SUPPORT PENAJA

Monday 20 February 2012

TAK HENSEM TAPI TETAP POPULAR



Ingin menjadi artis terkenal dan berjaya sudah semestinya memerlukan pakej yang lengkap lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan gah seperti di Amerika.. Selain dari bakat  , rupa yang boleh bawak  jual  iaitu  tampan dan cantik juga amatlah  penting selain dari personaliti yang mengancam. Semua itu penting dan menjadi modal untuk mencari nama disana . Namun ada juga yang diantara mereka yang tanpa rupa pun boleh berjaya mencipta nama dan menjadi amat terkenal di Holloywood . Siapa kah manusia bertuah itu ..??? Jom layan ..


Laurence Fishburne
Gary Oldman
Ron Perlman
Woody Allen


Christopher Walken

Forest Whitaker

Steve Buscemi

Danny Trejo


KEM MUSIM PANAS YANG MENYEKSAKAN

Kesian betul tengok muka bebudak perempuan nie . Seksa bebenor jer gaya  kan . Kalau ler di negara kita  sebut  campaing  punyer ler seronok bebudak sekolah kan . Mau tak nyer nengok ler buat kat mana . Kalau tak kat  padang sekolah yang jarak nyer beberapa langkah tu jer pun ,, wat kat kat resort tepi sungai . Aduhai bestnyer  kan . Tapi berbeza sungguh kat Korea Selatan nie . Bebudak ni kena dera dah rupa time latihan tentera yang sah-sah ganas tu . Apa motif sebenar kanak-kanak comel nie diperlakukan sedemikian rupa idak ler Sis tau .



PENYANYI HIPHOP DIDAKWA MEROGOL


Kejam dan bernafsu setan bila seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular  didakwa sanggup merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam. Penyanyi yang  berusia 37 tahun tersebut pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu. “Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam. Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.


Sumber dari MyMetro

PENYANYI VETERAN MENINGGAL DUNIA


Takziah buat keluarga penyanyi era 70an , iaitu Latif Ibrahim bila dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan pemergian penyanyi veteran tersebut yang meninggal dunia pada hari ini sekitar pukul 6.05 petang tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Allahyarham berumur 62 tahun . Berita sedih itu disahkan oleh adik Allahyarham sendiri iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman Allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan pada malam ini juga.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu. Penyanyi yang juga pelakon filem itu dikenali dengan lagu Nora dan filem seperti Sumber Ilhamku. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat duka ini .

DETIK-DETIK TERAKHIR BERSAMA MENDIANG WHITNEY


Korang sumer sure dah tahu yang upacara pengembumian penyanyi legenda pop tersohor iaitu Whitney Houstan telah pun selesai dilangsungkan . Upacara tersebut berlangsung dalam majlis yang tertutup dan hanya seorang wartawan sahaja yang dibenarkan membuat liputan sehingga selesai majlis tersebut . So disini Sis nak share antara beberapa gambar ketika detik-detik terakhir upacara tersebut yang berlangsung di New Hope Baptist Church.







BOBBY BROWN KENA HALAU

Penyanyi Bobby Brown meninggalkan upacara pengebumian bekas isterinya, Whitney Houston lebih awal selepas mendakwa pengawal keselamatan beberapa kali meminta beliau berbuat demikian dan menghalang beliau daripada bertemu dengan anak perempuannya bersama Houston. Brown dalam satu kenyataan berkata bahawa sebaik saja tiba di majlis itu beliau didekati pengawal keselamatan sebanyak tiga kali yang enggan membenarkan beliau bertemu anak perempuannya hasil perkahwinan dengan Houston, Bobbi Kristina Brown, 18.
Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas perkahwinan penuh pergolakan mereka selama 15 tahun seperti yang dipaparkan dalam sebuah rancangan realiti televisyen, Being Bobby Brown yang menunjukkan hubungan mereka penuh kasih sayang tetapi bermasalah. 

“Saya gagal untuk memahami mengapa pengawal keselamatan mengancam keluarga saya begini dan terus meminta kami dan bukan orang lain untuk meninggalkan majlis ini,” katanya. 
Brown berkata, bahawa Houston yang mati ketika berusia 48 tahun dalam satu kejadian belum terjawab seminggu lalu di sebuah bilik hotel di Beverly Hills pastinya mahukan kehadiran beliau. “Ini adalah hari untuk menghormati Whitney. Saya tidak rasa Whitney mahu melihat perkara ini berlaku. Saya akan terus memberi penghormatan kepada bekas isteri saya dengan cara terbaik yang saya ketahui,” katanya. 

Sementara itu, Brown dalam satu kenyataan yang dipetik E! News mendakwa bahawa beliau bersama anak lelakinya, Landon Brown menerima undangan untuk menghadiri upacara pengebumian bekas isterinya itu tetapi hanya berada di situ selama 20 minit selepas diarahkan pengawal keselamatan beberapa kali untuk keluar. 

Pembantunya, Jeff Allen memberitahu E! News penyanyi itu terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke konsertnya yang dijadualkan pada jam 8 malam. “Saya berada pada upacara pengebumian Whitney dan bercakap dengan Bobby Brown cuba untuk menenangkan beliau dan tidak mengalihkan perhatian majlis pengebumian itu. – Reuters/Agensi



 

HUGGIES CAN HELP YOU TO TRAIN YOUR BABY





















MELIA - ITU BUKAN SAYA




Walaupun baru saja berkecimpung bintang Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimellia, kini sudah terpalit beberapa cerita negatif. Jika sebelum ini, gadis bertubuh genit ini pernah didakwa hamil dan menggugurkan kandungan, kini namanya kembali panas apabila video bogel dikatakan miliknya, tersebar di beberapa portal hiburan.

Tidak mendiamkan diri, Melia menafikan bahawa gadis dalam video itu dirinya.
"Saya rasa ia super impose yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan saya."Saya akui agak terkilan kerana ada pihak suka melihat saya jatuh dalam industri ini dengan melemparkan pelbagai cerita buruk, walaupun saya bukanlah sepopular pelakon lain," katanya 
kepada Zass.

Melia atau nama penuhnya, Noor Melia Aimiellia Zaidi, turut menjelaskan persoalan mengenai persamaan cincin dalam gambar screenshot video yang tersebar di portal hiburan itu. "Saya pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu saya buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah. "Saya juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut. Jadi sepatutnya, orang lain tidak boleh menilai hanya kerana cincin itu. Lagipun wajah wanita dalam screenshot itu jauh berbeza dari saya. Saya tidak kisah mengenai hati dan perasaan saya, tetapi kesianlah pada keluarga yang turut mendapat tempias," katanya.

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan ini, Melia tidak menolak jika isu ini menjejaskan maruah dan kerjayanya dalam bidang seni. "Orang kata, kalau melenting, maknanya betul. Diam juga maknanya betul. Tapi buat masa ini, kalau ada yang tanya saya akan beri penjelasan. "Tetapi jika tuduhan ini melampau sangat, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.

Dalam pada itu, Melia juga sempat mengulas mengenai dakwaan hamil dan menggugurkan kandungan sebelum ini kerana risau menjejaskan maruahnya. Jelas Melia, spekulasi itu tersebar apabila ada seorang dari produksi drama lakonannya menegur bentuk badannya yang kelihatan berisi ketika itu. "Mungkin ada pihak yang dengar dan mengambil serius mengenai perkara itu. Tetapi sejujurnya saya tidak pernah hamil. Cuma badan berisi kerana terlebih makan," katanya. Walaupun diduga pelbagai cerita negatif, Melia berkata, dia tidak berhasrat berundur dari bidang yang sudah diceburi sejak tiga tahun lalu. Katanya, dia percaya rezeki yang diberikan ALLAH SWT dan tidak sesekali berputus asa dengan mudahnya kerana kontroversi seperti itu. 



Sumber dari Sinar