SUPPORT PENAJA

Tuesday 28 February 2012

SURAT KARANGAN BUDAK SEKOLAH YANG KASI PECAH PERUT

Hai korang sumer ..Camner hari ni .. ok tak mood ??? ..Bagi yang mood cun tu baguihhh ler yer .. tapi camner ler plak kat korang  yang mood hancurrr semacam jer ..Sure wat apa pun rasa tak best jer kan ..Adatler kan ada hari kita OK .. ..dan ada hari kita KO lak kan .. So bagi yang sedang KO tu Sis nak hadiah kat korang beberapa karangan serta surat yang Sis jumpa dan amat berbesar hati nak share gan korang . Harap pas selesai je baca  , mood korang yang sebelum ni dah lemau cam biskut cicah milo tu akan kembali mekar cam bunga matahari ..heehhe ..So apa lagi Jomler layan karangan pecah perut kat bawah nie ..


SURAT PENGAKUAN IKHLAS


KARANGAN PASAL HANTU


KARANGAN MELAMPAU 



KARANGAN YANG BIKIN OTAK SEWEL BILA BACA


SURAT CINTA BUDAK SEKOLAH RENDAH



SURAT MOHON CUTI YANG NTAH PE PE



KARANGAN UNTUK DATUK (1)


KARANGAN UNTUK DATUK (2)






PENGAWAL PERIBADI YANG TAK BOLEH DIHARAP


Hahaha ..Ingatkan dah pasang Body Guard selamat ler dari gangguan peminat yang ade berniat serong dan jahat.. Tapi salah rupanya. Mau tidaknya  Body Guard yang diharap boleh menolong , memangler dia tolong jugak .. tapi tolong lain ..Ishk ishk ishkkkk . Sungguh kurang asam boi punyer jantan .. Tapi  dalam hal nie , Sis nak salahkan kaum Adam jer pun tak leh jugak .. Nama pun jantan kan . Lain ler kalau jantan tu tak tulen .. , ntah - ntah Pak Lebai dan Ustaz pun boleh tergugat  iman ler , kalau berada kat tempat kejadian time tu .. Hehehe.
Insiden malang tersebut menimpa seorang penyanyi wanita yang  boleh  dikategorikan  terkenal  ler jugak kat Lubnan tu.  Tapi korang  kenal tak. ..

Ianya berlaku ketika artis tersebut yang bernama Haifa Wehbe diserbu oleh peminat beliau selepas selesai membuat satu persembahan . Time tu gak  ler Si Body Guard yang  kononnya berniat baik nak selamatkan si Haifa ,  tapi lain lak citer nya bila dia  plak amik kesempatan main touch-touch  si Haifa nie ..  Haa korang tau per terjadi next kat mamat tu .....Itu mamat sudah dapat angpau besar ler  ...Kena Pecat ler maknanya... Hahahah .. Padan Muka Engko ....Sape soh wat kejer tak senonoh tu .



BABAK GANAS DALAM KARTUN YANG KENA "CUT"



Kalau Sis sebut jer pasal watak-watak kartun dalam Warner Bros sure korang akan teringat tentang watak-watak yang comel sangat kan . Lonney Tunes dengan Bug and The Gang , Cayote dengan Road Runner nyer , Daffy Duck dan paling Sis suka watak Tom & Jerry .. Dan kalau korang perasan ler ,  yang paling menjadi trademark setiap watak tersebut adalah scene buli membuli . Betol tak ?? .. Bagi yang layan citer-citer kartun sure tau sangat dah kan  pe yang Sis dok bebel ni.. Ehehe .. Haaa ..Tapi pernah tak korang terbayang ,  di samping scene  buli membuli ni , sebenarnya  ada  babak-babak yang lebih sadis dan mengerikan tau.. Ada part berdarah - darah ler weyyy ... Tapi jangan risau sebab sumer scene tersebut telah pun diCUT ..  yela sah-sah amatlah  tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kan.  So kalau tak caya wujudnya scene tersebut .. scrool ler down k ..  .

RELAX JE MAKAN AYAM HIDUP-HIDUP

Daging ayam memang menjadi makanan kegemaran ramai especially KFC ler  kan..hehehe . Yela sebab sure ada antara korang-korang nie yang kalu tak dapat makan ayam cam tak lengkap jer menu  .. Dan-dan tu terus hilang selera makan . Yela daging ayam nie kan cam-cam lauk leh kita wat  .. Leh wat masak rendang ( hmm terliur jap....nyum nyumm ), leh wat masak kari , leh wat sambal dan kalau goreng jer pun sodap . Hehehe .. Oppss .. terbabas sudah .. Nie bukan rancangan masak-memasak yer yang Sis nak share gan korang sumer nie . Tapi ni berkenaan dengan satu tabiat yang bagi Sis punyer ler amat pelik binti kejam . Nak tau kenapa Sis sebut camtu . Mau tak nyer pernah tak korang terfikir dalam otak bijaksana korang tu adale seorang makhluk Allah nie dengan selamber dek jer leh makan ayam camtu jer .. Tangkap terus ngap.. Dah rupa binatang buas pun ade . Ntah species big foot kot pompuan nie .. Ayam yang ditangkap akan terus digigit kemudian dimakan tanpa disembelih terlebih dahulu jauh sekali nak dibuang bulunya . Bayangkan ler darah yang tersemburr dari ayam tu ..Ishkk tak leh nak cakap camner ler  .. Dah penuh satu muka pompuan tu .. Seram sehhh. Awatler engko nie kejam sangat pompuan oii.. Tapi yang Sis lagi pelik ialah bila lihat gambar pompuan nie rupa cam saudara seislam kiter jer .. Bukan ke dalam islam ada  wajib kan semua binatang hidup nie perlu disembelih dulu sebelum pk nak buat lauk .. Nie dah apa kes !!!! ..Hmmm kejadian ni berlaku di negara jiran kita Indonesia jer pun , dan nama pompuan perangai tak senonoh tu adalah Miskaulah berusia 38 tahun , berasal dari Dusun Janganasem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabon, Sidoarjo, Indonesia. So jom layan picture yang Sis share nie .. 

PEMINAT MISTERI AKHIRNYA DITANGKAP


LELAKI yang menjadi peminat misteri
ditahan di Balai Polis Wangsa Maju,
Misteri kiriman nota tertulis ayat-ayat cinta serta tiga ekor ayam hidup yang diterima seorang setiausaha sebuah syarikat swasta sejak dua minggu lalu, akhirnya terbongkar hari ini.Ini setelah individu yang dikatakan menghantar nota tersebut serta tiga ekor ayam kampung yang dipelihara kepada wanita tersebut ditahan di rumahnya di Setapak Jaya, kira-kira pukul 1 petang ini. Lebih mengejutkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd. Hisyam, 34, adalah jiran kepada wanita itu dan dikenali mangsa kerana tinggal tidak jauh dari rumah setiausaha berkenaan.

Difahamkan, suspek yang sudah berkeluarga dan mempunyai tiga anak itu berbuat demikian setelah menyangka mangsa ialah pelakon terkenal Diana Danielle kerana berkulit cerah dan seperti berdarah kacukan. Mohd. Hisyam yang ditemui pemberita di Balai Polis Wangsa Maju di sini mendakwa, dia dan mangsa yang disangkanya Diana Danielle sering berbalas komen di Twitter sehingga nekad untuk mengenalinya lebih dekat.


Dia yang tidak bekerja turut mendakwa mengenali ‘Diana Danielle’ sejak beberapa tahun lalu, sebelum wanita itu mula dikenali ramai. “Saya telah lama berkawan dengan ‘Diana Danielle’ dan ikatan persahabatan itu semakin kuat apabila kami sering berbalas komen di Twitter.

“Malah dia juga sering memberi gambaran kepada saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Itu menyebabkan saya menghantar pelbagai jenis hadiah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dia meminati ‘Diana Danielle’ kerana pelakon itu cantik serta berdarah kacukan.
Mohd. Hisyam memberitahu, tujuan dia memberi tiga ekor ayam hidup kepada ‘Diana Danielle’ adalah sebagai hadiah daripada seorang peminat setia.

“Ayam-ayam hutan itu sebenarnya saya pelihara untuk dijual tetapi tidak laku. Oleh itu saya ambil keputusan untuk memberikan ia secara percuma sebagai hadiah kepada ‘Diana Danielle’,” katanya.

Mohd. Hisyam ditahan berikutan laporan seorang wanita yang trauma apabila menerima nota berbentuk hati tertulis ayat cinta, seluar dalam lelaki dan ayam hidup di rumahnya di Wangsa Maju. Selain nota yang ditujukan kepada artis Diana Danielle, kiriman itu turut menyebut nama penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.

NIAT UNTUK MENCABUL SANGGUP MENYAMAR JADI DOKTOR


Macam-macam hal manusia nie kan . Nie berkaitan dengan taktik untuk meyakinkan mangsa bahawa dia ialah seorang doktor , seorang lelaki iaitu Ng Ban Keong 55 , sanggup menyamar dengan   stetoskop yang sentiasa dilihat tergantung di leher, walaupun hakikatnya  ia cuma fon telinga untuk telefon bimbit . Selain itu  termometer dan sarung tangan pembedahan juga kerap dibawa bagi melengkapkan lagi misi penyamaran tersebut. Antara 2004 dan 2010, bekas pengurus sumber manusia menjadikan tujuh gadis sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu seksnya.Dia mencari kanak-kanak berusia antara sembilan dan 12 tahun kerana mereka “mudah percaya dan menurut kata.”


Ng mengaku bersalah di Mahkamah Daerah semalam atas kesalahan seksual. Dia mengaku bersalah dalam tiga tuduhan pencabulan dan satu tuduhan serangan seksual terhadap remaja berusia 14 tahun ke bawah. Enam lagi dakwaan termasuk mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual dan menyimpan video lucah, akan dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan. Ng memulakan jenayah itu pada 13 September 2004.

Dia terlihat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjalan kaki dari sekolahnya di flat Clamenti tengahari itu dan menghampirinya. Mereka berdua masuk ke dalam lif bersama-sama dan dia berpura-pura untuk melihat sebuah rumah di tingkat enam, lalu meminta kanak-kanak itu menunjukkan arah.  Ketika mereka berjalan ke arah tangga, Ng menipu kanak-kanak itu dengan mengaku dia seorang doktor dari Kementerian Kesihatan. Ketika tiba di tingkat lima, Ng berkata dia akan membantu untuk memeriksa tubuhnya.

Ng kemudian mencabul kanak-kanak itu. Apabila pulang kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya dan mereka membuat laporan polis.

SENGSARA SELEPAS BERHIJRAH



Akibat cinta seorang wanita tempatan berasal dari Melaka sanggup mengikut kekasihnya seorang warga Nigeria berhijrah ke  Amerika Syarikat (AS) untuk berkahwin namun ianya berakhir dengan penderitaan apabila dia menjadi mangsa dera dan ketagih kepada pengambilan dadah. 

Mangsa yang berusia 33 tahun dikatakan bertemu dengan lelaki warga Afrika itu di Malaysia kira-kira 10 tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke AS. Di sana, pasangan itu dikatakan hidup sebagai suami isteri sehingga memperoleh dua orang anak. Bagaimanapun, wanita itu  terpaksa menyerahkan dua anaknya kepada sepasang suami isteri di AS apabila suaminya ditahan polis atas kesalahan memiliki dadah.

Menurut sumber, sejak berhijrah ke AS, mangsa tidak pernah pulang ke Malaysia kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Lebih memburukkan keadaan, wanita itu dikatakan menjadi mangsa dera suaminya dan terlibat dalam penagihan dadah. Sumber berkata, hasil pemeriksaan di Pejabat Kedutaan Malaysia di AS mendapati, pasangan itu mendaftarkan perkahwinan mereka.

"Bagaimanapun beberapa bulan lalu, suami wanita itu ditahan polis kerana memiliki dadah menyebabkan mangsa hidup dalam keadaan tertekan dan kini mengalami tekanan mental," katanya ketika ditemui wartawan.

Menurut sumber itu, mangsa ditemui berseorangan tanpa makanan dan bekalan elektrik di apartmen yang disewa pasangan itu kira-kira dua minggu sebelum ia disedari jiran mereka.
Keprihatinan jiran mangsa, kata sumber, membawa wanita itu ke sebuah pusat penjagaan berhampiran.

"Mangsa yang berasal dari keluarga miskin tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke Malaysia. Lebih menyedihkan, kematian bapanya bulan lalu juga masih belum diketahui wanita itu berikutan tekanan mental yang dialaminya," kata sumber tersebut.


Sumber dari Utusan Malaysia

LELAKI KRITIKAL AKIBAT DI BAKAR HIDUP HIDUP

Kejam !!!! .. Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun menempuh saat-saat paling menakutkan bila dia disyaki dibakar hidup-hidup oleh 3 orang lelaki yang dikenalinya . Akibat kejadian yang berlaku di Sg.Tengi , Gedangsa mangsa iaitu Muhammad Syahirudin Mohd. Shauki terbakar 80 peratus badannya dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh. .

Kejadian pukul 6.30 pagi itu menimpa  Syahirudin  apabila dia dikatakan dibawa menaiki sebuah kereta oleh tiga lelaki  dari rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya ke Gedangsa. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 89 kilometer. Difahamkan, selepas dibakar, mangsa sempat melompat ke dalam longkang bagi memadam api dan berlari sejauh 400 meter untuk meminta bantuan salah seorang penduduk di Kampung Sepakat iaitu seorang suri rumah berusia 50 tahun . Menurut surirumah tersebut iaitu R Selvakodi ketika kejadian , dia terlebih dulu terdengar salakan anjing yang kuat sebelum diikuti suara orang meminta tolong di depan rumahnya.


“Seluruh badan dan muka lelaki itu terbakar. Kulitnya menggelupas dan kehitaman, malah rambutnya juga terbakar. Dia menggigil minta diberikan air kerana kehausan.
Dia merintih kesakitan dan merayu diberikan air kerana kehausan,” kata suri rumah, R Selvakodi, 50, menceritakan bagaimana dia membantu Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, yang dibakar hidup-hidup, pagi kelmarin.

Mangsa kemudian telah diberi tiga tin air soya, air mineral dan roti oleh penduduk tersebut selepas kasihan melihat keadaannya ketika itu . Ketika ditemui dia hanya memakai seluar pendek. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan mendapati mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.

“Berdasarkan maklumat awal, kita percaya mangsa dibakar di dalam ladang sawit Sungai Tengi, Gedangsa. Dia kemudian dapat melarikan diri sebelum meminta bantuan seorang penduduk di Kampung Sepakat,” katanya ketika dihubungi.Tambahnya, siasatan lanjut menemui baju mangsa di pembahagi jalan kira-kira lapan kilometer menghala ke tol Bukit Tagar. Bagaimanapun seluar panjang mangsa tidak ditemui.Menurut Norel Azmi, laporan doktor mengatakan mangsa disimbah petrol sebelum dibakar dan kes cuba bunuh itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Sumber dari MyMetro

KEJADIAN ALAM YANG AMAT MENAKUTKAN


 Dust Storm – China (April 2001)



Undersea Volcano – Tonga (March 2009)




Mount Merapi Volcano – Indonesia (Nov 2010)



Eyjafjallajokull Volcano – Iceland (April 2010)




Forest Fire – Dolginino, Russia (Aug. 2010)



Undersea Volcano – Coast of Tonga (March 2009)



Double Cyclone – Iceland (Nov. 2006)



Flooding (from Typhoon ‘Ketsana’) – 

Manila, Phillippines (Sept. 2009)



Tornado – Oklahoma, United States (May 2010)



Hurricane Felix – Honduras (Sept. 2007)



Lightning Strike – New York City (2010)



Lightning Storm – Roswell, New Mexico (July 2010)



Storm Clouds – South Dakota, United States (2009)



Chaiten Volcano – Chana, Chile (May 2008)



Tornado – Iowa, United States (June 2008)



Eyjafjallajokull Volcano – Iceland (April 2010)



Chaiten Volcano – Chana, Chile (May 2008)