SUPPORT PENAJA

Friday 2 March 2012

BADAN BERASAP AKIBAT BOM MELETUP DEPAN RUMAH

SIASAT...anggota Unit Forensik polis
 menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.
 
Tindakan seorang wanita mengalihkan kotak kecil misteri di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina bertukar tragedi apabila bungkusan berkenaan meletup secara tiba-tiba, semalam.Letupan itu menyebabkan mangsa cedera parah selepas tercampak beberapa meter dan sebahagian pakaiannya terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi apabila mangsa, Norasyikin Md Esa, 27, mahu mengalihkan kotak itu ketika mahu ke tempat kerja.Mangsa yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya di pekan ini tidak mengesyaki kotak dibalut rapi itu sebenarnya berisi bom buatan sendiri.Adik mangsa, Ahmad Mustafa Md Esa, 20, berkata, ketika kejadian, dia mendengar­ bunyi letupan kuat sebelum bergegas keluar dan mendapati kakaknya terbaring dengan badan berasap dan menggelupur kesakitan.



Norasyikin Md. Isa yang cedera parah akibat letupan bom di hadapan
rumahnya di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, dibawa
ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan, semalam.
“Waktu itu, saya nampak kakak saya sudah terbaring dan mengerang kesakitan. Ketika itu beberapa orang yang kebetulan ada di kawasan sekitar terus menghampiri untuk membantu,” katanya.Menurutnya, dia bersama orang ramai terus membawa masuk kakaknya yang cedera parah di kaki ke dalam kereta untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah.“Sebenarnya sebelum kejadian pagi itu, abang sulung saya sudah menyedari kewujudan kotak berkenaan dan berpesan kepada kami supaya tidak mendekati atau menyentuhnya.

Tapi, disebabkan kakak mahu membuka pintu pagar rumah untuk pergi kerja, dia mungkin mahu meng­alihkannya­,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Ahmad Mustafa berkata, semasa dalam perjalanan ke klinik, kakak memberitahu kotak berkenaan tertera nama abang sulungnya, Saiful Izuan Md Esa, 35, sebagai penerima.“Bagaimanapun, kami tidak pasti sejak bila kotak berkenaan sudah berada di hadapan pintu pagar rumah,” katanya.Mangsa cedera parah di kedua-dua belah kaki, selain cedera di bahagian badan dan muka akibat terkena serpihan letupan kemudian dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Difahamkan, rumah berkenaan didiami mangsa bersama nenek dan tiga beradik lain.

No comments:

Post a Comment