SUPPORT PENAJA

Saturday 18 February 2012

KENCING MUKA ISTERI LEPASKAN NAFSU

KANGAR: Tidak tahan dilayan suami seperti binatang setiap kali melakukan hubungan kelamin sejak lima tahun lalu, seorang isteri nekad lari dari rumah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah, kelmarin. Dalam laporannya, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama.

Mangsa dan suaminya yang berusia 43 tahun berkahwin hampir 20 tahun lalu serta dikurniakan tiga anak tinggal di Bintong, di sini, sejak beberapa tahun lalu. Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama. Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa juga mendakwa suaminya mudah naik angin dan memukulnya jika keinginannya untuk melakukan amalan seks keji itu tidak dituruti.


Sumber dari myMetro

REMAJA DICEKUP WAKTU SERONOK SAKSI TARIAN TIANG


Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi. Pusat hiburan itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur. Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam.


"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas, penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa. Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi.



Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan.“Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan.



"Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya.


DISAMBAR BUAYA KETIKA CUCI KAIN



MILLIE dibawa ke Hospital Miri
untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Memang nasib masih menyebelahi seorang ibu kepada 2 anak di Sarawak bila terlepas dari maut apabila diseret seekor buaya besar ke dalam Sungai Niah selepas reptilia itu menerkam kakinya ketika dia sedang membasuh pakaian di jeti Ulu Pengkalan Lubang, di sini jam 6.30 pagi semalam. Wanita tersebut  Millie Anak Nueh, 36 walaupun ketika itu amat panik dengan serangan buaya tersebut namun masih sempat  tendang kepala buaya itu dengan kaki kiri hinggalah kaki kanan beliau dilepaskan reptilia itu



Millie yang bekerja di sebuah premis perniagaan di pekan kecil Batu Niah, berkata dia sedang duduk di atas jeti sambil membasuh pakaian apabila tiba-tiba, seekor buaya besar terus menyambar kaki kanan serta mengheretnya ke dalam air. Panik diheret reptilia sepanjang 10 meter itu, Millie terus menjerit dan meronta serta sempat menendang kepala buaya berkenaan menggunakan kaki kiri ketika berada di dalam air.


“Selepas ditendang, buaya terbabit melepaskan kaki saya. Saya berenang dan naik semula ke jeti tanpa mempedulikan kaki yang sakit,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam. 

Walaupun dia sudah berada di atas jeti, Millie berkata, buaya itu masih berpusing di sekitar kawasan berkenaan dan beberapa kali cuba menerkamnya.

Wanita itu yang terpaksa merangkak mendapatkan bantuan jiran di Rumah Panjang Rh Nor Ebit yang terletak 100 meter dari jeti berkenaan, hampir putus jari telunjuk kaki kanannya akibat kejadian itu. 


Dia dirawat di Klinik Kesihatan Batu Niah sebelum dirujuk ke Hospital Miri. Suami mangsa, Ladd Anak Lebang, 47, berkata rumah panjang berkenaan tidak dilengkapi kemudahan air walaupun terletak di hilir pekan Niah, menyebabkan penduduk terpaksa mandi, membasuh pakaian dan mengambil air untuk memasak dari Sungai Niah.

“Kebelakangan ini ada beberapa buaya besar kelihatan di jeti berkenaan, namun belum pernah mencederakan penduduk kampung sehinggalah kejadian yang menimpa isteri saya,” katanya.

AKHIRNYA PENYERANG ASYRAF HAZIQ DI TAHAN



Akhirnya penyerang yang menyamun penuntut Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20, semasa insiden rusuhan terburuk di London 8 Ogos lalu ditahan dan disabitkan bersalah oleh mahkamah di utara Britain dalam kes yang turut mencetuskan kemarahan negara antarabangsa. Beau Isagba, 17, bakal berhadapan hukuman penjara maksimum atas kesalahannya kerana menyerang sehingga menyebabkan rahang Asyraf patah akibat ditumbuk.
Insiden tersebut juga mendapat perhatian umum, selepas rakaman mengenai kejadian itu dimuat naik ke dalam laman YouTube.
Semasa perbicaraan, Isagba mengaku mencuri basikal milik Asyraf selepas penat merusuh, tetapi menafikan ada melakukan sebarang serangan fizikal terhadap mangsa.


Bagaimanapun, pihak juri mendapati Isagba tetap bersalah atas kesalahan merompak dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius. Hakim Witold Pawlak menyatakan identiti Isagba terpaksa 
didedahkan kepada umum, walaupun dia masih di bawah umur kerana ia adalah kes luar biasa. “Tempoh hukuman penjara sebenar ke atas Isagba akan ditentukan pada 9 Mac depan, iaitu sehari selepas dia berumur 18 tahun,” menurutnya.








ROBOT PENENANG UNTUK MANGSA TSUNAMI


Kini pelbagai teknologi roboh yang canggih muncul dengan pelbagai fungsi serta kegunaan . Terbaru  wujud sejenis robot anjing laut berteknologi tinggi yang bertindak balas kepada sentuhan manusia  digunakan bagi meredakan kemurungan mangsa-mangsa tsunami di Kesennuma Jepun. Diberi nama Paro, robot berbulu berkenaan ditawarkan kepada mereka yang kehilangan tempat akibat bencana berkenaan di sini pada Mac tahun lalu. 



Paro dilihamkan oleh Dr Takanori Shibata dan dikatakan Robot Terapeutik Dunia oleh Rekod Dunia Guinness. Kepentingan kajian beliau termasuklah interaksi manusia-robot, robot interaktif manusia, robot emosi, dan terapi robot.
Paro akan mengeluarkan bunyi dan menepuk siripnya apabila menerima sentuhan manusia."Ia sungguh comel. 

Ia berbunyi apabila saya menggosok badannya," kata seorang budak lelaki berusia 10 tahun, Kosei Oyama. Akibat tsunami, tidak banyak barang permainan yang dapat kami gunakan," tambahnya. 


Paro yang dilengkapi sebilangan sensor audio telah digunakan di beberapa buah hospital dan rumah orang tua sebagai alat bantuan terapeutik bagi meredakan kemurungan warga tua. Selain Paro, beberapa lagi robot canggih termasuk robot senaman, prototaip robot urutan kepala dan android menyerupai manusia yang berfungsi sebagai penyambut tetamu turut ditawarkan bagi menceriakan mereka. - AFP