SUPPORT PENAJA

Tuesday 24 January 2012

TRAGEDI BERDARAH DI KAMPUNG BARU


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas selama enam jam apabila menjadi tebusan seorang lelaki disyaki penagih dadah di rumahnya di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, di sini semalam 23 Januari 2012.Dalam insiden cemas bermula pukul 9.50 pagi itu, suspek berusia 34 tahun yang dalam keadaan separuh bogel menceroboh masuk ke dalam rumah itu sebelum mengambil pisau di dapur dan mengugut mencederakan mangsa, Fifi Ramadhani Safruddin.
Pihak polis yang tiba di tempat kejadian pada pukul 10 pagi mengambil pelbagai langkah bagi memujuk mangsa termasuk menggunakan khidmat pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain memanggil teman wanita suspek. Selain itu, polis turut menawarkan makanan segera kepada suspek seperti Kentucky Fried Chicken dan McDonalds selain minuman tetapi gagal.Sepanjang tempoh tebusan itu, polis hanya berkomunikasi dengan mangsa menerusi pintu bilik dengan kanak-kanak tersebut yang hampir setiap masa diacukan pisau ke dadanya oleh suspek.

Drama tebusan tersebut bagaimanapun berakhir pada pukul 4.10 petang apabila sepasukan polis dipercayai dari unit khas dipanggil lalu menyerbu masuk ke dalam bilik itu dan melepaskan empat das tembakan yang mengenai suspek. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.Suspek mati ketika dalam perjalanan ke hospital untuk rawatan. 
“Tiga daripada tembakan itu mengenai rusuk kiri suspek dan dalam masa sama, kita berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. 
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dihantar ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.Kata Zulkarnain, semasa dalam tempoh enam jam kejadian tebusan itu, suspek tidak membuat sebarang tuntutan lain, kecuali meminta sejumlah dadah jenis syabu.
Polis bagaimanapun enggan memenuhi permintaan tersebut kerana menyalahi undang-undang.Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berasal dari Sabah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun di daerah Dang Wangi.
Sementara itu, menurut bapa mangsa, Safruddin Marlis, 47, dia berada dalam bilik semasa suspek menceroboh ke ruang tamu rumahnya.Saya panik apabila melihat suspek dalam keadaan separuh bogel itu bertindak mengugut akan membunuh anak saya sekiranya saya bertindak melakukan sesuatu.“Memandangkan keadaan saya yang kurang upaya, saya tidak dapat berbuat apa-apa semasa dia mengheret anak perempuan saya ke bilik belakang, katanya yang menggunakan kaki palsu kerana kudung.



Safruddin memberitahu, kesemua ahli keluarganya di rumah itu termasuk isteri, seorang anak dan dua anak saudaranya dapat melarikan diri semasa suspek menceroboh masuk kecuali dia yang hanya keluar dari rumah itu selepas ketibaan polis.Katanya, dia telah tinggal di kawasan itu sejak 15 tahun lalu dan tidak menyangka kejadian tersebut boleh menimpa keluarganya.

Dalam pada itu, menurut seorang saksi, Azhar Osman, 47, sebelum kejadian tebusan tersebut berlaku, dia melihat suspek berkenaan mundar-mandir dalam keadaan separuh bogel di Stesen LRT Kampung Baru.“Saya telah menyuruh suspek untuk memakai baju dipegangnya tapi dia kemudian menghilangkan diri, saya tidak menyangka pula dia akan menceroboh rumah orang dan menjadikan kanak-kanak sebagai tebusan,” katanya.

FUYOO ..KESAN POSITIF DAN NEGATIF PERMAINAN VIDEO

Ramai yang memperkatakan tentang baik buruk permainan video dan internet masa kini. Terdapat juga laporan yang menyatakan permainan video lebih menjurus ke arah perilaku negatif anak-anak dan remaja jika tidak dikawal. Baru-baru ini, seorang saintis telah menerbitkan hasil kajiannya tentang kesan positif dan negatif permainan video di kalangan kanak-kanak dan remaja.    Douglas Gentile berkata penyelidikan yang dilakukannya bersama kumpulannya telah mendapati ada kesan negatif dan positif daripada bermain permainan video. Profesor bidang psikologi Universiti Iowa State menyatakan contoh kedua-duanya dalam satu artikel terbarunya Nature Reviews / Neuroscience terbitan Disember 2011.



Dalam artikel “Brains on Video Games”, enam orang pakar memberikan penjelasan terkini mengenai kesan negatif dan positif permainan video yang boleh menjejaskan kognisi dan tingkah laku. Melalui maklumat tersebut ia boleh dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pemulihan.                           

“Kesemua enam penyelidik daripada empat kumpulan kajian yang berlainan menulis perspektif untuk artikel ini — semuanya bergantung antara satu sama lain, tetapi tumpuan diberikan kepada berbagai isu,” kata Gentile, yang bertugas di di Makmal Kajian Media di Iowa State. “Apa yang paling berharga ialah, hasil kajian mendapati permainan video bukanlah sesuatu yang negatif walaupun ia turut menyumbang kepada masalah, namun ia juga boleh mendatangkan faedah-faedah tertentu.”Kesan Positif Permainan Video". 

Dalam artikel tersebut, Gentile menyatakan penyelidikan telah menunjukkan yang permainan video boleh mendatangkan kesan positif. Satu kajian yang dilakukan oleh dua orang penyelidik bersama iaitu Daphne Bavelier and C. Shawn Green dari Universiti Rochester (N.Y) untuk permainan perang dan tembak-menembak “Unreal Tournament” mendapati yang kemahiran dan tumpuan pemain-pemain meningkat dengan bermain permainan tersebut.
“Jika kandungan permainan video dipilih dengan bijaksana dan tujuan untuk mendidik, ia sebenarnya boleh meningkatkan beberapa kemahiran yang lain” tambah Gentile. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia lebih kepada alat-alat pengajaran yang yang berfungsi mendidik anak-anak berbanding daripada apa yang kita bayangkan. Dan fungsi peralatan video tersebut boleh menjadi baik atau sebaliknya.”
Gentile juga mendokumentasi kesan negatif kajian tersebut. Ada yang berpendapat kebanyakan daripada kesan yang dilaporkan merupakan kesan pendidikan di peringkat awal. Beliau memetik analisis paling komprehensif yang dijalankan sehingga kini — yang diketuai oleh rakan sejawatnya yang juga pakar psikologi. Tinjauan tersebut melibatkan 136 kertas kerja yang memperincikan 381 ujian bebas melibatkan 130,296 peserta penyelidikan.
Hasil penemuan menunjukkan, bermain permainan video yang melibatkan keganasan membawa kepada peningkatan kelakuan sifat tidak peka persekitaran, fisiologi yang tidak seimbang, perlakuan dan tabiat agresif. Ia juga mengurangkan keinginan pemain untuk bersosial di alam nyata.


“Hasil ujikaji permainan video yang boleh menyebabkan kegiatan jenayah atau keganasan fizikal yang serius adalah lemah berbanding bukti bahawa permainan menambahkan sikap agresif yang berlaku setiap hari di sekolah. Sebagai seorang ahli psikologi, saya mengambil berat tentang sikap agresif setiap hari (lisan, hubungan dan fizikal), manakala pengkritik-pengkritik lebih berminat kepada melihat kesan negatif dari hasil ujikaji ini” Gentile menulis.

Mengikut laporannya, tidak terdapat banyak kajian tentang bagaimana bermain permainan video menjejaskan perhatian yang diperlukan dalam bilik darjah. Tetapi yang ada cuma — termasuk dua yang dijalankan di Iowa State — menyatakan ada kaitan antara permainan video dan masalah tumpuan di sekolah.



Ketagihan Permainan Video


Gentile juga memberi fokus kajian tentang ketagihan permainan video dalam artikel tersebut. Sebagai tambahan kepada kedua-dua penanda aras kajian berkenaan patologi permainan video. Beliau menulis kini terdapat skor kajian yang menunjukkan yang corak masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain permainan video dan internet menyamai masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan atau ketagihan judi. 

Beliau menegaskan bahawa permainan video ini dapat menyumbang ke arah kemajuan dalam pembelajaran, terutamanya sejak ia didapati boleh digunakan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Namun begitu, Gentile berkata yang jumlah wang dibelanjakan untuk permainan berpendidikan sangat kecil berbanding jumlah yang dibelanjakan untuk permainan hiburan komersial. Ini disebabkan kebanyakan permainan pendidikan adalah tidak begitu menarik perhatian pengguna, tidak menyeronokkan atau tidak sebaik kualti permainan yang berada di pasaran” ujar beliau.

Dengan memberikan semua kesan yang berbeza permainan video dan internet terhadap pemikiran seperti dinyatakan dalam artikel, Gentile berharap ia boleh mengurangkan sedikit pemikiran negatif dan dikotomi dalam bidang penyelidikan permainan video.

Beliau membuat kesimpulan bermain permainan video bukanlah sesuatu yang positif atau negatif. Penyelidikan sedia ada menunjukkan bahawa ia merupakan alat pengajaran yang berkesan, oleh itu ibubapa atau penjaga perlu memilih permainan yang berpotensi ke arah kebaikan dan mensasarkan untuk memaksimumkan kelebihannya sambil mengurangkan potensi yang merosakkan.



FUYOO.. DETIK CEMAS DI MOGADISHU


Sukarelawan MERCY Malaysia dalam misi bantuan di Somalia, tergamam dan berdepan detik cemas seketika apabila sedas tembakan rambang dilepaskan berdekatan konvoi pacuan empat roda mereka ketika melalui kawasan Hamar Wayne, kelmarin.

Ketika insiden 12.10 tengah hari itu, konvoi tiga kenderaan itu sedang melepasi jalan belakang bekas bangunan Bank Negara Somalia bagi membuat tinjauan di sekitar Mogadishu.           
Bagaimanapun, semua lapan Konvoi MERCY Malaysia yang diketuai Naib Presiden 
MERCY Malaysia, Norazam Ab Samah, ketika itu sedang meninjau sekitar Mogadishu bagi membolehkan empat wakil media dari New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima Berhad (Media Prima) merekodkan visual sekitar kawasan itu.Sebelum itu, wakil media terbabit meninjau program bantuan pemakanan tambahan bagi kanak-kanak kurang zat dan program psikososial Child Friendly Space MERCY Malaysia di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak (MCH) Medina, enam kilometer dari lokasi insiden. Mereka kemudian bergerak ke pejabat Muslim Aid Somalia untuk makan tengah hari sebelum meronda sekitar kawasan Hamar Wayne bagi merekodkan visual dan gambar bagi tujuan dokumentasi.Pegawai Perhubungan MERCY Malaysia di Somalia, Yasir Mohamed Baffo, yang berada dalam kenderaan penulis berkata, kenderaan kawalan di belakang konvoi mengesahkan ia tembakan rambang. 
“Ia tembakan rambang dan bukan disasarkan kepada konvoi MERCY. Jangan bimbang, semua langkah keselamatan sudah diambil,” katanya.

Tembakan rambang ke udara adalah biasa di Mogadishu, tetapi pertempuran antara puak bersenjata boleh berlaku pada bila-bila masa. Malah, sukar bagi individu asing mengenal pasti seseorang yang mempunyai senjata di jalanan sama ada anggota pasukan keselamatan atau sebaliknya, memandangkan tiada pakaian seragam khas untuk polis dan tentera.

Sebelum pengunduran puak penentang Al Shabaab pada Ogos lalu, keselamatan di kebanyakan kawasan di Mogadishu berada pada tahap lima, iaitu zon aktif perang yang amat bahaya untuk petugas kemanusiaan dan media.
Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menurunkan tahap keselamatan di beberapa kawasan sekitar Mogadishu kepada empat, yang memerlukan mana-mana NGO asing bergerak dengan pengawal bersenjata di kawasan dikuasai tentera kerajaan sementara dan pasukan pengaman Kesatuan Afrika (AU).

Sepanjang di Mogadishu, penulis mendapati bunyi tembakan dan letupan adalah biasa kerana beberapa kawasan seperti di Karaan masih zon aktif perang, yang menyaksikan pertempuran antara puak penentang dan tentera kerajaan.

KENCING TIKUS BOLEH MEMBAWA MAUT ..


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang lagi artis kita iaitu Izwan Pilus yang mana dikatakan berpunca dari jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan virus kencing tikus atau nama saintifiknya leptospirosis dan mana ianya juga dikatakan menjadi punca kematian 
personaliti radio dan tv popular, Allahyarham Din Beramboi .  Memang amat bahaya  kencing tikus ini kan . Ramai antara kita sebenarnya tak mengetahui atau mengambil mudah tentang wabak yang boleh membunuh dalam senyap ini. So disini Ceciter nak share skit dengan uolls berkenaan  fakta wabak yang telah banyak meragut nyawa ini moga ianya boleh dijadikan panduan agar kita, keluarga serta orang tersayang akan lebih berhati-hati.   Adakah ianya sejenis penyakit yang memang berpunca dari tikus ataupun ianya adalah serangan biologi yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak  bertanggungjawab .

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.Pada Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.




Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.
Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ 
“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.
Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. 
Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.
Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya. 
Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak  (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

FUYOO.. SERINA SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KE 2




Pepe pun jutaan tahniah ler Ceciter nak ucapkan buat Chef Wan kerana dikurniakan seorang lagi cucu . Ini kerana anaknya Serina telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal dengan berat bayi comel tersebut 3.3kg. Dengan kelahiran tersebut Serina merupakan selebriti pertama yang mendapat anak di Tahun Naga ini.. 

Sebentar tadi ayah Serina, Chef Wan telah pun mengupdate status Facebooknya dengan memberikan khabar gembira tentang kelahiran cucu keduanya yang diberi nama Isabella  Saffiya. 


Datuk Chef Wan memberi gambaran kepada peminatnya tentang Isabella yang memiliki kulit cerah, lebih cerah berbanding abangnya Tristan, rambut hitam lebat dan bibir merah. Beliau sangat bersyukur kerana Serina dan Isabella selamat dalam proses bersalin itu.


FUYOO.. HAARP PUNCA MALAPETAKA DAN BUNYI ANEH MENGEMPARKAN DUNIA



Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kejadian 'bunyi aneh dan menakutkan dari langit '. Malah di negara kita juga tidak terkecuali bila bunyi tersebut boleh didengari di Kota Samarahan, Sarawak sehingga mendapat liputan dari seluruh dunia.Bunyi yang serupa juga dilaporkan pernah kedengaran di beberapa negara yang lain .



Insiden tersebut telah menyebabkan ramai yang gelisah dan ingin mencari jawapan di sebalik misteri bunyi aneh tersebut sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi dibuat oleh ramai pihak. Selain dari bunyi aneh 
yang kedengaran kita juga pernah dikejutkan dengan kejadian berjuta-juta ekor burung yang rebah mati ke bumi serta berjuta-juta tan ikan dijumpai mati dilaporkan dibeberapa tasik sungai serta laut dikebanyakan dunia . Disini Ceciter ingin berkongsi beberapa data dan penjelasan yang Ceciter kaji dari laman web serta Youtube antarabangsa yang memang agak mengejutkan . Diharap dengan ini kita sesama dapat mendapat beberapa gambaran serta teori serta penjelasan yang agak mengemparkan yang selama ini menjadi tanda  tanya kepada seluruh masyarakat dunia khusus nya kita di Malaysia .

Antara teori yang paling terkenal dan paling mengejutkan ialah ianya dikatakan punca berlakunya insiden itu ialah disebabkan Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP).
HAARP adalah merupakan program penyelidikan saintifik berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).DARPA pula dikenali sebagai sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bertujuan untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. 




Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih yang dikenali sebagai Ionospheric Research Instrument(IRI).IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia. HAARP bagaimanapun dikatakan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut sehingga kini. 


Program yang bermula sejak tahun 1993 itu sering dikaitkan sebagai penyebab kepada beberapa insiden bencana alam oleh beberapa saintis ekoran aktiviti-aktiviti program tersebut yang menjadi tanda tanya ramai pihak. 






Penyiasatan ke dalam pengubahsuaian Cuaca & ​​Gempa Bumi oleh Dr Rosalie Bertell


Namun sehingga kini, tiada pihak yang mampu memberikan bukti kukuh atas dakwaan tersebut dan HAARP kekal sebagai sebuah program yang ‘misteri’.