SUPPORT PENAJA

Friday 3 February 2012

KEJAM .. MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN



Sis Ceciter nak share mengenai satu artikel yang Sis temui dalam satu laman web. Sebenarnya Sis tak sampai hati dan sedih sangat-sangat bila terpandang apa yang Sis lihat.
Benci , sakit hati sume ada hingga timbul  rasa nak  bom je kedai yang  jual makanan kejam nie. Dah hilang ke rasa sifat kemanusiaan pada diri mereka . Hanya dengan alasan untuk menguatkan tenaga batin sanggup je they uolls makan daging janin yang tidak berdosa itu .Tak terfikir dan terlintas ke dalam fikiran mereka itu apa yang mereka sedang kunyah itu mungkin ada pertalian darah dengan mereka. Ishkk tak sanggup lagi nak citer 
pepanjang. Macam-macam rasa dah ada dalam dada nie .  Just teruskan cerita ini kepada setiap orang demi menghindari penyebar luasan yang tak berperikemanusiaan tersebut. Sebagai manusia beragama dan berfikiran sihat, kita bertanggungjawab untuk
menghentikan tindakan kanibalisme dalam bentuk dan alasan apapun. Bangsa manusia adalah bangsa yang darjatnya paling tinggi dari makhluk apapun di bumi ini, dan tindakan tersebut adalah tindakan yang sesungguhnya bukan berasal dari pemikiran manusia 

Sebenarnya cerita ini ditulis oleh seorang wartawan di Taiwan berhubung dengan adanya gosip mengenai makanan penambah kekuatan dan stamina yang dibuatdari sari / kaldu janin manusia. 'Healthy Soup' yang dipercayai boleh meningkatkan stamina dan keperkasaan lelaki diperbuat dari janin bayi manusia berumur 6 - 8 bulan dapat dibeli per porsi dengan harga 3000-4000 RMB (mata wang tempatan). Salah seorang pengusaha pemilik kilang di daerah Tong Wan, Taiwan, mengaku sebagai pelanggan tetap 'Healthy Soup'.

Sebagai hasilnya, lelaki berusia 62 tahun menjelaskan khasiat 'Healthy Soup' ini mempertahankan kemampuannya untuk dapat berhubungan seks beberapa kalidalam semalam. Penulis diajak oleh pengusaha tersebut di atas ke salah satu restoran yang menyediakan 'Healthy Soup' di kota Fu San - Canton dan diperkenalkan kepada juru masak restoran tersebut. Kata laluan untuk 'Healthy Soup' adalah Baikut. Juru masak restoran menyatakan jenis makanan tersebut tidak mudah di dapat kerana mereka tidak terdapat 'ready stock'. Ditambah pula bahawa makanan tersebut perlu disajikan secara fresh, bukan frozen.

Tetapi kalau berminat, mereka menyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang dipercayai boleh meningkatkan ghairah seksual, dan juga ubat awet muda.
 Juru masak restoran tersebut mengatakan jika memang inginkan Healthy Soup ', dia menganjurkan untuk pergi ke sebuah desa di luar kota di mana ada sepasang suami isteri yang isterinya sedang mengandung 8 bulan. Diceritakan pula bahawa si isteri sebelumnya sudah pernah mengandung 2 kali, tetapi kedua anaknya lahir dengan jantina perempuan. Jika kali ini lahir perempuan lagi, maka 'Healthy Soup' dapat diperoleh dalam masa dekat. Cara pembuatan 'Healthy Soup', seperti yang diceritakan oleh wartawan yang membuat liputan kisah ini adalah sebagai berikut: Janin yang berumur beberapa bulan, ditambah Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi , Jahe, daging ayam dan Baikut, di stim selama 8 jam, setelah itu dimasak selayaknya memasak sup.
Beberapa hari kemudian seorang sumber menghubungi penulis untuk memberitahu bahawa di Thaisan ada sebuah restoran yang mempunyai stok untuk 'Healthy Soup'. 

Bersama sang pengusaha, penulis dan jurugambar pergi ke restoran di Thaisan untuk bertemu dengan tukang masak restoran tersebut yang tanpa membuang masa terus mengajak rombongan untuk tour ke dapur. Di atas papan potong tampak janin tak bernyawa itu tidak lebih besar dari seekor kucing. Tukang masak menjelaskan bahawa janin tersebut baru berusia 5 bulan.

Tidak dijelaskan berapa harga belinya, yang pasti itu tergantung besar-kecil, hidup-mati janin tersebut dan sebagainya (Masya Allah!!!). 

Kali ini, harga per porsi Healthy Soup '3,500 RMB kerana stok susah didapati. Sambil menyiapkan pesanan kami, dengan terbuka juru masak tersebut menerangkan bahawa janin yang keguguran atau digugurkan, biasanya mati, dapat dibeli hanya dengan beberapa ratus RMB saja, sedangkan kalau dekat tarikh lahir dan masih hidup, boleh semahal 2.000 RMB. 
Urusan bayi itu diserahkan ke restoran dalam keadaan hidup atau mati, tidak ada yg mengetahui. (Memang kejam giler)  Setelah selesai, 'Healthy Soup' disajikan panas di atas meja, penulis dan jurugambar tidak ingin untuk ikut merasa, kerana lawatan di dapur tersebut sudah cukup meloyakan Maka cepat-cepat meninggalkan mereka dengan alasan tidak enak badan. 
Menurut beberapa sumber, janin yang diambil semua adalah janin bayi perempuan. Apakah ini merupakan akibat dari pemerintah China untuk mewajibkan satu anak dalam satu keluarga yg berlaku sampai sekarang, atau hanya kerana kegemaran orang akan makanan sihat sudah mencapai suatu keadaan yang sangat terkutuk .





PERISTIWA DARI SEBUAH KEMATIAN


Sebut saja tentang ajal maut ramai yang pasti jadi kecut perut , seram sejuk , terketar kaki tangan dan macam-macam lagi ler. Kematian itu suatu yang pasti . Setiap makhluk hidup di dunia ini pasti akan mati . Bila , dimana dan bagaimana itu suatu teka-teki buat kita semua . Kematian adalah merupakan suatu jalan akhir dari sebuah kehidupan.

Berikut beberapa fakta unik mengenai kematian:
  • Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah indera terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Indera pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuhan.

 
  • Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barang yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.


  • Mayat pada hari ini lebih lambat membusuk dibandingkan dulu disebabkan banyak terdapat bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Satu lagi fakta, mayat membusuk empat kali lebih cepat di dalam air dibandingkan yang dikubur di dalam tanah.

  • Sewaktu Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masehi, sebuah jalan khas telah dibuat dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender waktu itu dengan nilai mata wang pada hari ini, biayanyanya dianggarkan US$600 juta.


  • Tidak lama sebelum Thomas Edison meninggal pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.



  • Pencipta seri TV Star Trek, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di luar angkasa.


  •  Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh karena itu mereka akan mencukur kepala mereka apabila kucing peliharaan mereka mati. 


GEMPAR ..PENYANYI DANGDUT DIBELASAH SUAMI


Mengejutkan bila hanya disebabkan menyuruh suaminya belikan sarapan pagi seorang penyanyi dangdut yang pernah popular tidak lama dulu telah menjadi mangsa penderaan bila dipukul dan diteranjang oleh suaminya pada pagi kelmarin sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala, leher, dada dan tangan. Susulan dari kejadian malang yang menimpa Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju , mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam. Ishk ishkkk .. Penderaan keatas kaum wanita seluruh dunia kini kerap terjadikan dan saban hari ada saja cerita tentang nya kan .

Memetik dari laporan tabloid Harian Metro sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan. Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. 
Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul. Ketika dihubungi oleh HM, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terang Bulan’ ini menjelaskan dia terpaksa membuat laporan polis terhadap suaminya itu kerana ingin melindungi diri dan mengelak kejadian sama berulang lagi. Dalam masa yang sama, Ani juga mengakui dia sebenarnya sudah tidak tahan dengan dengan sikap suaminya itu. Namun, masih mahu menyelamatkan perkahwinan mereka kerana sudah mempunyai tiga orang anak. Ani telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004.Hmm tak logik pun ada kan takkan ler hanya disebabkan pesanan belikan sarapan boleh balik bantai bini camtu sekali . Ade sebab lain kot . Hanya they olls je tau kan . Ntah Time bercinta kalau soh belikan sarapan ....bukan tu je makanan untuk lunch dinner pun sanggup jer .Ntah untuk seminggu makan pun tapau sekali.Haha Tuler lumrah alam rumahtangga kot. Indah zaman bercinta tak sama zaman dah dok sama .Pepe pun salam simpati buat Ani Mayuni . Moga tabah dengan apa yang berlaku . Buat kaum Adam di luar sana jadikan ini sebagai suatu pengajaran. Jangan jadikan isteri yang sah dinikahi itu sebagai Punching Bag uolls k. Ingatlah balik janji-janji manis uolls masa bercinta dan diawal perkahwinan dulu . Sayangi lah mereka selagi mereka masih ada

"APA SALAH ANAK SAYA" KATA BAPA MANGSA BUNUH



KUALA TERENGGANU - Bapa kepada seorang pembantu kedai yang maut ditikam malam tadi kebingungan ingin tahu apa salah-silap anaknya sehingga anaknya menjadi sasaran tikaman seorang lelaki."Kenapa buat anak saya macam ini, apa salah dia?" demikian rintihan Wan Mansor Wan Muda, 50.Katanya anak sulungnya itu, Wan Manisah, 27, seorang yang baik dan anaknya tidak bermusuh dengan sesiapa.
Wan Mansor yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jelas sugul dan terkejut dengan kejadian yang menimpa kakak kepada 12 beradik itu sehingga mengasingkan diri daripada anggota keluarga yang lain.Ibu mangsa, Noorainie Yusof, 45, berkata kali terakhir dia bercakap dengan anaknya yang lebih mesra dengan paggilan Kak Long itu kira-kira pukul 5 petang semalam semasa mangsa menghubunginya untuk memberitahu tidak dapat pulang hari ini tanpa memberikan sebarang alasan.
"Semalam Kak Long menelefon dan memaklumkan tidak jadi balik ke kampung di Durian Mas, Dungun dan memberitahu tidak perlu menjemputnya namun dia tak beritahu kenapa dia tak dapat balik," katanya.
Rakan mangsa menunjukan selipar mangsa
yang tertinggal selepas diseret.
Noorainie tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir dan petanda Wan Manisah akan meninggalkan mereka semua buat selama-lamanya.Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Wan Manisah ditikam seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai kurang siuman ketika sedang berbual bersama tiga rakannya di kedai kain yang terletak di  Pasar Payang Jalan Kampung Daik di sini. Rakan sekerja, Siti Aminah Ahmad menunjukkan selipar Wan Manisah yang tertinggal selepas diheret dan ditikam hingga mati .Mangsa dikatakan menegah lelaki itu yang meluru masuk untuk ke tingkat kedai menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak memeluk mangsa dari belakang sebelum memukul dan menikam belakang Wan Manisah.

Lelaki itu turut menyeret mangsa kira-kira lima meter ke bahagian dalam, namun mangsa berjaya melarikan diri ke belakang kedai sebelum pengsan. Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 2.05 pagi ini ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ.

Namun pihak polis yakin dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang pembantu kedai kain yang mati ditikam sebanyak enam kali di bangunan Paya Keladi, Jalan Kampung Daik di sini kelmarin ekoran penahanan seorang lelaki semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.
“Kita masih mencari senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek,” katanya.

Sumber dari petikan Akhbar Sinar

12 PERATUS RAKYAT MALAYSIA ALAMI SAKIT MENTAL



Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental. "Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain," katanya ketika ditemui di sini. 

Katanya Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak...kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.  
"Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya. Beliau berkata terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. 

Sumber dari Akhbar Harian Metro

1000 PEKERJA FACEBOOK JADI JUTAWAN


LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.
Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.
Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq. Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai “pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat.” “Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung,” katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai “Kaedah Penggodam.” “Ungkapan ‘penggodam’ diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.


“Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri,” katanya.
Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar .

Sumber dari Akhbar Harian Metro

TRAGEDI PORT SAID RAGUT NYAWA


PORT SAID - Sekurang-kurangnya 74 orang mati manakala 1,000 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku ekoran kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly di sebuah stadium di sini kelmarin.
Rusuhan itu berlaku selepas perlawanan tamat apabila para peminat kelab bola sepak Al-Masry meluru ke padang stadium di sini bagi meraikan kemenangan mengejut itu.Para penyokong Al-Masry yang bersenjatakan pisau, kayu dan batu mengejar para pemain dan peminat daripada kelab Al-Ahly yang berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri, kata beberapa saksi. 

Seorang pemain dengan kelab Al-Ahly, Mohammed Abu Trika mengkritik polis kerana tidak campur tangan dalam keganasan tersebut. 
"Orang ramai di sini mati dan tiada ada sesiapa yang melakukan apa-apa. Ia seperti satu perang," katanya kepada sebuah stesen televisyen.
Beberapa saksi menyatakan, puluhan peminat bola sepak mati ditikam manakala sebilangan lagi lemas selepas terperangkap di sebuah koridor panjang dan sempit ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan peminat pasukan lawan.
Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan peminat bola sepak Mesir kelmarin meragut 74 nyawa dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang lagi cedera.Dalam perkembangan berkaitan, ketua majlis tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu, Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi semalam berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan itu.







Petikan dari Akhbar Kosmo