SUPPORT PENAJA

Thursday 10 May 2012

GEMPARR !!! VIDEO AHMAD DREAM AJAR JADI MURTAD



Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak Malaysia) membuat laporan polis mengenai klip video yang dimuat naik ke laman web perkongsian video Youtube berjudul “Ahmad’s Dream”, sebuah drama yang memaparkan kisah seorang lelaki tempatan menerima wahyu. 
Pengerusi Tetapnya, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, laporan polis itu dibuat Selasa lalu selepas pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai mengenainya. Beliau berkata, drama yang dibahagikan kepada beberapa episod itu dilihat mengajar bagaimana cara hendak menjadi murtad dan menurutnya, ia dimuat naik kira-kira tiga tahun lalu dengan jumlah penonton sehingga kini melebihi 22,000 orang. Katanya, laporan itu dibuat bagi mendesak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan menyekat penyebaran video itu, di samping mengambil tindakan ke atas para pelakon yang terbabit. — BERNAMA 

IBU BERHATI BINATANG SANGGUP SEKSA ANAK SENDIRI


Apakah dosa anak kecik sehingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa ? Kalau ye pun sedang dalam keadaan tertekan takkan ler nak lepaskan pada insan lemah pulak kan . Namun itulah hakikat sebenar yang mana  isu tersebut kini sedang hebat diperkatakan sehingga menimbulkan kemarahan ramai susulan  dari kisah mengenai seorang wanita yang   bertindak kejam kerana sanggup mendera bayi perempuannya sendiri . 

Tindakan wanita yang seakan tidak siuman tersebut telah dirakam oleh seorang wanita yang konon nya dikatakan pernah cuba untuk menasihati ibu bayi tersebut agar menghentikan perbuatan nya yang suka mendera mangsa namun akhirnya wanita tersebut pula dibelasah . Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain kemudiannya di muat turun ke dalam laman sosial dan disaksikan oleh ramai penonton sehingga menimbulkan rasa kemarahan terhadap ibu bayi tersebut .Namun wanita kejam tersebut hakikatnya telah menerima padahnya dan kini sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu. 


Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita tersebut yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog .

Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain. Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama. Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam. Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.