
"Semalam Kak Long menelefon dan memaklumkan tidak jadi balik ke kampung di Durian Mas, Dungun dan memberitahu tidak perlu menjemputnya namun dia tak beritahu kenapa dia tak dapat balik," katanya.
![]() |
Rakan mangsa menunjukan selipar mangsa yang tertinggal selepas diseret. |
Noorainie tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir dan petanda Wan Manisah akan meninggalkan mereka semua buat selama-lamanya.Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Wan Manisah ditikam seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai kurang siuman ketika sedang berbual bersama tiga rakannya di kedai kain yang terletak di Pasar Payang Jalan Kampung Daik di sini. Rakan sekerja, Siti Aminah Ahmad menunjukkan selipar Wan Manisah yang tertinggal selepas diheret dan ditikam hingga mati .Mangsa dikatakan menegah lelaki itu yang meluru masuk untuk ke tingkat kedai menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak memeluk mangsa dari belakang sebelum memukul dan menikam belakang Wan Manisah.
Lelaki itu turut menyeret mangsa kira-kira lima meter ke bahagian dalam, namun mangsa berjaya melarikan diri ke belakang kedai sebelum pengsan. Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 2.05 pagi ini ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ.
Namun pihak polis yakin dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang pembantu kedai kain yang mati ditikam sebanyak enam kali di bangunan Paya Keladi, Jalan Kampung Daik di sini kelmarin ekoran penahanan seorang lelaki semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.
“Kita masih mencari senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek,” katanya.
Sumber dari petikan Akhbar Sinar
No comments:
Post a Comment