SUPPORT PENAJA

Monday 20 February 2012

PENYANYI VETERAN MENINGGAL DUNIA


Takziah buat keluarga penyanyi era 70an , iaitu Latif Ibrahim bila dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan pemergian penyanyi veteran tersebut yang meninggal dunia pada hari ini sekitar pukul 6.05 petang tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Allahyarham berumur 62 tahun . Berita sedih itu disahkan oleh adik Allahyarham sendiri iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman Allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan pada malam ini juga.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu. Penyanyi yang juga pelakon filem itu dikenali dengan lagu Nora dan filem seperti Sumber Ilhamku. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat duka ini .

No comments:

Post a Comment