SUPPORT PENAJA

Friday 24 February 2012

NGERI !!! GADIS MAKAN DAGING SENDIRI



Kesian betol ler bila terbaca berkenaan nasib yang menimpa seorang gadis dari tanah seberang Indonesia. Gadis tersebut Ningsih yang berumur 19 tahun merupakan warga Dusun Gumuk, Desa Gelung, Kecamatan Panarukan. Situbondo. Apa yang  Sis nak story kat sini ialah berkenaan penyakit aneh yang menimpa gadis tersebut . Penyakit nya ialah dia gemar makan daging dia sendiri . Selama sebelas tahun,  sebahagian dari sepuluh jarinya habis dia kunyah.

Nining  panggilan mesra gadis ini yang mengalami gangguan jiwa telah mula menyeksa diri nya sendiri, sejak berusia 8 tahun.. Bagi  mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku keluarganya membungkus tebal-tebal kedua belah tangannya.Namun mungkin akibat ketagihan terhadap daging sendiri , cara ini rupanya tidak berkesan kerana Nining sudah mulai memakan daging di kedua bahunya pula.

Nining  tinggal  bersama ayahnya Munasip (40), dan neneknya Bunira (60) yang setia merawatnya setiap hari . Sedangkan ibu kandungnya Ernanik merantau ke Malaysia untuk bekerja  semenjak 5 tahun yang lalu . 
Anehnya, menurut Bunira, Nining tidak pernah merasa sebarang kesakitan saat memakan dagingnya sendiri. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merawat penyakit misteri gadis tersebut namun sehingga kini masih gagal .

GAME UNTUK RELEASE TENSEN

Kat sini...saje je Mak Jemah nak letak games yang kite leh main untuk releasekan tensen...so korang pilih la game mane korang nak main kat sini yer...dan enjoy...esok-esok Mak Jemah postkan game lain la plak


AKIBAT MENCURI KABEL

Memang banyak kemalangan atau kematian disebabkab oleh mereka yang suka mencuri kabel...kadang-kadang tu Mak Jemah rasa.. yang mencuri ni pun bukan nye orang luar..orang dalam..tapi kalau orang dalam yang curi...kemungkinan tak kene renjatan elektrik..sebab dorang tahu kat mane nak matikan suis..

Tapi..bagi mereka yang tak tahu tu...kemungkinan nak kene renjatan elektrik memang tinggi...HAri ni..kat paper Metro keluar la tajuk " Maut Kene Renjatan"

Berita nya seperti di bawah :



"SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bilik bawah tanah sebuah pusat perniagaan pakaian di Jalan Tuanku Munawir di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 415 voltan, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata lelaki berusia 40-an itu yang melecur teruk di muka, mati di tempat kejadian.


Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi dan menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui lelaki yang hanya berseluar panjang, terbaring tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat."

SUMBER : HARIAN METRO

Tapi kat sini..Mak Jemah saje-saje je nak citer...dan nak share gambar-gambar akibat pada mereka yang melakukan perkara-perkara sebegini..



Haa...sanggup tengok..tak kan...tak kan..ni baru gambar...bawah ade video..





so...tak yah la buat keje yang sebegini rupa..dan tolong la share kan pada kawan-kawan kite yang lain yer

BILE BARANG MAINAN SEMUANYA PRINCESS

Hahhahaa...Memang comel kalau anak perempuan kite ni di padankan dengan kaler pink..nak-nak kalau anak kite ni gebu...dan slalunye kalau anak perempuan..bagi mainan princess..kalau yang lelaki...superhero la...pistol la...

tapi kan..Mak Jemah nak tanya la...pernah tak korang semua tanya kat anak korang..kaler ape yang dorang minat sebenanya...pernah tak kite ni tahu dorang ni suke ke kaler pink tu..hehee atau pernah tak korang tanya...apekah mainan yang anak korang suke...

kat bawah ni ade video comel seorang budak perempuan yang comel lagi gebu tak puas hati kenapa mainan die atau mainan budak perempuan semuanya nak kene princess...k...dan yang paling best...die comparekan dengan mainan budak lelaki...hehehee....


KANAK-KANAK MATI SELEPAS DIDENDA BERLARI

Anak permata hati...tapi kalau salah didik anak jadi pembunuh hati la plak...tapi kalau terlebih didik pun payah gak...kat sini Mak Jemah nak cite sikit pasal didik mendidik anak ni..
Kat Attalla kat belah-belah Barat ni...exactly location tak la Mak Jemah tahu..Geografi dulu failed la..heheeh

Savannah Hardin
 k
anak-kanak malang .
Okey..cite die gini...Kat Attala...seorang budak berumur 9 tahun telah didenda oleh Mak Tirinya, Jessica Mae Hardin  yang berusia 27 tahun selepas budak malang tersebut menipu neneknya Joyce Hardin Garrad, 46 tahun yang dia tidak memakan gula-gula bar....kat sini Mak Jemah faham..mak die tak nak la anak die tu belajar menipu...betul tak..

Joyce dan Jessica Hardin
Yang menjadi salahnye..die mendenda kanak-kanak malang tersebut supaya berlari diluar selama 3 jam tanpa henti...aduhai...kesiannya...
Savannah Hardin yang berumur 9 tahun berlari la tanpa henti dalam keadaan yang sangat penat dan saksi , Simpson mengatakan memang kanak-kanak tersebut berlari tanpa henti sekitar jam 4.00 petang dan tiada sesiapa yang mengejarnya atau memaksanya...
Pandai la pulak mak tiri die telefon polis jam 6.45 petang pas tu declare kanak-kanak malang tersebut meninggal disebabkan sawan...ammbooii...nak tutup kes..
Inilah rumah milik Hardin dimana
 kejadian tersebut berlaku . 


Salah mana leh tutup...selepas siasatan dan bedah sisat dilakukan..kanak-kanak malang tersebut disahkan meninggal disebabkan dehidrasi dan kandungan natrium yang sangat rendah...dan akhirnya...Mak tiri dan nenek kanak-kanak malang tu ditangkap diatas kesalah penyebab kematian..

Kesian die...ape la salahnye die makan gula-gula tu...dan kalau nak denda anak pun..takkan la samapi cam tu skali...Kalau Mak Jemah....cukup la die die berdiri tegak selagi tak minta maaf dan janji tak buat lagi...senang...


Nak tau cerita ni lebih lanjut..sila klik sini
video platform video management video solutions video player















SUMBER : YAHOO NEWS

GILA MASUK PERADUAN


Sepasang adik-beradik berjaya memenangi banyak hadiah apabila mereka menyertai dua peraduan setiap hari sejak 30 tahun lalu. Untuk mencapai kejayaan itu, Wendy dan Kev Sheldon menyertai peraduan dalam akhbar dan majalah.

Hasilnya, mereka memenangi pelbagai hadiah bernilai ratusan ribu ringgit, termasuk percutian eksotik, televisyen dan menaiki helikopter.Malah, Wendy yang masih bujang - juga pernah memenangi hadiah bekalan kondom yang mampu digunakan selama tiga tahun.

Disebabkan statusnya itu, Wendy, 47, mendermakan kondom berkenaan kepada sebuah klinik kesihatan seksual remaja di tempatnya. “Kami pernah memberikan gula-gula yang dibekalkan selama setahun kepada sebuah hospital dan bir kepada rumah orang tua,” katanya. Sementara itu, Sheldon, 52, berkata hadiah terbaik pernah dimenangi ialah percutian di Miami.

Hadiah pertama Wendy ialah anak patung Bugs Bunny yang diterima ketika dia berusia 16 tahun. “Walaupun saya bertuah, nampaknya nasib tidak menyebelahi saya dalam percintaan,” katanya. - TS

IMAM BALING KASUT PADA HAKIM

ROSLAN HUSSAIN
Pada 22 Feb yang lepas...ade seorang bekas Imam Masjid Al-Rahimah Kg Pandan telah membaling kasut die yang cantik tu ( Mak Jemah pun tak tahu la...kasut ke selipar..tapi slalunye..dorang ni pakai capal jer..) ke bangku Hakim Makamah semasa pembicaraan tuntutannya membuat rayuan pengusirannya kuaters kediamannya atas dakwaan masalah displin..

MUNGKIN DIE PAKAI CAPAL JENIS NI..
Imam berkenaan iaitu Roslan Hussain telah bertindak membaling kasut ke arah 3 orang hakim persekutuan tersebut apabila rayuan die ditolak..Mak Jemah dapat bayangkan..cam ner la keadaan masa tu...cam main softball agaknye kan...hahaa..

Imam tersebut tak rasa bersalah...kerana dia merasakan keputusan tersebut tidak adil...dan pihak mahkamah pulak mengatakan kes tersebut patut di  bawa ke mahkamah syariah..

Kat sini lagi la terang-terang die tunjukkan sikap die...dah la disingkirkan atas dakwaan disiplin...pastu kat mahkamah...tak hormat lak tuh..aduhai..kan ade cara elok..

Bagi Mak Jemah...kene ke kes ni dibawa ke Mahkamah Syariah..ni kan kes kuaters...ish..ish...

Kalau nak cerita lebih lanjut klik sini

SUMBER : YAHOO NEWS.

KANAK-KANAK DI BUNUH, DIPANGGANG DAN DIMAKAN



Salam dan Selamat Pagi semua....kali ni Mak Jemah nak kongsi cerita sedih sikit...Skang ni da banyak berlaku kekejaman sana-sini...sedih Mak Jemah..tu semua tanda-tanda dunia ni da akhir zaman..dan manusia da takde peri kemanusiaan...tapi peri "kebinatangan"...

Masalahnye...Binatang pun pandai tahu tunjuk kasih sayang dan kesian dorang la...ni bukan kebinatangan lagi..tapi kesetanan da..aduhai..
SADIQUE SI PEMBUNUH
Baru-baru ni...berita gempar di India..Seorang lelaki bernama Sadique telah ditangkap di daerah Meerut dalam cubaan menculik kanak-kanak berusia 12 tahun..

Masalahnye..mamat bengong ni...da la culik budak-budak...bukan takat jual dorang..kalau tak dapat jual budak-budak ni..die akan bunuh..panggang dan makan daging budak yang die bunuh tu..aduhai...nangis jap la..







Ape la perasaan budak-budak tu sebelum kene bunuh kan...tak dapat Mak Jemah nak bayang kan..mamat mental ni pun..tergamak la jugak nak makan budak-budak ni..ape..tak de makanan lain ke...



Kalau korang tengok video die kene tangkap...muka die relek jer...dalam interview tu..die ngaku die dan mak die makan budak-budak tu...aduhai...cam tu skali..


skang ni..memang dunia da akhir zaman...

Kalau nak berita lanjut klik sini..


SUMBER : TDS POST

YUNA NAK LAWAN WONDER GIRLS??



Dalam Mak Jemah dok belek-belek Paper ari ni...Mak Jemah tersuka lak kat cite ni..bukan ape...Mak Jemah kan suka jer nak berinfo-info ala-ala Mamarazi ni...

Dijadikan satu cerita ni... terkejut beruk Mak Jemah....fuyoo..berani nye budak ni..bukan ape.tajuk jer da kasi Mak Jemah bangge da sebenarnye..femes kan si Yuna ni...

Skang ni kite tahu..si Yuna aweks si Qi tu..bukan takat femes kat Malaysia...die ni sangat femes kat UK...fuyoo lagi..dan skang die antara finalis Anugerah Tahunan Pilihan Kanak-Kanak ke-25, dalam kategori Artis Kegemaran Asia.


Ala..walaupun korang kate..ala..anugerah kanak-kanak..tapi korang tengok la pulak sape antara finalis die..kan hebat-hebat jugak tu..antaranya Wonder Girls dan Agnes Monica...bukan ke dorang tu artis yang da lame bertapak sebelum Yuna...ha...dorang tu pun lagi seksi dari Yuna...tapi Yuna still tersenarai tu...

Anugerah anjuran Nickelodeon itu yang diterajui bintang handalan, Will Smith, akan disiarkan secara langsung dari Pusat Galen USC di Los Angeles pada 31 Mac.

Walaupun ia sebuah acara yang menyaksikan pilihannya dilakukan peminat kecil, namun ia tetap mendapat sokongan daripada nama besar industri hiburan seperti Jessica Alba, Antonio Banderas, Justin Bieber, Big Time Rush, Jack Black, Ty Burrell, Jim Carrey, Miranda Cosgrove, Tom Cruise, Johnny Depp, Lady Gaga, Selena Gomez, Victoria Justice, Bruno Mars, Taylor Lautner, Danica Patrick, Katy Perry, Michael Phelps, Daniel Radcliffe, Adam Sandler dan Kristen Stewart.

Mak Jemah minat kat die jugak..suke la irama dalam lagu-lagu die..releks..bile dengar lagu Yuna ni...teringat Norah Jones..Apa-apa pun..kita support la die...

Nak berita lanjut sila klik sini..






Sumber dari Berita Harian

RUSUHAN DI PENJARA BALI

Pihak berkuasa Indonesia semalam memulakan perpindahan banduan asing dan wanita dari sebuah penjara di Bali yang telah ditawan oleh sekumpulan banduan sejak kelmarin. Kumpulan pertama banduan asing dan wanita itu menaiki bas di luar pintu masuk penjara Kerobokan.
Sejumlah anggota polis yang memakai topi dan peralatan perlindungan rusuhan turut tiba bagi menambahkan bilangan ratusan anggota pasukan keselamatan yang mengepung penjara tersebut. Empat banduan lelaki asing dilihat dibawa keluar dengan menaiki sebuah bas diikuti dengan sembilan wanita termasuk banduan dari negara Barat dan Asia.

Seramai 17 banduan Indonesia dilihat menaiki bas yang ketiga. Polis dan pasukan tentera telah menyerbu penjara itu pada subuh kelmarin untuk menguasai penjara tersebut selepas berlaku kebakaran dan batu dibaling para banduan. Namun, para banduan kembali menawan penjara tersebut pada waktu malam.

Jurucakap polis Bali, Hariadi berkata, sekumpulan banduan masih mengawal penjara tersebut tetapi situasi di dalamnya dilihat tenang. "Ekoran rundingan telah dibuat, para banduan itu berjanji tidak akan mencetuskan sebarang anarki," katanya.

Seramai 12 daripada 60 banduan asing yang terdapat dalam penjara tersebut disabitkan kesalahan melakukan penyeludupan dadah. Jurucakap tentera komando wilayah, Wing Handoko menyatakan, pihaknya tidak akan menyerbu penjara tersebut sebelum banduan asing dan wanita itu dipindahkan.

Ketua Penjara Kerobokan, Bowo Nariwono berkata, pihak berkuasa telah berunding dengan para banduan sebagai usaha untuk menamatkan penawanan tersebut yang menempatkan 1,015 banduan, lebih tiga kali ganda daripada bilangan banduan sebenar yang sepatutnya ditempatkan di penjara berkenaan.

Para banduan yang menawan penjara itu menuntut penghantaran pulang tiga banduan yang dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang tentang cara layanan terhadap mereka. 

Beberapa pegawai dan laporan media menyatakan masalah itu bermula selepas salah seorang banduan ditikam pada Ahad lalu sekali gus mencetuskan tindakan balas dendam dalam kalangan banduan sehingga menyebabkan para pengawal penjara meninggalkan kemudahan tersebut.










MAGIKNYA LAGU SUDIRMAN


Salam semua... da lama Mak Jemah tak melorat kat sini...kali ni Mak Jemah nak citer Magiknya Lagu-lagu Allahyarham Sudirman...

Semua orang tahu dan kenal siapa lagenda Sudirman...kalau sebut nama die..mesti akan terbayang gelak die...gelagat dan paling penting..lagu-lagu top die...Bagi Mak Jemah..bukan senang nak cari pengganti macam Sudirman...seorang yang sangat berjiwa Patriotik..cuba dengar lagu dia..kebanyakkan adalah berunsurkan humor dan nasihat..cinta-cintun tu ade..tapi tak banyak pun...

Mak Jemah teringat lagi persembahan Sudriman ni..die suka pakai baju kelip-kelip..kalau orang putih kata " bling-bling" gitu...n tak kisah pun pakai baju bendera..skang mane ade artis nak pakai cam tu...Paling suka...songkok bendera die...hehehe..leh tak songkok tu bawa gi beraya...

Kelmarin...genap la 2 dekad pemergian penghibur Nombor 1 ni...Allahyarham Datuk Sudirman Arshad..

Antara lagu-lagu hot die adalah... Hujan, Pelangi Petang, Chow Kit Road, Basikal Tua, dan yang paling Mak Jemah boleh titiskan air mata adalah lagu Salam Akhir...aduhai..lagu tu memang  menusuk di kalbu la...

Kat sini bukan ape...Mak Jemah just nak war-warkan bahawa satu konsert akan diadakan bagi memperingati pemergian penghibur ini..

Konsert akan diadakan pada Malam ini, bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, artis daripada generasi baru dan lama berpadu suara menjayakan konsert Sudirman... Abadi Di Hati terbitan RTM. Antara barisan artis terpilih ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan dan Rey.

So sape-sape yang  minat dan rasa nak tgk konsert ni boleh la pegi kat Auditorium Angkasapuri tu..Mak Jemah pun tak tahu la..ade ke tak kat TV..kalau ade pun..korang jangan la bukan channel Astro atau Media Prima... korang buka channel RTM okay..

Kalau nak berita lanjut..boleh la klik kat sini..

SUMBER : BERITA HARIAN

PASANGAN YUSRI - LISA SAH JADI SUAMI ISTERI





Tahniah buat Yusry Abdul Halim yang kini sah menjadi suami pelakon, Lisa Surihani dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.10 malam tadi. 
Majlis yang bertemakan "Winter Garden " yang dilangsungkan  di Ballroom Hotel Marriot , Putrajaya  dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut tradisi Melayu lama . 

Pasangan dinikahkan oleh Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima sebentuk cincin dan seutas rantai sebagai tanda upacara membatal air sembahyang manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa, sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat.Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa. 


Namun kedua pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Lisa mengenakan busana baju kurung moden rekaan, Cosry berwarna 'Off White' sementara Yusry mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan samping direka oleh Nuratikah Songket. 

MAIN BOLA KERAJANG DALAM KOMA







Akibat minat yang terlalu mendalam dalam bola keranjang seorang pelajar sekolah tinggi  Maggie Meier , menunjukkan aksi luar biasa ketika koma . Beliau koma akibat jangkitan kuman di otaknya. , Maggie jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.

Dia kemudian dirawat di sebuah hospital untuk tempoh agak lama akibat mycoplasma meningoencephalitis sejenis penyakit meningitis yang menyebabkan keradangan pada otak.Bagi mengelakkan kekejangan pada badannya, pelajar Sekolah Tinggi Blue Valley Northwest di Overland Park yang koma selama tiga bulan itu dialihkan setiap dua atau tiga jam.

Laman sesawang thedaily.com melaporkan, keluarga Maggie meletakkan bola keranjang di tangannya ketika dia didudukkan di kerusi roda dalam keadaan koma.Maggie mengejutkan semua pihak apabila kakinya mula bergerak-gerak, manakala tangannya melontar bola berkenaan, seolah-olah bermain di gelanggang. 

Pakar neurologi Maggie, Dr William Graf, berkata aksi melontar bola keranjang itu tertanam di minda pelajar terbabit sebagai sebahagian daripada nalurinya. 

Sepanjang tempoh dirawat di hospital, Maggie melakukan beberapa kali lontaran bola sebelum kembali tidak sedarkan diri. Sejak pulih daripada koma pula, Maggie terpaksa belajar semua aspek asas kehidupan termasuk berjalan, bercakap dan membaca. 

Sementara itu, rakan Maggie dan jurulatihnya di sekolah meletakkan kerusi kosong di tepi gelanggang sepanjang tempoh dia dirawat bagi mengenang komitmennya.
Semalam, Maggie akhirnya hadir semula ke gelanggang bola keranjang di sekolahnya selepas hampir empat tahun melalui proses pemulihan. Kata Maggie, ketika di hospital, dia tidak terlalu memikirkan bola keranjang.Walaupun pesakit mycoplasma meningoencephalitis boleh pulih sepenuhnya, dalam keadaan tertentu ia mampu menyebabkan kematian. - DM