
Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas perkahwinan penuh pergolakan mereka selama 15 tahun seperti yang dipaparkan dalam sebuah rancangan realiti televisyen, Being Bobby Brown yang menunjukkan hubungan mereka penuh kasih sayang tetapi bermasalah.
“Saya gagal untuk memahami mengapa pengawal keselamatan mengancam keluarga saya begini dan terus meminta kami dan bukan orang lain untuk meninggalkan majlis ini,” katanya.
Brown berkata, bahawa Houston yang mati ketika berusia 48 tahun dalam satu kejadian belum terjawab seminggu lalu di sebuah bilik hotel di Beverly Hills pastinya mahukan kehadiran beliau. “Ini adalah hari untuk menghormati Whitney. Saya tidak rasa Whitney mahu melihat perkara ini berlaku. Saya akan terus memberi penghormatan kepada bekas isteri saya dengan cara terbaik yang saya ketahui,” katanya.
Sementara itu, Brown dalam satu kenyataan yang dipetik E! News mendakwa bahawa beliau bersama anak lelakinya, Landon Brown menerima undangan untuk menghadiri upacara pengebumian bekas isterinya itu tetapi hanya berada di situ selama 20 minit selepas diarahkan pengawal keselamatan beberapa kali untuk keluar.

No comments:
Post a Comment