SUPPORT PENAJA

Saturday 4 February 2012

FOTO FAMILY YANG MEMALUKAN BERSAMA PETS






Mengambil gambar foto kenangan beramai-ramai memang suatu yang mengembirakan bukan . Tambahan pula bila boleh dikongsi bersama anak cucu kita bila dah takde nanti . Tapi pernah tak uolls amik gambar dengan kucing , anjing , burung atau aper-aper pets ler yang uolls ade .Kalu comel takpe..Leh le senyum panjangkan.Tapi kalau time amik gambar tu tersnap ler plak babak yang aduahaiii  malunya...So jom nengok sebahagian foto yang mungkin ler akan ada feel cmtu . 
Kes lemaskan anak kucing. .

Nie kes pakat mati ramai-ramai ke  .

Foto terakhir sebelum tragedi dalam periuk ..

Mungkin nie anak sulung family .

Ade ler yang hilang telinga nie  kang .

Yang nie NO KOMEN .

Sian nengok muka anjing tu . Sabar yer ..Sure dah senak kena tonggeng .

Tengah tunggu Pink Panther datang lak pasni posing sesama. 

Aduhaiii banyak nyer spot ..dah rupa anjing kan .

Nie ape ke hal ler plak wat keje tak senonoh ni ..!!!















MAIN GAMES SAMPAI TERBANG NYAWA




  Alamak risau ler plak bila terbaca berkenaan seorang  lelaki Taiwan dilaporkan mati, selepas bermain permainan komputer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet, kelmarin.Sian betol ler keras camtuje badan dia time tu 


Menurut laman web berita Apple Daily, anggota polis menemui mayat Chen Rong-yu, 23, tersembam pada kerusi dengan kedua-dua tangannya kaku di papan kekunci dan tetikus di kafe Internet di Taipei. Seorang pekerja di kafe Internet itu berkata, Rong-yu datang ke kafe tersebut lewat Selasa lalu dan duduk di hujung terminal komputer. Jelasnya, tindakan Rong-yu yang kerap berehat menyebabkan pekerja kafe menyangka dia sedang tidur

Pada malam berikutnya, seorang pekerja wanita cuba mengejutkan Rong-yu tetapi mendapati badannya sejuk lalu menghubungi polis.
Sementara itu, keluarga mangsa berkata, Rong-yu pernah menerima rawatan bagi masalah jantung pada September lalu.
Polis masih menyiasat punca kematian Rong-yu tetapi mengesyaki keletihan, kekurangan pergerakan dan cuaca sejuk menyebabkan darah beku dan serangan jantung.Rong-yu dipercayai sedang bermain permainan League of Legends yang dicipta oleh Garena, sebuah syarikat perkhidmatan permainan yang berpangkalan di Singapura. - DPA

LENYEK KERETA ISTERI LEPAS GERAM SEBAB CEMBURU


Aduhai macam-macam ler kan . Cemburu punya pasal sampai penyek kereta isteri sebab kena lenyek dengan lori 3 tan yang dipandu oleh sang suami. Nasib baik ler si isteri tak penyek skali . Tak pasal-pasal terpaksa kena cari isteri baru lagi nanti .Duit gak tu .Yela nak kena wat majlis lagi Hehehe .Soweey ekk gurau jer . Nie berkenaan dengan kejadian yang berlaku di Sg.Buloh bila seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan 
lelaki lain bertindak ‘gila’ apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya beberapa kali sehingga 

Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu.“Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air.



Sumber dari Harian Metro

REZEKI ANUAR DAPAT RM18,859



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi, Anuar Zain.Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya.

Semalam ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya. Kedua-dua album itu menggunakan namanya sebagai judul.Peguam yang mewakili Anuar, Aizul Rohan Anuar hadir di mahkamah, namun, penyanyi itu dan wakil daripada Syncrosound tidak hadir. Dalam penghakimannya, Nurul Nadzia berkata, jumlah royalti sebanyak RM18,859.38 itu dikira daripada jumlah album yang dijual dari unit 15,000 sehingga unit terakhir yang dijual dan bukannya dikira dari unit pertama penjualan album itu.


"Mahkamah mengguna pakai perkiraan royalti yang dibayar kepada plaintif (Anuar) dalam mengira royalti yang perlu dibayar dan setelah meneliti perkiraan itu, mahkamah mendapati bahawa royalti sebanyak 10 peratus hanya akan dibayar bagi unit yang terjual dari 15,000 ke 29,999," katanya.
Selain itu, mahkamah juga mendapati dalam perkiraan royalti itu, tiada apa-apa rujukan dibuat terhadap penolakan kos produksi dan perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat rakaman itu.Nurul Nadzia berkata, dalam memutuskan jumlah royalti itu, mahkamah tidak mengambil kira hujahan defendan bahawa kos produksi dan perbelanjaan adalah lebih tinggi daripada royalti yang telah dibayar kepada Anuar kerana tiada keterangan yang diberikan oleh defendan bagi menyokong kenyataan itu.






Sumber dipetik dari  Kosmo

NASIB CELEBRITI BARAT JATUH TERGOLEK


Sis percaya uolls sure pernah mengalami keadaan yang memalukan dalam hidupkan  . Even Sis sendiri bab jatuh-jatuh nie dah memang dah tak terkira ler tau. Macam-macam aksi tergoler ler time tu . Tapi yang paling tak leh Sis lupaler bila terjatuh dalam longkang area benteng makan lagi tau . Malu time tu jangan cakap ler . Tebal muka time tu mau setebal  tembok China ler kot. Haha. Uolss tu lak jangan ler nak cover tak pernah jatuh . Lain le uolss tu species Cicak Man melekat jer kaki tangan tu. Haha. Sure time tergolek tu uols sure usha  kiri kanan dlu kan mana ler tau ada yang dok pandang . Mau nyer malu kan 
So kat sini Sis nak share ler beberapa aksi atau stunt yang tak disengajakan dek hasil dari artis kat Barat tu. Sumer nyer spontan tau . Bukan niat nak memalukan sesape tapi just nak tumpang simpati jer gan they olls . Sure kalu Sis ade kat situ pasti Sis cepat jer tolong ..Tolong tengok jer kot..Hahah..Yela depa tu sape mana leh dok dkt. Kang tak pasal-pasal kena debik lak dengan Bodyguard theyolls yang gagah cam Badang tu .





Brad Paisley (Charleston, South Carolina 2010)



Jennifer Lopez (American Music Awards, 2009)




Scott Weiland from Stone Temple Pilots (Houston, Texas 2010)



Beyoncé (Orlando, Florida 2007)




Darren Kriss (Washington, DC 2011)




Lady Gaga (Houston, Texas 2011)




Bono from U2 (Miami, Florida 2001)



Steven Tyler (Toronto, Ontario 2010)



Katy Perry (MTV Music Awards, 2009)



TERTIPU DEK LUKISAN KELIHATAN REAL


Roberto Bernardi
Percayakah uolls bahawa imej-imej ini adalah sebenarnya lukisan? Ini adalah karya-karya beberapa pelukis dasyat dan berbakat mengagumkan seperti Roberto Bernardi, Eric Christensen dan Steve Mills. Dasyat sungguh kan hingga sukar nak bezakan . Tabik spring ler ...
Steve Mills

Eric Christensen 














AJAL TIBA SEWAKTU MEMBUAT AKSI PERSEMBAHAN


Miriam Makeba

Digelar Mama Afrika. Menemui ajalnya pada 9, November 2008 akibat serangan jantung sejurus menyanyikan lagu hit, "PATA PATA" dalam konsert yang diadakan diCastel Volturno, berhampiran Caserta, Itali.



Steve Irwin

Terbunuh pada 4 September 2006. Steve Irwin, yang dikenali sebagai "Crocodile Hunter", telah disakiti dan terbunuh akibat dari tikaman ikan pari sewaktu melakukan penggambaran dokumentari .


Darrell Abbott

8, Disember 2004. Ex-gitaris band Pantera, "Dimebag Darrell Abbott, telah dibunuh di atas pentas oleh lelaki bersenjata semasa menjalankan pesembahan bersama band baru Damageplan di Al Rosa Villa Columbus, Ohio.


Owen Hart

 3, May 1999. Owen Hart, ahli gusti profesional WWF kelahiran dari Kanada telah terbunuh sewaktu membuat persembahan aksi ngeri . Terjatuh dari ketinggian 24m mengakibatkan Owen terbunuh akibat hentakan didada menyebabkan urat jantung terputus dan paru-paru dipenuhi darah .



Brandon Lee

1, Mac 1993. Brandon Lee, anak artis mempertahankan diri  Bruce Lee , meninggal dunia ketika penggambaran filem Crow. Pistol propnmeledak , menyebabkan kartrij kosong untuk menggerakkan peluru terkena Lee dan membunuhnya. 




Karl Wallenda

Karl Wallenda pengasas The Flying Wallendas, iaitu pertunjukan berani mati berjalan diatas wayar kabel tanpa jaring keselamatan . Namun pada tahun 1978, ketika berusia 73 tahun , Wallenda yang sedang merentas Condado Plaza Hotel San Juan Puerto Rico setinggi 10 tingkat , merentangi wayar sepanjang 37 m telah terjatuh di atas jalan akibat dari angin kencang yang bergerak selaju 48kilometres per jam.



Jon-Erik Hexum

Terbunuh pada 18 Oktober 1984 .Beliau yang merupakan seorang model dan pelakon di Amerika telah terbunuh sewaktu pengambaran filem akibat kesilapan tembakan senjata api.