SUPPORT PENAJA

Friday 2 March 2012

GUNA SUARA KANAK-KANAK TAKTIK BARU PENCULIK



Awas !!! Polis hari ini mendedahkan taktik sindiket culik dan ugut di sekitar Serdang yang memperdengarkan suara kanak-kanak menangis untuk mengugut mangsa mereka. Suara kanak-kanak itu akan diperdengarkan semasa menghubungi mangsa sebagai bukti anak mereka diculik namun sebenarnya penculikan itu tidak berlaku.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang ASP Azani Saufi berkata lebih 10 kes seumpama itu dilapor di daerah ini sepanjang tahun lepas.
Empat kes yang dilapor tahun lepas membabitkan kerugian sehingga RM57,000 apabila mangsa mereka membayar wang tebusan yang diminta, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azani berkata terdapat juga kes yang tidak membabitkan kanak-kanak, satu daripadanya dilapor Mac tahun lepas apabila seorang lelaki kerugian RM30,000 selepas menyerahkan wang kepada sindiket terbabit yang mendakwa anak lelaki mangsa yang berumur 20-an telah diculik.Beliau berkata, sindiket yang dipercayai didalangi rakyat tempatan itu, akan menghubungi telefon rumah mangsa bagi mengelak nombor telefon mereka dikesan.

"Selain itu untuk mengelak daripada dikesan, sindiket itu juga akan membuat temu janji untuk mengambil duit yang dijanjikan di tempat yang tersorok seperti belakang-belakang pasar," katanya yang percaya besar kemungkinan kebanyakan mangsa dikenali sindiket itu.

Azani menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sindiket berkenaan dan terus membuat laporan polis jika berlaku perkara seumpama itu. Sementara itu, Azani juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan sindiket penipuan 'African Scam'.
Beliau berkata pada tahun lepas sebanyak 25 kes dilapor di sekitar Serdang membabitkan kerugian hampir RM600,000 dengan jumlah paling banyak ditipu ialah 138,000 Euro (kira-kira RM500,000) melibatkan seorang lelaki Belanda."Modus operandi adalah sama seperti sebelum ini iaitu berkenalan dengan seorang wanita dan wanita itu berjanji memberikan hadiah namun tersangkut di lapangan terbang dan mangsa harus membayar sejumlah wang untuk mendapatkan hadiah itu," katanya. 

BADAN BERASAP AKIBAT BOM MELETUP DEPAN RUMAH

SIASAT...anggota Unit Forensik polis
 menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.
 
Tindakan seorang wanita mengalihkan kotak kecil misteri di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina bertukar tragedi apabila bungkusan berkenaan meletup secara tiba-tiba, semalam.Letupan itu menyebabkan mangsa cedera parah selepas tercampak beberapa meter dan sebahagian pakaiannya terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi apabila mangsa, Norasyikin Md Esa, 27, mahu mengalihkan kotak itu ketika mahu ke tempat kerja.Mangsa yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya di pekan ini tidak mengesyaki kotak dibalut rapi itu sebenarnya berisi bom buatan sendiri.Adik mangsa, Ahmad Mustafa Md Esa, 20, berkata, ketika kejadian, dia mendengar­ bunyi letupan kuat sebelum bergegas keluar dan mendapati kakaknya terbaring dengan badan berasap dan menggelupur kesakitan.



Norasyikin Md. Isa yang cedera parah akibat letupan bom di hadapan
rumahnya di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, dibawa
ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan, semalam.
“Waktu itu, saya nampak kakak saya sudah terbaring dan mengerang kesakitan. Ketika itu beberapa orang yang kebetulan ada di kawasan sekitar terus menghampiri untuk membantu,” katanya.Menurutnya, dia bersama orang ramai terus membawa masuk kakaknya yang cedera parah di kaki ke dalam kereta untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah.“Sebenarnya sebelum kejadian pagi itu, abang sulung saya sudah menyedari kewujudan kotak berkenaan dan berpesan kepada kami supaya tidak mendekati atau menyentuhnya.

Tapi, disebabkan kakak mahu membuka pintu pagar rumah untuk pergi kerja, dia mungkin mahu meng­alihkannya­,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Ahmad Mustafa berkata, semasa dalam perjalanan ke klinik, kakak memberitahu kotak berkenaan tertera nama abang sulungnya, Saiful Izuan Md Esa, 35, sebagai penerima.“Bagaimanapun, kami tidak pasti sejak bila kotak berkenaan sudah berada di hadapan pintu pagar rumah,” katanya.Mangsa cedera parah di kedua-dua belah kaki, selain cedera di bahagian badan dan muka akibat terkena serpihan letupan kemudian dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Difahamkan, rumah berkenaan didiami mangsa bersama nenek dan tiga beradik lain.

NIAT GADIS NAK BUNUH DIRI GAGAL





Niat seorang gadis berusia 24 tahun di Changsa , China untuk membunuh diri dari sebuah bangunan gagal selepas anggota-anggota polis berjaya menggagalkan rancangannya untuk terjun dari tingkat 32 pada Isnin lalu . Ketika kejadian gadis tersebut dilihat telah  melukakan pergelangan tangan kirinya dengan batu sambil menjerit-jerit  bercakap di telefon . Pihak polis telah berusaha untuk memujuk gadis tersebut selama lebih kurang 3 jam namun gagal sehinggalah tindakan menyelamat secara keras dilakukan .

Tangan, kaki dan paha gadis tersebut yang memakai seluar panjang ditarik masuk ke dalam sebuah tingkap di tingkat 32 bangunan itu oleh beberapa anggota polis.

Insiden yang berlaku lebih tiga jam itu bermula selepas gadis itu bertinggung di atas simen yang terdapat di atas sebuah tingkap. Kemungkinan besar gadis tersebu mahu membunuh diri kerana telah kecewa dengan nasib nya yang tiada pelajaran serta kesunyian tanpa kekasih disamping anggota keluarganya kerap menengkingnya. - Agensi 
















TOL DAPAT DISKAUN 50 %


Berita gembira buat semua pengguna Lebuhraya Cheras-Kajang sebab akan dapat menikmati penjimatan bayaran tol sehingga 50 peratus berikutan pemansuhan bayaran di dua plaza tol, mulai jam 12 tengah malam tadi 1March 2012. 

Pemansuhan bayaran RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala Kajang itu akan memberikan penjimatan kepada 120,000 pengguna harian. Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak depan lebih 10,000 hadirin, termasuk mereka yang sering menggunakan lebuh raya itu pada Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Bandar Sungai Long, dekat semalam. Beliau berkata, penghapusan tol bertujuan mengurangkan beban rakyat yang kerap menggunakan lebuh raya itu, terutama mereka yang berulang-alik beberapa kali sehari. 
“Kalau dulu bayar RM3.80, sekarang bayar RM1.90 saja, iaitu pengurangan 50 peratus dan ini memberi manfaat kepada 120,000 pengguna setiap hari,” katanya sambil disambut sorakan serta tepukan gemuruh hadirin. Perdana Menteri berkata, pemansuhan itu juga bagi memenuhi janji Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan isu berkenaan sejak 2009. Malah, ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Hulu Langat tahun lalu, beliau berkata, BN dan UMNO bahagian melalui ketuanya, Datuk Johan Abdul Aziz, turut membangkitkan isu berkenaan. 

“Ini bukan isu yang dibawa pihak lain. Ia dibawa oleh BN sendiri. Dalam ucapan saya pada majlis itu, saya menyarankan Kementerian Kerjaraya dan menterinya mengkaji kutipan tol bertujuan mengurangkan beban rakyat yang menggunakannya setiap hari,” katanya. 
Sementara itu, tinjauan di Plaza Tol Batu 9 malam tadi mendapati penyokong BN dan pembangkang masing-masing berkumpul di plaza tol berkenaan bagi meraikan pemansuhan tol. Kedua-dua kumpulan mula berkumpul di tepi lebuh raya dan saling bersorak seawal jam 10 malam, sebelum diarah bersurai oleh polis kira-kira jam 12.45 pagi bagi mengelak kejadian tidak diingini.

CAHAYA MALAIKA PERMATA HATI MAWI - EKIN



Akhirnya selepas 2 hari selamat dilahirkan ,  barulah Mawi  sudi nak share gan semua gambar puteri sulungnya yang diberi nama  "Cahaya Malaika " .Cute sangat-sangat kan ..  Pepe pun tahniahla diucapkan buat pasangan celebriti Mawi dan Ekin akhirnya tercapai gak impian nak jadi Ayah & Mak kan ..