SUPPORT PENAJA

Tuesday 3 April 2012

SAFEE SALI SAH CERAI TALAK SATU


Sesuatu yang mengejutkan juga ler bila terbaca mengenai penyerang  bola sepak termahal negara yang bergelar jutawan iaitu Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari. Peguam kepada Sabrina, Izura Nashuha Abdul Hadi berkata, dalam prosiding itu, pasangan tersebut bercerai secara baik dan semua isu berhubung tuntutan perkara-perkara lain juga diselesaikan mengikut persetujuan bersama.

Katanya, hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Syasya Sofirna, 2, dan Nur Syaza Syaqina, 4, diberikan kepada Sabrina untuk dipelihara di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Sabrina yang hadir di mahkamah dengan bertudung merah dan berbaju kurung corak bunga ketika ditemui berharap tiada lagi spekulasi berkenaan hubungannya dengan Safee memandangkan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung krisis rumah tangga mereka sebelum ini. "Saya berharap tiada lagi spekulasi diperkatakan kerana saya sendiri bersama keluarga tidak pernah membuat sebarang kenyataan," katanya.

DIRA NAFI SERANG WANITA DI KELAB


Pengacara program televisyen TV3Melodi, Khaidhirah Abu Zahar, 28, atau lebih dikenali sebagai Dira menafikan dia merupakan personaliti yang dikaitkan dengan kes memijak muka seorang wanita di sebuah pusat hiburan semalam.Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan. 

"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini. "Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pengacara rancangan gosip popular dikatakan menyerang seorang wanita yang sedang meraikan majlis hari lahir rakannya di sebuah pusat hiburan dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tinggi.