SUPPORT PENAJA

Friday 24 February 2012

PASANGAN YUSRI - LISA SAH JADI SUAMI ISTERI





Tahniah buat Yusry Abdul Halim yang kini sah menjadi suami pelakon, Lisa Surihani dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.10 malam tadi. 
Majlis yang bertemakan "Winter Garden " yang dilangsungkan  di Ballroom Hotel Marriot , Putrajaya  dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut tradisi Melayu lama . 

Pasangan dinikahkan oleh Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima sebentuk cincin dan seutas rantai sebagai tanda upacara membatal air sembahyang manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa, sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat.Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa. 


Namun kedua pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Lisa mengenakan busana baju kurung moden rekaan, Cosry berwarna 'Off White' sementara Yusry mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan samping direka oleh Nuratikah Songket. 

No comments:

Post a Comment