jemah dok belek-belek statistik blog ni...tgk2 ramai gak dok tgk cite ASALNYA WANITA, KINI...

So Mak Jemah rase ramai yang nak tau lagi cam ner dorang leh jadi cam ni..cam ne rupe pompuan dorang sebelum ni...n jadi ke 100% dorang jadi lelaki..

Tapi memang ar dorang ni...bg Mak Jemah.. dorang ni mmg da jadi cam lelaki da..sampaikan Mak Jemah sendiri pun tak dapat nak bezakan...aduhai...

Korang sume leh la tgk n nilaikan..tapi Mak Jemah konfem korang sume mesti cari lagi yg lain...hehheee


THOMAS BEATIE

Nama asalnya adalah Tracy, anak kelahiran Honolulu Hawaii..yang bestnye si Thomas ni pernah masukpertandingan ratu cantik Hawaii dan USA..dan dia pernah menjadi finalist..aduhai...kire perempuan cantik la ni...

Thomas da berkahwin dan mempunyai 3 orang anak...die sendiri yang mengandung dan lahirkan anak die... so kire die ni famous ngan gelaran Mr Mama...


BALIAN BUSCHBAUM


Nama asal dia adalah Yvone, seorang atlit lompat bergalah kelahiran German..memang sangat femes..lagi femes bile die tukar janitina..samapaikan buku yag die tulis dengan tajuk buku tu name die sendiri mendapat sambutan disana.. tukar jantina pada tahun 2008.. die antara transgender yang berjaya dan terhensem..sampaikan dapat jadi model dan masuk carta most beatiful man lagi tuh.....



lupe lak... konfem ar die da tak jadi atlet lompat bergalah kategori perempuan..da berhenti da..tapi bukan sbb tukar jantina...tapi mmg die nak berhenti sebab kecederaan...tapi kalau Mak Jemah fikir...kalau die stil jadi atlit...die nak masuk kategori mane ek..uhuhu..




IAN HARVIE


Ian Harvie ni seorang pelawak kat negara die.. mmg aktif dalam bidang lakonan. ade show sendiri iaitu The Ian HarvieShow.

Tapi sori la beb..Mak Jemah takde la plk gambar die sebelum jadi lelaki..die da filter kat internet kot...celeb la katekan..






PAIGE ELLIOT PHEONIX

Mmg name asal die...kire lom tukar kad pengenalan la ni...berumur 35 tahun...Actually die ni orang biase2 je..tapi femes pas masuk satu rancangan realiti akt Australia iaitu X-Factor..iaitu program nyanyi-nyanyi cam Aerican Idol tu.. Suare die mg superb...sbb die mmg nyanyi lagi laki jer...dan mmg tak sangka die ni transgender...


SAINTIS TEMUI PLANET BARU SESUAI DIDIAMI



MUNICH - Ahli astronomi Eropah telah menemui planet berbatu yang didakwa sesuai untuk dihuni hidupan di Bumi dengan menggunakan Teleskop di Balai Pencerap Eropah Selatan.

Ketua penyelidik, Guillem Anglada-Escude berkata, ia mungkin mengandungi sumber air kerana suhu pada permukaannya hampir sama seperti di Bumi.
Ia terletak sejauh 22 tahun cahaya dan turut mengelilingi bintang digelar GJ 667C.“Kami turut menemui sebuah lagi planet asing yang mungkin juga boleh didiami hidupan di Bumi Bagaimanapun pemerhatian susulan masih perlu dilakukan untuk menilai kesesuaiannya,” menurutnya.


Sumber dari Sinar Harian

AYAH MICHAEL JACKSON JUAL MINYAK WANGI MURAH


WALAUPUN raja pop dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia pada tahun 2009 lalu, namun, populariti dan harta peninggalannya yang ,melimpah ruah itu sudah tentu mampu menanggung seluruh kaum keluarga penyanyi itu.Namun ia bukanlah seperti yang dianggap kerana bapa penyanyi kesayangan ramai itu, Joe Jackson dilaporkan kini menjual minyak wangi murah di sebuah pusat membeli belah di Las Vegas.


Malah menurut portal Dailymail, Joe bukan menjual barangan itu di pusat membeli belah yang elit dan sering dikunjungi para selebriti Hollywood tetapi hanya berniaga di sebuah kios kecil yang kawasan sekitarnya tiada pengunjung.Keaadan ini pastinya amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang telah membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga ke puncak kejayaan akhirnya terkandas di sebuah kios kecil, berniaga demi meneruskan kehidupan.
Tidak seperti keluarganya yang lain, sejak dahulu lagi Joe bukanlah seorang yang suka tampil di khalayak umum, tatkala di saat 
kejayaan mahupun kematian Michael, lelaki ini lebih senang merendah diri.




LAMPIN BERBAU PUNCA PESAWAT LEWAT BERLEPAS


DARWIN: Lampin pakai buang dalam sebuah tandas menjadi punca sebuah pesawat penumpang gagal meneruskan penerbangan mengikut jadual dari ibu negara Australia, Darwin ke Brisbane. Pesawat Qantas 825 terpaksa mendarat di Mount Isa beberapa hari lalu selepas penumpang dan kru mengadu bau pelik merebak di bahagian hadapan kabin.
Dalam satu komentar dalam halaman web Aviation Herald oleh seorang yang menggelarkan dirinya ‘Frank Smith’, dia berkata: “Malang bagi penumpang dan kru, bau itu adalah daripada lampin pakai buang berbau yang dibuang dalam tandas.“Prosedur memaksa untuk mendarat secepat mungkin amat memalukan kepada kita semua di Qantas tetapi lebih baik selamat daripada meminta maaf.” 

Jurucakap Qantas, Lauren Blank tidak dapat mengesahkan atau menafikan dakwaan berkenaan. Dalam satu kenyataan beliau hanya memberitahu, ‘satu bau’ dikesan. 
Lebih 160 penumpang berada dalam pesawat Boeing 767 apabila penerbangannya ditangguhkan kira-kira sejam selepas terpaksa mendarat di Mount Isa. Dengan tiada tangga di lapangan terbang terbabit untuk memindahkan penumpang dari pesawat, trak ‘cherry picker’ terpaksa digunakan untuk membawa penumpang dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu. Pesawat itu meneruskan penerbangan kira-kira jam 11.15 malam dan tiba di Brisbane pada jam 3 pagi keesokannya. – Agensi


Sumber dari Berita Harian

SUAMI MERAUNG LIHAT MAYAT ISTERI



SERDANG – Tanda tanya dan kerisauan seorang suami terhadap isteri yang tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya terjawab apabila wanita itu ditemui mati dijerut serta ditikam kira-kira 200 meter dari tempatnya bekerja di Serdang Perdana, lewat malam kelmarin.
Mangsa berusia 39 tahun ditemui suami dan majikan tempatnya bekerja di tempat duduk penumpang sebelah pemandu dalam kereta jenis Honda City yang diletakkan di tempat letak kereta berbayar di sini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Abd Razak Elias berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat di Serdang Perdana biasanya dikatakan tiba di rumah setiap hari jam 8 malam.

Menurutnya, kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong malam kelmarin menimbulkan kegusaran kepada suaminya yang kemudian bertindak menghubungi majikan tempat wanita itu bekerja.

“Selepas lebih kurang sejam tidak pulang ke rumah, suami bersama majikan mangsa kemudian mencari isterinya sekitar kawasan bangunan komersial itu. Kira-kira jam 10.30 malam, suami mangsa menemuinya dalam kereta yang biasa dipandunya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa,”katanya suami mangsa kemudian menghubungi polis.

Abd Razak berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira 11.45 malam sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan mendapati satu mayat wanita dalam keadaan terbaring di dalam kereta yang tidak berkunci.

“Siasatan mendapati mangsa dijerut wayar pembesar suara dan ditikam di bahagian kiri leher menggunakan pisau.Sebilah pisau sepanjang enam inci ditemui di luar pintu kereta di bahagian pemandu dan dawai sepanjang satu kaki berhampiran mayat mangsa,”katanya kejadian dipercayai berlaku dalam kereta ketika hujan lebat berdasarkan keadaan dalam kereta.Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya percaya suspek lebih daripada seorang. Siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan yang berlaku. Ada beberapa biji limau mandarin yang sedia dikupas ditemui dan dipercayai berkemungkinan mangsa mungkin sedang menikmatinya ketika itu. Berkemungkinan juga mangsa yang mempunyai dua anak masih kecil sedang bersembang dengan suspek tetapi belum ada petunjuk penuh berhubung perkara itu. Pemeriksaan mendapati telefon bimbit, dompet dan beg tangan milik mangsa hilang. Suami mangsa memaklumkan mangsa adalah seorang isteri yang baik dan tidak mempunyai musuh dengan sesiapa,”katanya.


Beliau berkata, kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. 




Sumber dari Sinar Harian

VANCOUVER DILANDA GEMPA BUMI 5.7 MAGNITUD


SEATTLE: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan barat Ucluelet dekat pantai Pulau Vancouver, British Colombia, pagi tadi. 

Pusat Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan di Golden, Colorado, berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan akibat gempa berkenaan yang berlaku pada kira-kira jam 12.05 malam waktu tempatan.Pakar geologi, Rafael Abreu, berkata beliau tidak menjangkakan kerosakan teruk berdasarkan jarak pantai dan hanya gegaran rendah dirasai. - AP

Sumber dari Berita Harian Online

DIHINA KERANA INSAF

KUALA LUMPUR: Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.
Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia l
akonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.
Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.